Sunday 23 November 2014


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT)  DAN HARI ANUGRAH CEMERLANG ) 2014


 Program ini diadakan pada hari semalam,  Sabtu,  22 November 2014  / 28 Muharram 1436 H. Ianya diadakan  setiap tahun pada tarikh yang berlainan tetapi dalam tahun ini ianya diadakan di MASJD SYAIDINA OTHMAN IBN AFFAN BUKIT RANGIN serentak dalam tahun ini atas beberapa sebab antaranya: untuk menarik lebih ramai ibubapa atau penjaga pelajar-pelajar menghadiri  Mesyuarat  Agung Tahunan (MAT).  Sekiranya  MAT sahaja diadakan  maka kehadiran ibubapa amatlah sedikit contohnya  kehadirian MAT tahun 2013 seramai 24 orang, manakala kehadiran ibubapa /penjaga dalam MAT ini  200 orang.





Hari anugerah cemerlang diadakan bertujuan  untuk menganugrahkan kejayaan pelajar-pelajar  dalam kurikolum dan kokurikulum sepanjangg tahun 2014 dalam  pelbagai kategori  seperti  berikut:

·         bacaan al quran terbaik

·         amalan solat terbaik

·         hafazan surah terbaik hafazan doa terbaik

·         hafazan hadith terbaik

·         khatam Al-Quran

·         kedtangan terbaik

·         ketua kelas

·         pengawas

·         terbaik dalam kelas

·         Cemerlang dalam peperiksaan UPKK 2014.

dan berbagai lagi.


Mesyuarat  Agung Tahunan (MAT) diadakan bertujuan meluluskan pendapatan dan perbelanjaan  sepanjang tahun 2014 SAR KAFA dan memaklumkan kepada ibubapa /penjaga mengenai  kemajuan pembalajaran dan aktiviti kurikolum dan kokurikulum sekolah.

Majlis ini di resmikan oleh Pengerusi Masjid Syaidina Othman  Ibn Affan Cigu Mohd  Azmi bin Othman. Dalam ucapan peresmian nya antara lain beliau menegaskan pentingnya pendidikan Agama dan Fardhu Ain diperingkat sekolah randah seperti  ini  sebagai tempat pengisian ilmu agama untuk masa depan  bila pelajar-pelajar itu dewsa nanti dan membantu negara melahirkan jenerasi yang berakhlahk mulia. Pihak Masjid sentiasa membantu pihak SAR KAFA  bagi menyedikan kemudahan tempat belajar di ruang legar masjid dan lain-lain kemudahan pembelajaran sebelum bangunan baru siap.


Pengerusi SAR KAFA Haji Mohd Salleh bin Abdul Rahim dalam ucapannya menegaskan pentingnya ibubapa/ penjaga,  sebagai pemegang saham dalam  SAR KAFA  dalam bentuk sumbangan yuran bulanan,  membantu memajukan sekolah dan menambahkan wang  bagi pembinaan bangunan baru yang sedang di bangunkan.  Mereka janganlah serahkan semata-mata kepada Pengerusi dan AJK bagi mendapat wang untuk membiayai pembinaan sekolah.

Ibubapa / penjaga  juga janganlah semata-mata mengharapkan anak-anak mereka dapat  cemerlang  dari segala segi sedangkan  kebajikan guru-guru, kewanagan sekolah, kemudahan asas sekolah ,alat bantu mengajar dan tempat belajar yang selesa  di abaikan. Semua ini perlukan  sokongan dari ibu bapa dalam mencari sumber  kewangan.  

 Mengenai kemajuan kerja-kerja pembinaan bangunan sekolah , pencapaian dari segi  kos ialah 11% .  Wang tabung yang ada sebanyak RM142,000 digunakan dulu untuk membeli bahan binaan dan upah kerja pembinaan tersebut.  Perutukan tambahan RM358,000 Usaha menambahkan kewangan tabung sedang diusahakan. Sehingga ini bantuan kewangan dari Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri  termasuk permohonan wang zakat dari Majlis Ugama islam Negeri Pahang (MUIP) belum lagi di perolehi  walaupun permohonan resmi telah di buat semenjak tahun 2011.Walaubagaimana pun pihak yang ingin menyumbangkan bantuan kewangan dan bahan-bahan binaan amatlah dialu-alukan. No Akaun di BIMB 06082010004768 atas nama SAR KAFA Masjid Saidina Othman Ibn Affan. 

 Ustazah Rohatizan bt Hj Jaafar , Guru besar , memaklumkan bahawa SAR KAFA masjid ini akan mengadakan kelas mengaji  Al Quran di musim cuti sekolah d mulakan pada 24 /11/2014 hingga 26 Disember  2014. Semua ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke kelas tersebut adalah dialu-alukan.



Mesyuarat Agung tahun ini tidak ada pemilihan Ahli jawatankuasa (AJK) baru sebab pemilihan AJK diadakan setiap dua tahun sekali.

Di akhir mesyuarat agung itu telah di putuskan bahawa tahun kewangan berakhir SAR KAFA ialah seperti biasa iaitu 31 Disember setiap tahun dan MAT hendaklah di adakan dalam tempoh 6 bulan selepas itu. Satu majlis hari laporan kemajuan pelajar-pelajar akan di adakan serentak dengan MAT.

 Majlis hari ini mendapat sambutan yang menggalakan kerana kehadiran ibu bapa /penjaga dan pelajar-pelajar amat menggalakan. Dianggarkan 200 oarang yang hadir ke majlis ini  terdiri dari ibubapa / penjaga dan dan pelajar-pelajar. Kumpulan nanyian bertajuk “ Selamatkan Pelastin” dinyanyikan pelajar-pelajar SAR KAFA  bagi memeriahkan majlis hari tersebut.