Monday 26 October 2015

Mencari Kebenaran Dalam Beragama

Mencari Kebenaran Dalam Beragama Mestilah Dengan Petunjuk Kitabullah & Sunnah Yang Sahih?

Syaikh Yusuf al-Qaradhawi berkata:

Sesuatu kebenaran itu ialah kebenaran yang murni yang tidak bercampur dengan kebatilan.Inilah yang menjadi tujuan setiap Muslim yang mencintai kebenaran.

Rujukan utama Islam telah dibatasi pada dua sumber yang terpelihara kebenarannya iaitu Al-Qur'an dan Sunnah yang shahih.Ianya merupakan sumber hukum dan ajaran Islam berkaitan dengan akidah,ibadat,hukum,akhlak dan bidang-bidang kehidupan lainnya.Oleh sebab itulah kita mesti memahaminya dengan pemahaman yang benar.

Maka itu,para pencari kebenaran mestilah sentiasa kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah yang shahih,mengambil sumbernya yang jernih dan tidak mencampurinya dengan kekotoran(kebatilan).

Barangsiapa dilapangkan dadanya oleh Allah,bermakna dia telah mendapat petunjuk daripada Tuhannya dan juga sekaligus mengangkat dirinya sebagai da'i yang menyeru manusia kepada Allah dengan petunjuk yang benar.

Mereka mengaitkan diri kepadanya,senantiasa memperjuangkannya,sentiasa berusaha untuk mendapatkannya dan memiliki komitmen dengan golongannya kerana ia adalah golongan Allah azza wa jalla.

["Al-Marja'ijjah Al'ulya Fil Islam Lil Qur'an Wa As-Sunnah"]