Saturday 8 February 2014

Fokus dan Khyusuk Dalam Solat

 Dakwah
Kenapalah susah sangat kita nak fokus & beri perhatian dalam solat? Tiap kali nak solat confirm hati susah nak fokus, kadang-kadang fikiran kita sering kali melayang memikirkan hal-hal seharian yang sudah atau akan kita lakukan seterusnya sampai kita sudah terlupa berapa jumlah rakaat yang telah dikerjakan. Terkadang kita tidak memahami apa yang kit abaca dalam solat kerana kurangnya focus dalam bacaan kerna hati tidak hadir dalam khyusuknya solat dan fikiran melayang entah kemana.

Macam tulah kita manusia, sesetengah dari kita ni jasad dan lidah yang melakukan solat tetapi hati tidak hadir bersama dalam solat. Ini namanya lalai. Sepertimana dalam firman Allah: “Maka celakalah orang yang solat iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya”- Surah Al-Ma’un: 4-5

Oleh itu supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang lalai dalam solat, kita terlebih dahulu kena have a check-up on our heart, sejauh mana hati tu hadir dalam solat.

Pemahaman Khyusuk

Khyusuk adalah spertimana mana kata Saidina Umar r.a terangkan: “Khyusuk itu bukan menundukkan kepala, tetapi khyusuk itu dalam hati” dan menurut Imam Ghazali pula: “khuysuk kehadiran hati, kosentrasi, rasa tunduk, pasrah dan kehormatan yang tinggi kepada Allah”. Oleh itu Khyusuk itu adalah cirri utama dalam konsentrasi solat, termasuklah konsentrasi dalam bacaan solat dan perbuatan dalam solat.

Fungsi dan kebaikan khyusuk dalam solat

Fungsi utama khyusuk itu adalah pembersihan hati dan akal kerana dengan hadirnya khyusuk maka akan lebih dekatlah kita kepada Allah di dalam solat. Kita akan merasa lebih mudah untuk ‘berbicara’ dengan Allah sebab hati lebih dekat dan bersih ketika dalam solat.

Kebaikan khusyuk itu adalah membersihkan hati, bererti membersihkan hati dari sifat-sifat tercela terutama ria’ dan takabbur serta lalai dan munafik. Khyusuk boleh dikatakan sebagai elemen utama dalam solat yang mampu mencegah penyakit-penyakit hati tersebut diatas.

Menurut ustaz Dr. Farhan Hadi, Khyusuk juga dapat melatih diri sabar kerana menurut beliau dengan member konsentrasi dalam tempoh yang lama juga dapat melatih manusia untuk menjadi lebih sabar dalam menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam kehidupan sehari-hari.

Panduan menghilangkan halangan yang dapat menggangu kekhusuyukan solat menurut Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni:
  1. Menghilangkan sesuatu yang dapat menganggu orang solat- seperti pemasangan tirai solat atau sejadah yang bergambar yang boleh menggangu konsentrasi solat
  2. Tidak solat memakai pakaian yang berhias, mempunyai tulisan, bergambar,warna-warni yang boleh menganggu orang lain dan diri kita
  3. Jangan solat sementara hidangan telah tersedia. Kita tidak akan solat dengan khusyuk kerana hati kita akan teringat pada makanan itu
  4. Jangan menahan kencing atau buang hajat ketika solat kerana menurut sabda Rasulullah: “Tidak boleh solat sedangkan makanan telah tersedia di hadapannya dan tidak boleh juga solat padahal ia menahan kencing atau buang hajat”
  5. Jangan solat dalam keadaan mengantuk. Sabda Rasulullah s.a.w: “Bilamana salah seorang di antara kamu yang mengantuk, tidurlah sehingga hilang mengantuk baru solat”
  6. Tidak solat dibelakang orang sedang berbicara atau tidur. Hal ini jelas dapat menganggu khyusuk, apalagi jika ucapan dilakukan dengan suara yang keras
  7. Tidak menyibukkan diri dengan membersihkan (kotoran, pasir) yang terdapat pada tempat sujud ketika solat. Hendaklah hal ini dilakukan sebelum solat
  8. Jangan mengingat sesuatu yang menimbulkan atau membangkitkan nasfsu syahwat atau kemarahan.
Itulah diantarpanduan untuk mendapatkan khyusuk solat yang digaris-pandukan oleh Dr. Al-Qarni yang sedikit sebanyak boleh di aplikasikan dalam memperbaiki tahap kekhyusukan kiat dalam bersolat.

Insha Allah moga kita juga tergolong dalam orang-orang yang memperolehi khyusuk yang hakiki yang mendekatkan hati kita kepada Allah ketika dalam solat dan memperolehi ganjaran khyusuk itu sepertimana yang Allah katakan: “Sesungguhnya orang yang beriman, iaitu orang yang khyusuk dalam solatnya, mereka itulah yang akan mewarisi syurga Firdaus dan mereka kekal di dalamnya”- Al-Mukminun: 1-3.

Pena Masjid

  • Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

    2.         Berhubung dengan perkara tersebut, saya telah dihubungi dan berjumpa dengan En.Mohd Nur Hadi b. Zainudin (wakil pihak tuan) berkaitan dengan perkara di atas. Saya bagi pihak Jawatankuasa Masjid


  • Baca seterusnya

  • Masjid Sebagai Sebuah Universiti Terbuka (2) 
Dengan ini sekaligus mengajar kita agar mengutamakan urusan Allah s.w.t berbanding yang lain. Memuliakan masjid dan mencintainya juga adalah bertepatan dengan petunjuk nabi s.a.w dalam sabdanya bermaksud :   “ Tempat yang paling disukai Allah adalah masjid-masjidnya dan tempat yang paling tidak disukai Allah s.w.t adalah pasar-pasarnya (muslim).
                                                                                                                   
Baca seterusnya
  • Selamat Datang 1435 Hijrah 
Hari berganti minggu,minggu berganti bulan,bulan berganti tahun.Alhamdulillah sekali lagi kita semua diberi kesempatan menjejak kaki ketahun baru hijrah. Hakikatnya perubahan masa dan bersilih gantinya hari merupakan satu peringatan dan pengajaran kepada orang-orang beriman, sesuai dengan hadis yang sohih " "Tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari qiyamat melainkan ditanya dengan empat perkara: berkenaan usianya pada apa dihabiskan.................."(hasan sohih;Sohih Al Targhib;Al Albani;3592)
                                                                                                                                       
Baca seterusnya
  • Masjid Sebagai Sebuah Universiti Terbuka (1) 
Masyarakat hari ini berlumba-lumba menimba ilmu pengetahuan dalam semua bidang, lalu kita dapati lahirlah berbagai institusi dan pusat pendidikan yang menawarkan berbagai jurusan dan kemahiran bagi memenuhi keperluan hidup semasa.Namun demikian kita dapati kebiasaannya masalah-masalah yang timbul dalam masyarakat samada dari segi sosial ,ekonnomi, kekeluargaan dan sebagainya juga melibatkan dikalangan mereka dari lepasan institusi-institusi dan pusat-pusat pendidikan yang terdapat masa kini.

Baca seterusnya

  • Rahmat Bulan Muharram

Setiap kali kita diberi peluang berada pada gerbang tahun baru hijrah kita juga diberi peluang untuk kesekian kalinya berada pada bulan pertama dalam kalendar tahun hijri iaitu bulan Muharram. Kasihnya Allah s.w.t kepada kita semua umat akhir zaman ini dalam dilihat antaranya dengan melihat kepada kelebihan yang terdapat pada bulan Muharram.

Baca seterusnya







MEROTAN DALAM ISLAM


Islam sebagai agama yang membawa rahmat dengan  syariat yang menyeluruh menyinari kehidupan manusia.Keyakinan ini membawa kita agar sentiasa ingin kembali kepada islam dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar urusan.
 Pendidikan adalah satu jalan yang utama untuk mengembalikan manusia kepada fitrah yang patuh dan taat kepada Allah dengan menjadikan islam sebagai cara hidup.Namun begitu dalam mendidik kita akan berhadapan dengan cabaran-cabaran yang jika tidak ditangani dengan betul akan membawa implikasi yang negatif  bukan sahaja kepada pendidik malah kepada kesyumulan islam itu sendiri.
Dalam menghadapi cabaran dalam pendidikan hari ini ada dikalangan ibubapa dan pendidik mengambil jalan dengan menjadikan tindakan merotan anak atau murid sebagai penyelesaian kepada masalah disiplin dan membentuk sikap serta tingkah laku murid atau anak-anak.Persoalannya adakah ianya sebahagian dari kesyumulan islam atau ianya adalah sekadar ikutan dan tradisi dalam pendidikan ataukah ia merupakan cara orang-orang tidak bertamadum dalam mendidik anak-anak?

KEBENARAN MEROTAN DALAM ISLAM
Secara umumnya islam memberi kebenaran melakukan tindakan menghukum anak-anak dengan cara memukul (termasuk merotan). Namun demikian ia perlu memenuhi beberapa syarat agar tindakan tersebut dikategorikan sebagai wasilah pendidikan dan melahirkan natijah yang positif dari anak-anak dan ibubapa atau pendidik itu sendiri. Sabda nabi s.a.w :

مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر وفرقوا بينهم في المضاجع
 أبي داود- حسن صحيح
" suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat pada usia tujuh tahun pukullah atas perkara itu pada usia sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka"

Kefahaman dari nas di atas menunjukkan tidak ada perbezaan dalam  menyuruh anak mendirikan solat samada anak lelaki atau perempuan seterusnya juga tidak ada perbezaan segi hukumannya kerana suatu perintah  dalam nas jika ditujukan kepada lelaki maka adalah termasuk perempuan melainkan ada nas lain yang membezakannya.

Oleh demikian hukum memukul (merotan) secara umumnya boleh dilaksanakan pada anak lelaki dan perempuan, kerana kedua-duanya terdedah kepada unsur-unsur yang membawa kepada salah laku dan perlu kepada langkah `penta`diban` untuk membetulkannya.


Begitu juga firman Allah;(al nisa` 34)
وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُ‌وهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِ‌بُوهُنَّ
Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka.

Namun demikian dalam mengambil tindakan ini diperhatikan beberapa perkara yang mesti di patuhi agar tindakan tersebut menghasilkan natijah yang membantu kepada proses pendidikan anak-anak kearah membentuk peribadi yang selari dengan tujuan dan matlamat penciptaan manusia.

BERPERINGKAT DALAM MENGHUKUM
Sebelum tindakan merotan diambil hendaklah didahului dengan tindakan-tindakan yang lain terlebih dahulu sebagai langkah mengingatkan anak-anak atau murid terhadap kesalahan yang dilakukan seperti:

1-Menyuruh berhenti dari sesuatu kesalahan itu dan menyuruhnya melakukan perbuatan yang betul dan baik. Sebagaimana dalam hadis terdahulu bahawa diperintahkan  agar disuruh anak-anak supaya bersolat sebelum tindakan merotan diambil.

2.Menerangkan rasional sesuatu perbuatan itu dilarang atau tidak dibenarkan melakukannya sebagai mana di tunjukkan oleh nabi s.a.w

الحسن بن علي تمرة من تمر الصدقة . فجعلها في فيه . فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " كخ كخ . ارم بها . أما علمت أنا لا نأكل الصدقة ؟
‘ Hasan Bin Ali r.a mengambil sebiji tamar dari tamar yang disedekahkan dan hampir memakannya lalu berkata nabi s.a.w.`kha,kha,buangkannya,adakah kamu ketahui bahawa kita tidak memakan pemberian sedekah’

3.Mengambil tindakan lain yang lebih ringan seperti yang dilakukan oleh nabi s.a.w terhadap Abdullah ibn Abbas dengan menarik telinga beliau r.a untuk agar Abdullah berada hampir dengan baginda dalam solat malam:      ( صحيح البخاري - 4570)

4.Memberi amaran dengan cara menunjukkan kayu rotan sebagai mana perintah nabi dalam kitab sohih Adab Mufrad oleh Imam Al bani dan di riwayatkan oleh Ibn Abbas:

أن النبي صلى الله عليه وسلم أمر بتعليق السوط في البيت
`Sesungguhny nabi s.a.w menyuruh mengantungkan rotan dirumah`

Jika semua tindakan di atas tidak memberi kesan terhadap perubahan perlakuan anak-anak maka ketika itu barulah beralih kepada tindakan merotan.Pada masa yang sama hendak memenuhi beberapa kriteria:

NIAT MEROTAN
Setiap tindakan itu sangat berkait rapat dengan niat bagi menentukan  apa yang akan dicapai diakhirnya, justeru itu tindakan merotan hendaklah dengan yang niat  ikhlas bertujuan mendidik bukan sekadar melepaskan kemarahan atau geram,atau kepuasan hati individu yang merotan terhadap anak-anak atau murid.


USIA
Mengikut kefahaman dari nas hadis yang telah dikemukakan maka usia anak yang boleh diambil tindakan merotan keatasnya adalah tidak kurang dari sepuluh tahun kerana pada usia tersebut anak-anak sudah mampu memahami tindakan yang dikenakan katasnya.Namun demikian Al syeikh Ibn Baz dalam fatwanya mengatakan bahawa adalah seorang ibubapa dibolehkan menghukum anaknya dengan pukulan yang ringan dan tidak memudharatkan dalam rangka membetulkan akhlaknya walaupun belum mencapai usia sepuluh tahun.                 ( http://www.binbaz.org.sa/mat/17865)


JUMLAH PUKULAN
Pukulan rotan yang dikenakan hendaklah tidak boleh melebihi sepuluh kali pukulan,sesuai dengan saranan nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dalam satu hadis sohih oleh imam Al Bukhari rahimahullah:

لا يجلد فوق عشر جلدات إلا في حد من حدود الله
‘Janganlah kamu merotan melebihi sepuluh kali pukulan melainkan dalam perlaksanaan hukum hudud’

Maka adalah menjadi satu kesalahan besar bahkan merupakan kezaliman terhadap anak-anak jika berlaku jumlah pukulan melebihi sebagai mana tersebut dalam proses penta`diban anak-anak.


MELAKUKAN DENGAN CARA YANG BETUL DAN SELAMAT

Jika sekiranya tindakan merotan perlu dilakukan melebihi satu pukulan maka hendaklah ianya melalui kaedah yang betul agar ianya selari dengan niat asal iaitu mendidik bukan mendera dan menyakitkan antaranya:

1.                  Hendaklah dimulakan dengan nama Allah dengan harapan pukulan ini melahirkan natijah yang baik.

2.                  Hendaklah sasaran rotan itu pada tempat berbeza agar tidak menyebatkan kesakitan yang bersangatan pada satu tempat.

3.                  Hendaklah diberikan jarak masa yang munasabah antara satu pukulan      
            dengan pukulan seterusnya.
4.                  Hendaklah hayunan tangan tidak melepasi paras bahu ini membolehkan ibubapa atau guru yang merotan mengawal kekuatan pukulannya agar tidak mencederakan anak-anak atau muridnya.

5.                  Menghentikan pukulan apabila anak  atau murid menyebut nama allah tanda menyesal atau bertaubat. Sebagaimana sabda nabi s.a.w yang sohih riwayat Abu Said Al Khudri dalam kitab Tahkhrij Miskat Al Masobih oleh Ibnu Al Asqalani:

إذا ضرب أحدكم خادمه فذكره الله فليمسك
`Apabi seseorang memukul khadamnya lalu ia menyebut nama allah hendaklah dia menahannya(berhenti`(

                        (untuk rujukan lanjut-القعاب المدرسي عند بعض التربيين المسلمين-دزعبد المنعم عثمان صبير )


TEMPAT YANG DIROTAN
            Seperti mana yang telah dinyatakan bahawa dilarang melakukan pukulan pada satu tempat berturut-turut dan pada masa yang sama hendaklah dipastikan tempat  tersebut bukanlah bahagian muka sesuai dengan larangan nabi dalam hadis sohih dari Abu Daud yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
إذا ضرب أحدكم فليتق الوجه
سنن أبي داود - كِتَاب الْحُدُودِ
`Apabila seseorang dari kamu memukul maka elakkanlah dari bahagian muka`

Al Qabisi dalam bukunya Hukum-hukum Guru Dan Murid menaqalkan bahawa seseroang itu hendaklah mengelakkan dari bahagian mata dan muka ketika menghukum (merotan) anak atau muridnya,beliau juga mengatakan bahawa tempat yang paling selamat dan sesuai adalah bahagian kaki.

SITUASI ORANG YANG MEROTAN

            Kepada  sesiapa yang mengambil keputusan untuk bertindak dengan merotan anak atau murid hendaklah mereka itu mengawal hati dan perasaan mereka ketika itu dari kemarahan dan kebencian bahkan hendaklah berusaha menumbuhkan dan melahirkan rasa cinta dan belas kasihan pada anak atau murid atas tindakan tersebut dan dengan penuh kesedaran bahawa tindakan yang diambil adalah dengan tujuan untuk mendidik dan membetulkan kesilapan yang berulang.
Juga adalah dilarang sama sekali semasa merotan itu disertai dengan sumpah seranah atau cacian terhadap anak dan murid yang di rotan, kerana setiap kata dari guru atau ibubapa itu adalah doa. Jika kata-kata yang buruk dihamburkan maka seolah-olah mereka mendoakan keburukan kepada anak atau murid itu. Hal ini dilarang keras dalam islam;












Dalam satu hadis sohih oleh Abu Daud dari Jabir bin Abdullah Al Ansori:

لا تدعوا على أنفسكم ولا تدعوا على أولادكم ولا تدعوا على خدمكم ولا تدعوا على أموالكم لا توافقوا من الله تبارك وتعالى ساعة نيل فيها عطاء فيستجيب لكم
`Janganlah kamu memohon/menyeru keburukan keatas diri kamu,dan jangan kamu memohon/menyeru keburukan keatas anak-anak kamu dan janganlah kamu memohon /menyeru keburukan keatas harta benda kamu,dibimbangi beersesuian dengan waktu Allah s.w.t menerima permintaan lalu diperkenankan bagi kamu`

Kesimpulan

Permasalahan rotan dalam proses pendidikan adalah satu realiti yang pernah dilalui oleh kebanyakan dari kita.Khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam pendidikan. Segala  maklumat yang telah dikemukan secara ringkas dalam artikel ini diharapkan menjadi sebahagian dari garis panduan dalam mengambil tindakan tersebut. Walau pun sebahagian ada yang berpendapat adalah tidak perlu tindakan rotan dalam proses pendidikan tapi keadaan dan suasana hari ini sebenarnya membuktikan sebaliknya, sebagaimana disebut dalam syair arab.:

العلم ينفعهم والضرب يرفعهم         ولولا ضربهم ما حفظوا الكتبا

`Ilmu itu memberi manfaat kepada mereka   Sedangkan pukulan itu mengangkat kedudukan mereka.
jika tidak kerana pukulan nescaya mereka tidak mengingati buku`

Tindakan ini ia akan memberi kesan yang positif jika sekiranya di patuhi syarat dan peraturan yang digariskan oleh islam.Selama kita berpegang kepada apa yang digariskan oleh islam maka selama itulah kita akan dijamin kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Sama-samalah kita memohon keampunan dari Allah s.w.t  atas segala kesilapan dan kekurangan kita selama ini.Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha Pengampun.


Imam 3 MBR
Kuantan.


Friday 7 February 2014

Ciri-ciri Individu Islam

Ciri-ciri seorang muslim

Himpunan Tazkirah

Tazkirah  21  :  Kebaikan Mungkin Membawa Ke Neraka

Dosa membawa insan ke neraka. Perbuatan baik pula membawa insan ke syurga. Itulah hasil yang sepatutnya. Dosa adalah perbuatan salah yang dimurkai Allah. Kebaikan adalah perbuatan baik yang disukai Allah.

Pun begitu dalam kehidupan insan tidak mustahil untuk dosa menyebabkan seseorang itu mendampingi Allah sehingga membawanya ke syurga. Juga tidak mustahil kebaikan membuatkan seseorang melupai Allah sehingga membawa pengamalnya ke neraka.


Tazkirah 20 :  5 Syarat Untuk Membuat Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata: 
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah  kamu melakukan maksiat."Lelaki itu dengan gembira dan tidak sabar-sabar bertanya:  "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"


Tazkirah 19 :  Siapakah Qarin?

Tentu ramai daripada kita telah tahu tentang kewujudan qarin ini tetapi kemungkinan ada yang masih tidak mengetahui tentang Qarin ini. Hakikatnya, begitulah kehendak Allah SWT bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah matinya anak Adam, kita mempunyai satu jin kafir yang menjadi peneman ke mana sahaja kita pergi samada siang mahupun malam.

 Tazkirah 18 :  10 Sifat Mahmudah

Ilmu tasuf
Wajib fardu ain di atas mukalaf megetahui 10 sifat mahmudah/terpuji dan 10 sifat mazmumah/dicela
sifat mahmudah
1. Taubat yakni meningalkan maksiat dan menyesal dengan apa yang telah dilakukan.
Tiap-tiap manusia tidak terlepas dari melakukan maksiat melainkan mereka yang maksum (orang yang terpelihara dari dosa) seperti nabi-nabi, malaikat dan rasul-rasul.
Wajib atas setiap mukalaf bersunguh-sunguh memelihara diri daripada dosa yang dilakukan oleh:
a. Angota, seperti tangan, kaki, dan lainnya.
b. Pendengaran.
c. Pengelihatan.
d. Hati.
c. Lidah.
apabila seorang itu melakukan perkara yang dilarang oleh agama wajib lah atasnya bertaubat.

Tazkirah 17 :  Apakah itu Taubat?

Taubat adalah suatu perkara yang berkait rapat dengan dosa, samada dosa kecil mahupun dosa besar, dan sememangnya kita sebagai manusia tidak dapat lari daripada melakukan dosa, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik dari Sunan Tirmizi, bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:

كل إبن آدم خطاء وخير الخطائين التوابون

Maksudnya: "Setiap anak Adam melakukan kesilapan (dosa), dan sebaik-baik kesilapan adalah disertai dengan taubat kepada Allah." Bahkan Allah s.w.t. sendiri memerintahkan kita selaku orang yang beriman agar bertaubat kepada Allah, sebagaimana yang dirakamkan dalam Al-Quran di dalam surah An-Nur ayat 31:

Tazkirah 16 : Tingginya Sifat kasih Sayang Rasulullah

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.
1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

Tazkirah 15 :  35 Point Syiah Bukan Islam

35 point Syiah bukan Islam JAKARTA (Arrahmah.com) – Peneliti Syi’ah dari Institut Pemikiran dan Peradaban Islam (InPAS) Surabaya, Kholili Hasib, M.A mengungkapkan 35 point tentang Syiah bukan Islam. 1.  Syiah bukan Islam – sebelum membahas kekeliruan Syiah harus kita fahami dahulu bahwa Syiah Indonesia adalah Syiah Itsna Asyariah bukan Zaidiyah. 

Tazkirah 14 : Penyakit Hati yang Tidak Disedari

Ramai dikalangan kita pernah mendengar perkataan riak ini, tetapi tidak ramai yang sedar bahawa penyakit ini telah wujud dalam diri tanpa disedari dan tidak tahu bagaimana ianya muncul dan seterusnya merebak. Di sini kami akan merungkaikan apakah itu penyakit riak, bagaimana kehadirannya dan bagaimana mengatasinya. 

Tazkirah 13 :  Wal 'Asri - Pengurusan Masa Dalam Islam

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

Tazkirah 12 :  Apa Kata Al-Quran dan Bible 

Secara ringkasnya, kepercayaan Trinity ialah suatu bentuk kepercayaan (iqtiqad) yang mempercayai bahawa Tuhan itu tiga (ada tiga tuhan). Iaitu terdiri daripada Tuhan Ayah (Father - Allah), Tuhan Anak (Jesus Christ), dan Ruhul Qudus (Ruh yang suci).

Tazkirah 11 :  Nasihat Kubur                        

1.   Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap,
      maka terangilah aku  dengan TAHAJUD
2.  Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah
     aku dengan ber SILATURAHMI.  

Tazkirah 10 :  Ganjaran Solat Subuh

"Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam
jaminan Allah SWT kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan
Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat) yang pada waktu
kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke 
dalam api neraka"

Tazkirah 9 :  Kesempurnaan-solat

Kesempurnaan di dalam melaksanakan solat amat penting dalam 
menentukan samada solat kita diterima atau pun tidak oleh Allah 
S.W.T. Kebanyakan kita sekarang ini melaksanakan solat sambil
lewa dan menjadi sia-sia sahaja. 

Tazkirah 8 :  Ilmu Penyelamat

Masjid kat tempat aku, sebelum solat tarawih mula, seorang ustaz akan 
bangun dan bagi satu tazkirah pendek. Malam kelmarin, dia bawa cerita 
yang menarik. Hampir setiap malam cerita menarik sebenarnya, tapi aku 
nak ceritakan yang ini. 

Tazkirah 7 :  Penyakit Hati

Ramai dikalangan kita pernah mendengar perkataan riak ini, tetapi tidak
ramai yang sedar bahawa penyakit ini telah wujud dalam diri tanpa disedari
dan tidak tahu bagaimana ianya muncul dan seterusnya merebak. Di sini 
kami akan merungkaikan apakah itu penyakit riak, bagaimana kehadirannya 
dan bagaimana mengatasinya. 

Tazkirah 6 :  30 Kelebihan Selawat

1)  Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang   berselawat keatasku sekali, 
      nescaya Allah  akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali  ganda 
     - (HR Muslim.)

Tazkirah 5 :  15 Ciri Pengikut Syiah

Indonesia Tengah menjadi target Syiahsiasi besar-besaran, hingga
kini banyak pengikutnya berada di berbagai wilayah, terutama
di Jawa Barat dan Sulawesi Selatan. Jumlah penganut Syiah di
Indonesia, Ketua Dewan Syura IJABI Jalaluddin Rakhmat, pernah
mengatakan kisaran jumlah penganut Syiah di Indonesia, "Perkiraan
tertinggi 5 juta orang.

Tazkirah 4 : Doa Perlindungan Dari 4 Keburukan

Ada sebuah doa yang diajarkan Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam.
Di dalamnya terkandung permohonan agar Allah melindungi kita dari
empat keburukan. Doanya berbunyi sebagai berikut:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, 
dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan
 dari doa yang tidak dikabulkan.”(HR Muslim 4899)

Tazkirah 3 :  Bacaan Ayatul Kursi Dengan 9 Wakaf 


Ayatul kursiy mengandungi khasiat yang besar. Dikatakan terdapat 99 
buah hadith yang menerangkan fadilatnya. Di antaranya ialah untuk 
menolak syaitan, benteng pertahanan, lapangkan fikiran dan menambah
iman.

Tazkirah 2 :  Tanda Kiamat Di masjidil Haram 

Akhukum fillah,tentunya Masjidil Haram tidak asing buat kita. 
Di sanalah lembah peradaban Islam bersinar ke seluruh bumi 
Allah ini. Lembah terjaga yang Insya Allah akan terjamin
 keamanannya hingga akhir zaman. Di sana ada Baitullah 
yang menjadi kiblat umat Islam sejagat, ke arah lembah 
inilah setiap saat wajah wajah mukminin mukminat terarah.

Tazkirah 1 :  Abu Lahap

Abu Lahap adalah musuh utama Nabi saw semasa baginda mula menyampaikan ajaran Islam. Pelbagai aniaya dan kejahatan telah dilakukan oleh Abu Lahab keatas Nabi saw dan sesiapa yang mengikuti ajaran Islam. Abu Lahap sungguh-sungguh bermusuhan dengan Nabi saw sehingga berusaha agar Nabi saw dibunuh.




Amalan Jumaat yang Dilupakan

"DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG" 


Perkongsian Bersama Untuk Anda dan Diri Saya:

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3:31)

Hari Jumaat sebagai penghulu segala hari adalah bukti kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Inilah hari yang terkumpul di dalamnya sekian banyak fadhilat dan kelebihan seperti yang dinukilkan dalam dalil al-Quran dan al-Sunnah. Adalah wajar kaum muslimin merebut peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti amalan mereka 
menurut petunjuk Nabi Muhammad shallallahu’alaihi wasallam.



Baca seterusnya

Thursday 6 February 2014

Apa Kata Imam Shafie Tentang Syiah


Seandainya kaum Nahdhiyin mau membuka buku-buku ulama mereka, tentu mereka akan sepakat dengan fatwa MUI Jatim tentang kesesatan Syiah. Tidak akan ada toleransi akidah dengan kaum Syiah karena jauhnya kaum pendusta tersebut dengan Islam. Berikut ini perkataan Imam Asy-Syafi’i, imamnya kaum muslimin khususnya di Indonesia, tentang Syiah. Semoga bermanfaat bagi pembacanya dan menyadarkan kaum muslimin dari taqiyyah kaum Syiah selama ini.


Baca seterusnya

Menanam Pohon Di Syurga

pureheartpeacefullife.wordpress.com/

Dzikir merupakan perkara mudah dan singkat yang mempunyai keutamaan yang sangat besar. Ladang pahala dan peluang masuk surga pun bisa didapat melalui amalan ini.
Ada seorang sahabat yang datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syariat Islam begitu banyak bagiku, maka beritahukanlah kepadaku amalan yang mudah aku tekuni.” Beliau menjawab:
لاَيَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللهِ
(Yaitu) tetap terusnya lisanmu basah karena menyebut nama Allah.” (Shahih at-Tirmidzi 3:139 dan Shahih Ibnu Majah 2:317)