Friday, 7 February 2014

Himpunan Tazkirah

Tazkirah  21  :  Kebaikan Mungkin Membawa Ke Neraka

Dosa membawa insan ke neraka. Perbuatan baik pula membawa insan ke syurga. Itulah hasil yang sepatutnya. Dosa adalah perbuatan salah yang dimurkai Allah. Kebaikan adalah perbuatan baik yang disukai Allah.

Pun begitu dalam kehidupan insan tidak mustahil untuk dosa menyebabkan seseorang itu mendampingi Allah sehingga membawanya ke syurga. Juga tidak mustahil kebaikan membuatkan seseorang melupai Allah sehingga membawa pengamalnya ke neraka.


Tazkirah 20 :  5 Syarat Untuk Membuat Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata: 
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah  kamu melakukan maksiat."Lelaki itu dengan gembira dan tidak sabar-sabar bertanya:  "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"


Tazkirah 19 :  Siapakah Qarin?

Tentu ramai daripada kita telah tahu tentang kewujudan qarin ini tetapi kemungkinan ada yang masih tidak mengetahui tentang Qarin ini. Hakikatnya, begitulah kehendak Allah SWT bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah matinya anak Adam, kita mempunyai satu jin kafir yang menjadi peneman ke mana sahaja kita pergi samada siang mahupun malam.

 Tazkirah 18 :  10 Sifat Mahmudah

Ilmu tasuf
Wajib fardu ain di atas mukalaf megetahui 10 sifat mahmudah/terpuji dan 10 sifat mazmumah/dicela
sifat mahmudah
1. Taubat yakni meningalkan maksiat dan menyesal dengan apa yang telah dilakukan.
Tiap-tiap manusia tidak terlepas dari melakukan maksiat melainkan mereka yang maksum (orang yang terpelihara dari dosa) seperti nabi-nabi, malaikat dan rasul-rasul.
Wajib atas setiap mukalaf bersunguh-sunguh memelihara diri daripada dosa yang dilakukan oleh:
a. Angota, seperti tangan, kaki, dan lainnya.
b. Pendengaran.
c. Pengelihatan.
d. Hati.
c. Lidah.
apabila seorang itu melakukan perkara yang dilarang oleh agama wajib lah atasnya bertaubat.

Tazkirah 17 :  Apakah itu Taubat?

Taubat adalah suatu perkara yang berkait rapat dengan dosa, samada dosa kecil mahupun dosa besar, dan sememangnya kita sebagai manusia tidak dapat lari daripada melakukan dosa, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik dari Sunan Tirmizi, bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:

كل إبن آدم خطاء وخير الخطائين التوابون

Maksudnya: "Setiap anak Adam melakukan kesilapan (dosa), dan sebaik-baik kesilapan adalah disertai dengan taubat kepada Allah." Bahkan Allah s.w.t. sendiri memerintahkan kita selaku orang yang beriman agar bertaubat kepada Allah, sebagaimana yang dirakamkan dalam Al-Quran di dalam surah An-Nur ayat 31:

Tazkirah 16 : Tingginya Sifat kasih Sayang Rasulullah

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.
1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

Tazkirah 15 :  35 Point Syiah Bukan Islam

35 point Syiah bukan Islam JAKARTA (Arrahmah.com) – Peneliti Syi’ah dari Institut Pemikiran dan Peradaban Islam (InPAS) Surabaya, Kholili Hasib, M.A mengungkapkan 35 point tentang Syiah bukan Islam. 1.  Syiah bukan Islam – sebelum membahas kekeliruan Syiah harus kita fahami dahulu bahwa Syiah Indonesia adalah Syiah Itsna Asyariah bukan Zaidiyah. 

Tazkirah 14 : Penyakit Hati yang Tidak Disedari

Ramai dikalangan kita pernah mendengar perkataan riak ini, tetapi tidak ramai yang sedar bahawa penyakit ini telah wujud dalam diri tanpa disedari dan tidak tahu bagaimana ianya muncul dan seterusnya merebak. Di sini kami akan merungkaikan apakah itu penyakit riak, bagaimana kehadirannya dan bagaimana mengatasinya. 

Tazkirah 13 :  Wal 'Asri - Pengurusan Masa Dalam Islam

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

Tazkirah 12 :  Apa Kata Al-Quran dan Bible 

Secara ringkasnya, kepercayaan Trinity ialah suatu bentuk kepercayaan (iqtiqad) yang mempercayai bahawa Tuhan itu tiga (ada tiga tuhan). Iaitu terdiri daripada Tuhan Ayah (Father - Allah), Tuhan Anak (Jesus Christ), dan Ruhul Qudus (Ruh yang suci).

Tazkirah 11 :  Nasihat Kubur                        

1.   Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap,
      maka terangilah aku  dengan TAHAJUD
2.  Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah
     aku dengan ber SILATURAHMI.  

Tazkirah 10 :  Ganjaran Solat Subuh

"Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam
jaminan Allah SWT kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan
Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat) yang pada waktu
kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke 
dalam api neraka"

Tazkirah 9 :  Kesempurnaan-solat

Kesempurnaan di dalam melaksanakan solat amat penting dalam 
menentukan samada solat kita diterima atau pun tidak oleh Allah 
S.W.T. Kebanyakan kita sekarang ini melaksanakan solat sambil
lewa dan menjadi sia-sia sahaja. 

Tazkirah 8 :  Ilmu Penyelamat

Masjid kat tempat aku, sebelum solat tarawih mula, seorang ustaz akan 
bangun dan bagi satu tazkirah pendek. Malam kelmarin, dia bawa cerita 
yang menarik. Hampir setiap malam cerita menarik sebenarnya, tapi aku 
nak ceritakan yang ini. 

Tazkirah 7 :  Penyakit Hati

Ramai dikalangan kita pernah mendengar perkataan riak ini, tetapi tidak
ramai yang sedar bahawa penyakit ini telah wujud dalam diri tanpa disedari
dan tidak tahu bagaimana ianya muncul dan seterusnya merebak. Di sini 
kami akan merungkaikan apakah itu penyakit riak, bagaimana kehadirannya 
dan bagaimana mengatasinya. 

Tazkirah 6 :  30 Kelebihan Selawat

1)  Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang   berselawat keatasku sekali, 
      nescaya Allah  akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali  ganda 
     - (HR Muslim.)

Tazkirah 5 :  15 Ciri Pengikut Syiah

Indonesia Tengah menjadi target Syiahsiasi besar-besaran, hingga
kini banyak pengikutnya berada di berbagai wilayah, terutama
di Jawa Barat dan Sulawesi Selatan. Jumlah penganut Syiah di
Indonesia, Ketua Dewan Syura IJABI Jalaluddin Rakhmat, pernah
mengatakan kisaran jumlah penganut Syiah di Indonesia, "Perkiraan
tertinggi 5 juta orang.

Tazkirah 4 : Doa Perlindungan Dari 4 Keburukan

Ada sebuah doa yang diajarkan Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam.
Di dalamnya terkandung permohonan agar Allah melindungi kita dari
empat keburukan. Doanya berbunyi sebagai berikut:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, 
dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan
 dari doa yang tidak dikabulkan.”(HR Muslim 4899)

Tazkirah 3 :  Bacaan Ayatul Kursi Dengan 9 Wakaf 


Ayatul kursiy mengandungi khasiat yang besar. Dikatakan terdapat 99 
buah hadith yang menerangkan fadilatnya. Di antaranya ialah untuk 
menolak syaitan, benteng pertahanan, lapangkan fikiran dan menambah
iman.

Tazkirah 2 :  Tanda Kiamat Di masjidil Haram 

Akhukum fillah,tentunya Masjidil Haram tidak asing buat kita. 
Di sanalah lembah peradaban Islam bersinar ke seluruh bumi 
Allah ini. Lembah terjaga yang Insya Allah akan terjamin
 keamanannya hingga akhir zaman. Di sana ada Baitullah 
yang menjadi kiblat umat Islam sejagat, ke arah lembah 
inilah setiap saat wajah wajah mukminin mukminat terarah.

Tazkirah 1 :  Abu Lahap

Abu Lahap adalah musuh utama Nabi saw semasa baginda mula menyampaikan ajaran Islam. Pelbagai aniaya dan kejahatan telah dilakukan oleh Abu Lahab keatas Nabi saw dan sesiapa yang mengikuti ajaran Islam. Abu Lahap sungguh-sungguh bermusuhan dengan Nabi saw sehingga berusaha agar Nabi saw dibunuh.




No comments: