SOAL JAWAB AGAMA


** Untuk mengemukakan soalan, sila taip soalan anda di ruangan komen.

SOALAN 1 [SOLAT]

Soalan : Siapakah yang lebih utama menjadi imam solat?



Jawapan : Kita meyakini bahawa nabi s.a.w meninggalkan kita dalam keadaan syariat islam telah sempurna,tidak ada satu perkara pun yang menjadi keperluan umat ini melainkan telah diberikan panduan dalam islam begitu juga dalam menentukan siapakah lebih utama menjadi imam solat.

Nabi s.a.w bersabda dengan mafhumnya:"Mengimamkan bagi sesuatu qaum itu adalah seorang yang paling elok bacaan Al Qurannya,jika didapati segi bacaan adalah sama maka hendaklah dipilih orang yang paling mengetahui tentang sunnah,jika didapati pengetahuan mereka juga setara maka hendaklah dipilih mereka lebih dahulu berhijrah,jika didapati mereka juga sama segi hijrahnya maka hendak dipilih ornag yang terlebih dahulu menerima islam" (riwayat muslim)

Maka dari hadis ini nabi s.a.w meletakkan turutan keutamaan pada kriteria yang perlu ada pada seorang imam. Semoga dengan penerangan ringkas ini menjadi panduan kepada kita semua.


SOALAN 2 [SOLAT]


Soalan : Saya sering terganggu dengan perasaan yang membisikkan agar meremehkan solat dan meninggalkannya, apa yang mesti saya lakukan?

Jawapan : pertamanya saya ucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi masalah ini,ketahuilah saudaraku,sesuai dengan sumpah janji syaitan sebagaimana dirakamkan dalam Al Quran :

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". Al A'raf ayat 17.dari situ kita memahami syaitan tidak pernah berputus asa untuk menjadikan kita hamba yang ingkar terhadap Allah s.w.t.Oleh itu sedarlah bahawa bisikan tersebut adalah dari musuh yang terkutuk itu,dan cara menghindari boleh dilakukan dengan beberapa cara:

1-Sentiasa ber'istia'zah'(mohon berlindung dengan allah) setiap kali terlintas bisikan atau lahir perasaan tersebut sebagaimana diajarkan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya bermaksud:"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".

2-Sentiasa mengingati akibat dan kesan terhadap seseorang yang meninggalkan solat berupa azab dan seksaan diakhirat nanti juga mengingati keutamaan solat keatas setiap muslim sebagaimana sabda nabi s.a.w bermaksud: "perbezaan antara kita dengan mereka ialah solat,barang siapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah kufur"(riwayat tirmizi&nasa'i - Al albani- sohih)

3- Sentiasa memilih untuk berada bersama rakan-rakan/orang-orang yang istiqamah dalam menjaga solat mereka,kerana dengan berbuat demikian ia akan memberi kesan kepada diri untuk mengikuti dan mencontohi mereka.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini ianya diredhai Allah s.w.t dan memberi manfaat kepada semua. Wallahu a'lam.
Ust.ghani
Mbr


SOALAN 3 [SOLAT]


Soalan : Saya menziarahi kematian seorang kenalan dirumahnya,setelah selesai dimandi dan kafankan mayat lalu diletakkan diruang tamu,kemudian disolatkan keatasnya,saya dapati tiada seorang pun dikalangan wanita yang hadir sama-sama mendirikan solat jenazah keatas mayat sebagaimana kaum lelaki,apakah ini disebabkan terdapat larangan atau apakah hukum wanita mendirikan solat jenazah?


Jawapan : Hukum solat jenazah adalah fardhu kifayah,hukum ini terpikul keatas semua umat islam lelaki dan wanita,melainkan terdapat nas yang mengkhususkan sesuatu ibadah itu kepada sesuatu golongan sahaja, dalam hal tidak didapati satu nas pun yang mengkhususkan solat jenazah itu hanya keatas kaum lelaki sahaja dan melarang kaum wanita menunaikannya,maka hukum solat jenazah ini kekal sebagi fardhu kifayah keatas kaum lelaki dan wanita.
Juga terdapat riwayat yang sohih oleh imam muslim rahimahullah (meninggal 261 h) ketika sahabat Saad bin Abi Waqas wafat Aisyah r.a juga solat jenazah keatasnya,maka jika tindakan Aisyah menyalahi syara' pasti ianya dibantahi oleh para sahabat pada ketika itu.
Maka melihat kepada apa yang saudari gambarkan adalah tidak menjadi kesalahan jika saudari dan juga dikalangan wanita yang lain sama-sama mendirikan solat jenazah dibelakang saf para lelaki,dan itu yang terbaik kerana disamping mandapat pahala ziarah saudari juga mendapat pahala solat jenazah.
Wallahu a'lam.


SOALAN 4 [SOLAT]


Soalan : Baru-baru ini ada kejadian bunuh diri di taman perumahan saya,kemusykilan saya apakah hukum solat jenazah keatas mayat orang yang bunuh diri? Saya juga ada terbaca hadis mengatakan nabi s.a.w tidak solat jenazah ke atas orang bunuh diri.

Amir
Kuantan.


Jawapan : Perbuatan membunuh diri hukumnya adalah berdosar besar. Bagaimana cara seseorang itu membunuh diri maka dia akan diseksa dengan cara terebut didalam neraka Allah.s.w.t (nau'zubillah) sepertimana sabda nabi s.a.w dalam hadis bermaksud: "“Dan barangsiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu maka ia akan diazab dengannya di dalam neraka Jahannam”(Bukhoriy: 1363, Muslim: 110)

Memang benar terdapat hadis nabi s.a.w bahawa baginda tidak menunaikan solat jenazah atas mayat orang yang membunuh diri sebagaimana sabdanya yang bermaksud:"Dibawa kepada nabi s.a.w jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah dan nabi tidak solat keatasnya"(muslim:978)

Al Imam Al Nawawi (meninggal 676h) menjelaskan hadis diatas menjadi dalil kepada sebahagian pendapat yang mengatakan tidak disolatkan keatas jenazah orang yang membunuh diri antara yang berpendapat demikian ialah Umar bin Abdul Aziz dan Al Imam Al Auzai',manakala jumhur berpendapat bahawa hendaklah disolatkan keatas jenazah tersebut.Manakala maksud hadis tadi di fahami dari tindakan nabi s.a.w sebagai memberi pengajaran dan amaran terhadap dosa membunuh diri,dan baginda s.a.w tidak melarang para sahabat mendirikan solat keatas jenazah lelaki tadi.

Oleh itu difahami bahawa bagi jenazah orang yang membunuh diri bolehlah disolatkan keatas mereka.


SOALAN 5 [SOLAT]

 










Soalan: Mohon pencerahan ustaz berhubung dengan ‘Diet Rasulullah’ yang tersebar dalam masyarakat kita akhir-akhir  ini.
                              Man,  Bukit Rangin.KTN
                            
Jawapan: Merujuk kepada persoalan diet rasululullah, memang perkara tersebut sudah tersebar luas, bahkan ramai mempercayai dan meyakini bahawa ia benar dari rasululullah s.a.w  kerana antara yang mengetengahkannya adalah mereka yang berstatus " ustaz". Berkenaan hal ini sukacita dijelaskan beberapa perkara:

1-Susunan diet tersebut tidak terdapat dalam kitab hadis-hadis yang sohih.

2.Ianya ada dinyatakan dalam kitab ‘Zadu Al Maad’ karangan Al Imam Ibnu Jauziah (Meninggal 751h)  “..bahawa bagi sesiapa yang memerhatikan makanan nabi s.a.w. maka akan mendapati bahawa nabi s.a.w tidak makan secara bersama antara …( termasuklah jenis-jenis makanan yang terdapat dalam senarai ‘Diet Rasulullah’)

2-Perlu difahami antara perkara yang nabi s.a.w tidak lakukan dengan perkara yang nabi s.a.w larang, maksudnya ada perkara yang nabi tak lakukan pada masa yang sama nabi tidak melarang para sahabat melakukannya seperti dalam hal makan dhab,dan solat jenazah keatas jenazah muslim yang mati bunuh diri, nabi s.a.w tidak makan dhab dan nabi tidak melarang para sahabat memakannya, begitu juga nabi s,a,w tidak solat jenazah keatas mayat lelaki yang bunuh diri dan nabi tidak melarang para sahabt melakukan solat ke atas lelaki tersebut.(boleh rujuk hadis  sohih riwayat imam muslim)

Maka dalam hal ini memang tidak kedapatan nabi s.a.w makan dan minum dari makanan dan minuman yang tersebut secara bercampur, ini tidak bermakna nabi melarang melakukan demikian melainkan ada sabit dalam nas yang sohih,oleh itu perlu difahami antara perkara yang nabi s.a.w tidak lakukan dengan perkara yang nabi s.a.w larang..

3-Membuat kesimpulan dengan menjadikan  sesuatu yang nabi tidak lakukan lalu menjadikannya sebagai satu larangan dan disandarkan kepada nabi s.a.w  merupaka satu pendustaan ke atas nabi s.a.w. (nauzubillah).seperti mana dalam hal diet rasulullulah ini.

4.Oleh itu dalam masalah ini terpulang kepada indvidu,kerana setiap orang tidak sama alahannya juga kekuatan ketahanan badannya, ada antara mereka jika makan dan minum dari makanan tersebut dengan cara demikian dengan izin Allah s.w.t lalu dia terus sakit, ada yang berbuat demikian dan dengan izin Allah s.w.t  langsung tidak menjadi masalah pada badannya,maka yang terbaik adalah merujuk kepada mereka yang pakar khususnya  para doktor yang berkaitan .

Wallahu A’lam.


SOALAN 6 [SOLAT]










Soalan: Ketika kami dan juga mangsa-mangsa banjir yang lain menumpang di masjid sebagai pusat pemindahan sementara,Bolehkah kami dikalangan muslimat ini mendirikan solat jumaat bersama para jemaah sebagaimana kaum muslimin menunaikannya pada hari tersebut,dan perlukah kami mengulangi solat zohor pada hari itu?

Ija 
RRM Permatang Badak.

Jawapan: Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala kepada saudari dan semua mangsa banjir atas kesabaran menempuh ujian Allah.s.w.t.
    Hukum asal solat jumaat adalah tidak diwajibkan keatas muslimat.Dan tidak menjadi kesalahan jika mereka menunaikannya dengan syarat ia mampu menjaga beberapa perkara yang boleh mengelakkan fitnah dan menimbulkan syahwat antara berhias dan berwangi-wangian.
   Merujuk kepada keadaan saudari berserta mangsa banjir yang lain dikalangan muslimat yang memang berada dalam masjid ketika solat jumaat didirikan,maka adalah harus bagi saudari dan muslimat yang lain mendirikan solat jumaat bersama jemaah yang hadir.Adapun berkenaan solat zohor pada hari tersebut saudari tidak perlu mengulanginya  kerana telah gugur kefardhuannya dengan mendirikan solat jumaat tadi.

Wallahu A`lam



No comments: