Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan ahlan wasahlan pembaca yang budiman...
AKTIVITI MEMASAK BUBUR ASYURA PADA 17.11.2014
Memasak
bubur Asyura merupakan aktiviti tahunan
Jannatul Ummie. Telah menjadi tradisi Jannatul
Ummie menyediakan dan memasak Bubur Asyura pada setiap bulan Muharram setiap
tahun.
Kali
ini, Jannatul Ummie telah memasak bubur
Asyura pada hari Isnin iaitu 17hb Nov 2014 di mana Pn Rokiah Osanan telah
mengetuai acara ini di samping itu kira-kira 30 jemaah Jannatul Ummie
berganding bahu bergotong-royong dengan bantuan dari ahli-ahli ADK. Acara
bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tghari.
Bubur
Asyura yang telah siap dimasak diagih-agihkan kepada jemaah Jannatul Ummie,
penduduk sekitar dan juga jemaah masjid yang hadir.
Semuga
tradisi dan aktiviti ini berterusan di masa hadapan…..
Memotong bahan untuk Asyura.
Berehat setelah selesai tugas.
Persiapan bahan rempah.
Proses mengacau Asyura.
Asyura yang telah siap dimasak.
Memasak untuk ahli Jemaah yang bertugas.
Siap untuk diedar.
________________________________________________________________________________
23 November 2014
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan ahlan wasahlan pembaca yang budiman...
Jemaah wanita masjid lebih mesra dikenali sebagai jemaah "Jannatul Ummie" yang bermaksud "Taman Ibu" atau "Syurga Ibu". Nama ini dipilih bertepatan dengan usaha para kaum wanita dan kaum ibu yang sedikit sebanyak meluangkan masa dan juga menyumbangkan sedikit tenaga di rumah Allah ini bagi mencari keberkatan dan redha Ilahi. Di samping itu, segala aktiviti dan program serta kelas ilmuan yang telah dan akan dirancang adalah bagi memberi ruang dan peluang kepada para wanita dan kaum ibu untuk menjadi insan yang lebih berilmu serta memantapkan jati diri agar menjadi insan yang bertanggungjawab dan bertaqwa.... in sya Allah...
Jemaah wanita Masjid Saidina Othman Ibn Affan terdiri daripada mereka yang tinggal di sekitar perkampungan Bukit Rangin, Perumahan Bukit Rangin, RRM Permatang Badak, Kampung Cendering, Perkampungan Sg. Isap dan kawasan sekitarnya.
Sebahagian jemaah Jannatul Ummie.
Ahli Jawatankuasa Jannatul Ummie
Pengerusi - Pn. Hajjah Hasnah binti Haji Jamil
Naib Pengerusi - Pn. Hajjah Saadiah binti Abu Bakar
Bendahari - Pn. Azlina binti Samsuri
Aktiviti
Alhamdulillah...pelbagai aktiviti dan program yang melibatkan penyertaan jemaah Jannatul Ummie dari akhir tahun, Disember 2013 dan sepanjang tahun 2014 telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan penuh dalam suasana ukhwah bermula dari program besar-besaran iaitu "Hari Keluarga Sakinah" pada 1hb Disember 2013 hinggalah ke program terkini iaitu penyediaan Bubur Asyura pada 17hb November 2014.
Matlamat utama program dan aktiviti ini dirancang adalah untuk menarik lebih ramai jemaah khususnya golongan wanita yang tinggal di sekitar perkampungan dan perumahan kawasan masjid untuk sama-sama menghadirkan diri, melibatkan diri dan mengimarahkan lagi masjid dan di samping untuk melibatkan jemaah Jannatul Ummie dalam pelbagai program kemasyarakatan.
Bagi memberi penerangan yang lebih jelas dan untuk pengetahuan umum, sebuah buku telah diterbitkan di mana kandungan utama adalah mengenai perjalanan aktiviti dan juga program ilmuan jemaah Jannatul Ummi sepanjang tahun.
1. Program "Hari Keluarga Sakinah" - 1 Disember 2013
2. Menyediakan juadah utk mangsa banjir
bersama YAM Tengku Hajjah Azizah - 4 Disember 2014
Maimunah.
3. Majlis Maulidul Rasul. - 14 Januari 2014
4. Majlis Taddarus Al-Quran. - 29 Jun hingga 12 Julai 2014
(60 jemaah mengambil bahagian)
5. Majlis Khatam Quran - 15 Julai 2014
Dirasmikan oleh Datin Hajjah Rohizah
binti Haji Ahmad.
6. Majlis Khatam Quran bersama - 18 Julai 2014
Datin Sharifah Khasif Syed Badiuzzaman
anjuran RTM Kuantan di Masjid Sg Isap
Perdana, Kuantan.
(2 wakil Jannatul Ummie)
7. Lawatan @ menyampaikan sumbangan - 24 Julai 2014
di HTAA, Kuantan.
8. Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri. - 19 August 2014
9. Yassin di Istana Abdul Aziz, Kuantan. - 2 Oktober 2014
10. Majlis Qurban bersama Yayasan
Pahang Plantation dan MACMA - 6 Oktober 2014
11. Lawatan sambil belajar ke Masjid - 1 November 2014
As-Salam, Puchong Perdana, KL &
Masjid Temin, Jerantut
12. Memasak Asyura. - 17 November 2014
Di samping aktiviti dan program di atas, jemaah Jannatul Ummie juga melibatkan diri di dalam program kemasyarakatan.
Antaranya :
1. Melibatkan diri dalam majlis anjuran jemaah di kediaman masing-masing spt.
a) Majlis bacaan Yassin dan Tahlil.
b) Majlis Aqiqah dan doa selamat.
c) Majlis Khatam Quran.
d) Majlis Perkahwinan.
2. Ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada :
a) Ibu tunggal dan muallaf di Batu 11, Gambang.
b) Pusat Pemulihan dlm Komuniti, PDK Semurni Qaseh, Bkt Rangin.
c) Pusat Jagaan Wargatua di Baitul Hanan, Beserah, Kuantan.
d) Maahad Tahfiz Muhammadi untuk anak yatim & fakir miskin, Kg Bkt Rangin.
e) Wargatua yang uzur di Perumahan Bukit Rangin.
f) Melawat adik Mohd Hakim Hashim yang berkhatan di Perumahan Bkt Rangin.
g) Menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran.
h) Menyampaikan sumbangan tongkat kepada ibu seorang jemaah masjid yg uzur.
j) Menziarah Ustaz Helmi di Hospital Pakar, Alor Akar di mana beliau ialah salah
seorang tenaga pengajar untuk jemaah Jannatul Ummie.
Kelas pengajian ilmuan untuk jemaah Jannatul Ummie juga di adakan 4 hari dalam seminggu bermula dari hari Isnin hingga Khamis di mana tenaga pengajar dari luar di jemput. Jadual pengajian telah dipos dalam blog ini.
Di samping itu, bagi memberi sedikit keselesaan kepada jemaah masjid dan tetamu masjid, jemaah Jannatul Ummie bergotong-royong membersihkan masjid pada setiap pagi jumaat bermula pukul 8.30 - 11.00 pagi.
Di bawah ini, disertakan beberapa gambar aktiviti dan program yang telah berjaya dilaksanakan oleh jemaah Jannatul Ummie sepanjang tahun 2014.
Hari Keluarga Sakinah.
Majlis Khatam Quran 2014.
Kelas Kraftangan.
Majlis Bacaan Yaasin dan Aqiqah di kediaman jemaah.
Majlis Qurban bersamaYayasan Pahang Plantation dan MACMA.
Menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal/saudara baru.
Menyampaikan sumbangan kepada mangsa kemalangan.
Menyampaikan sumbangan kepada wargatua di Baitul Hanan.
Menyampaikan sumbangan kepada wargatua yang uzur.
Menyampaikan sumbangan kepada adik Mohd Hakim yang berkhatan.
Menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak OKU di Semurni Qaseh.
Menyampaikan sumbangan kepada Tahfiz Muhammadi utk anak yatim. |
Ustaz Nik Azam bin Nik Waqis.
Ustaz Mohd Helmi bin Abdul Rahman
Ustazah Norhayati binti Ibrahim.
Ustaz Mohd Zubair bin Ahmad Malik.
Membuat mi kuning anjuran Koperasi Masjid.
Kelas pengajian cara Pengurusan Jenazah Wanita.
Menyediakan Bubur Asyura.
Jadual Kuliah
______________________________________________________________________
2 November 2014
LAWATAN KEMASJID AS-SALAM, PUCHONG DAN MASJID TEMIN, JERANTUT
Lawatan telah diadakan pada 1 November 2014. Seramai 40 orang wakil dari Masjid Saidina Othman Ibn Affan telah berkesempatan menjadi peserta dalam lawatan ini.
Di Masjid As Salam, Puchong
Di Masjid Temin, Jerantut
7 comments:
Sangat bagus kalau semua aktiviti jemaah wanita dikongsikan bersama disini.
Terima kasih atas komen di atas...alhamdulillah kami (jemaah Jannatul Ummie) telahpun menyambut saranan tuan.
Harap maklum..
Tahniah jannatul ummie...semuga dapat meneruskn usaha yang mulia ini dn agar sentiasa mendapat dokongan yg padu sesama jemaah...
Catatan yang sangat menarik mengenai aktiviti jemaah wanita Masjid Bukit Rangin.
Good job Jannatul Ummie. Semoga usaha mengeratkan ukhuwah antara jemaah & usaha mengimarahkan masjid berkekalan dan diberkati Allah sentiasa. Semoga lebih banyak aktivit dapat dilakukan dan sentiasa dikemas kini di dalam blog ini.
Semoga jemaah wanita jannatul ummie dapat meneruskan kerjasama dalam menjalankan aktiviti dan menyokong segala usaha yang dibuat dalam mengimarahkan masjid kite..
alhamdulillah...info-info yg ada diruangan blog ini mudah di fahami oleh setiap jemaah wanita. Dengan pertambahan maklumat yg jitu boleh memantapkan isi kandungan setiap aktiviti....tahniah di ucapkan.
semoga ruangan ini dapat mengeratkan lg siratulrahim antara jemaah jannatul ummie...
Insya Allah dengan berkat bekerjasama yang padu dr setiap jemaah jannatul ummie...in sya Allah segala yang dirancang akan dipermudahkanNya...
Post a Comment