Friday, 27 December 2013

30 Kelebihan Selawat


[ 30 KEAJAIBAN SELAWAT ]

1)    Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang   berselawat keatasku 
       sekali, nescaya Allah  akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali  ganda 
       - (HR Muslim.)


2)  Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita  mengamalkan berselawat                                                        sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan  solat fardu. 


3)  Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali   sehari, insya 
     Allah akan  dipermudahkan bertemu jodoh  sama ada lelaki @  wanita. 


4)  Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan 
     minum.   Insya  Allah,  perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 


5)   Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu 
     akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah. 


6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan 

    dikurniakan   kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk 
    menerokai pelbagai ilmu. 


7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah 

    dirinya akan  lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 


8)  Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada    

     malam   Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang 
    dihadapi oleh  para  nabi. 


9)  Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada  

     sifat   tercela  hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya. 


10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya 

      Allah akan   beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat. 


11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan 

      mengindahkan   akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 


12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan 

      sesuatu  ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 


13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari 
       akan dapat   keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari 
       keredhaanNya. 


14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin 

      keselamatan hidup  dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat 
      kita menghadapi kesukaran hidup. 


15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat 

      Subuh, Maghrib  & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada 
      sebarang bencana. 


16)  Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, 

      Allah akan  memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh 
      serta bahaya fitnah. 


17)  Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan 

       kekeruhan  jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat 
       keampunan daripadaNya. 


18)  Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan 

       terpelihara  hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang 
       melalaikan. 


19)  Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan 

       memperolehi  keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat 
       kemurkaan Allah. 


20)  Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat 

       berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 


21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW 

      dalam  mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 


22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas    
       solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang. 


23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan 
       bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya. 

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat   

       sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya. 


25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira 
       berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit 
       berbahaya yang lain. 


26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan 
       keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya. 


27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan  
      yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib. 

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan 
       sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang    
       berterusan. 


29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali 
      pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan 
      bercahaya  - HR Abu Naim. 


30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu 

      pagi dan  10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku 
      pada hari kiamat  - HR Thabrani

No comments: