Tuesday 20 September 2016

Telah Dikeluarkan Fatwanya

Kategori : Akidah  
Tajuk :
Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Kadirun Yahya

 
 
 Keputusan
Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah yang dibawa oleh Kadirun Yahya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam dan mengamalkan tarekat ini adalah sesat.

Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-3 
Tarikh Keputusan : 15 November 1981 
Tarikh Muzakarah : 15 November 1981 hingga 16 November 1981
---------------------------------------------

Kategori : Akidah  
Tajuk :
Amalan Suluk(bertapa) & Rabitah(menghadirkan Wajah Guru) Dalam Tariqat Naqsyabandiah Khalidiah
Huraian :
Amalan Suluk(Bertapa) & Rabitah(Menghadirkan Wajah Guru) Dalam Tariqat Naqsyabandiah Khalidiah Pimpinan Tuan Haji Ishak Bin Mohd @Chr(39)@Arif, Kampung Bengkeng, Dong Raub, Pahang

 
 
 Keputusan
"Amalan suluk dan rabitah dalam tariqat Naqsyabandiah Khalidiah pimpinan Tuan Haji Ishak bin Mohd 'Arif adalah terkeluar daripada syariat Islam ".
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali ke-29  
Tarikh Keputusan : 19 Feb 1992 

Monday 19 September 2016

Zaman Fitnah

ضوابط وقواعد يحتاجها المسلم في زمن الفتن
*******************************
01 :لا تتبع العاطفة وقيِّدها بالشرع
02 : التثبت في النقل وعدم التعجل
03 : إيَّاك والجهل واحرص على العلم والتعلم
04 : عند الاختلاف، إياك والصغار والزم الكبار
05 : إياك والأمور الحادثة والزم السنة
06 : إياك أن تقترب من الفتنة وابتعد عنها
07 : منع الفتنة أسهل من رفعها
08 : احذر الهوى عندما تأخذ بالفتوى وخذ بما أضاءه الدليل
09 : إن كنت عامياً لا تأخذ الفتوى بالتشهي وقلِّد الأعلم
10 : إيَّاك والتقلب واثبت على الدين بنور القرآن والسنة
11: لا تنازع النصوص بما تريد واجعل ما تريد على وفق النصوص
12 : احذر الفرقة والزم الجماعة
13 : إياك والظلمة والشر والعذاب والزم العدل وأهله والخير وأهله
14 : لا تتطلب الفتن واستعذ بالله من شرها
15 : لا تغتر بزخرفة الفتن وانظر إلى حقيقتها ببصيرة المؤمن
16 : احذر الغلو والزم الاعتدال
17 : احذر العقوق وأدي الحقوق
18 : احذر قصر النظر واعرف الحق بأصله وأثره
[من شرح كتاب الفتن وأشراط الساعة من صحيح الإمام مسلم، الشريط24 – للشيخ سليمان بن سليم الله الرحيلي حفظه الله
Garispanduan Dan Kaedah (Manhaj) Yang Diperlukan Oleh Seorang Muslim Ketika Berada Di Zaman Fitnah:

1) Jangan ikut perasaan, sebaliknya ikatkan ia dgn syariat.
2) Pastikan kesahihan dalam nukilan dan tidak tergesa-gesa.
3) Jauhi kejahilan, sebaliknya utamakanlah ilmu dan pengajian.
4) Elakkan pendapat tidak matang dari org muda ketika khilaf,  sebaliknya lazimilah pendapat para ulama besar.
5) Jauhilah perkara2 baru (bidah) dan lazimilah sunnah.
6) Jgn dekati perkara2 fitnah, sebaliknya jauhkan diri darinya.
7) Mencegah fitnah itu lebih mudah daripada menghilangkannya.
8) Berhati2lah dgn pengaruh hawa nafsu ketika  berfatwa, sebaliknya berfatwalah dgn apa yg disuluh oleh dalil.
9) Sekiranya kamu orang awam, jgn pandai2 berfatwa ikut selera nafsu, sebaliknya bertaqlidlah kpd yg lebih tahu.
10) Elakkan pendirian yg berbolak balik, sebaliknya tetaplah di atas agama ini dgn suluhan daripada balikan cahaya Al-Quran & Sunnah.
11) Janganlah kamu tentang nas2 syarak dgn apa yg kamu mahu, sebaliknya jadikanlah apa yg kamu inginkan itu menepati nas2 tersebut.
12) Awasilah perpecahan dan lazimilah jamaah.
13) Jauhilah kegelapan, keburukan dan penyeksaan, sebaliknya lazimilah keadilan serta para ahlinya dan kebaikan serta para ahlinya.
14) Jangan kamu sengaja mencari fitnah, sebaliknya mohonlah perlindungan dgn Allah dari keburukannya.
15) Jgn kamu percaya pd hiasan fitnah, tetapi lihatlah kpd hakikatnya melalui pandangan mata hati seorng mukmin.
16) Awasilah sikap ghuluw (melampau) dan lazimilah kesederhanaan.
17) Awasilah penderhakaan dan tunaikanlah hak kewajipan.
18) Awasilah cetek pengamatan dan kenalilah asal usul kebenaran serta kesannya.

[Huraian Kitab al-Fitan Dan Tanda2 Kiamat dari Sahih Muslim - kaset 24 - oleh Syeikh Sulaiman bin Sulaim al-Ruhaili Hafizahullah.

Terjemahan al-Fadhil Dr Azwira hafizahullah.
19-Sep-2015