Tuesday 18 February 2014

Merotan Dalam Islam


Islam sebagai agama yang membawa rahmat dengan  syariat yang menyeluruh menyinari kehidupan manusia.Keyakinan

ini membawa kita agar sentiasa ingin kembali kepada islam dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar urusan. Pendidikan adalah satu jalan yang utama untuk mengembalikan manusia kepada fitrah yang patuh dan taat kepada Allah dengan menjadikan islam sebagai cara hidup.Namun begitu dalam mendidik kita akan berhadapan dengan cabaran-cabaran yang jika tidak ditangani dengan betul akan membawa implikasi yang negatif  bukan sahaja kepada pendidik malah kepada kesyumulan islam itu sendiri.

Dalam menghadapi cabaran dalam pendidikan hari ini ada dikalangan ibubapa dan pendidik mengambil jalan dengan menjadikan tindakan merotan anak atau murid sebagai penyelesaian kepada masalah disiplin dan membentuk sikap serta tingkah laku murid atau anak-anak.Persoalannya adakah ianya sebahagian dari kesyumulan islam atau ianya adalah sekadar ikutan dan tradisi dalam pendidikan ataukah ia merupakan cara orang-orang tidak bertamadum dalam mendidik anak-anak?