Subhanallah!! Fenomena Laut Terbelah Di Korea Selatan
24 Disember 2013 orang sibuk
dengan peristiwa ikan melompat naik ke darat di kepulauan Tambisan,
Lahad Datu, Sabah. Ramai yang percaya peritiwa itu ada kaitan dengan
Tsunami seperti yang pernah melanda Acheh, India, Phuket dan Malaysia
pada 26 Dicember 2004.
Tsunami
adalah peritiwa hebat dalam sejarah dunia. Mengubah bentuk muka bumi
demi menstabilkan ekologi. Kuasa tuhan tidak terhad dan perancanganNYA
adalah sebaik-baik rancangan. Tapi bukan satu-satunya peritiwa yang
menunjukkan perancangan hebat ALLAH.
Fenomena taufan, pencairan ais, kewujudan salji di kawasan padang pasir dan lain-lain adalah kerana perancangan ALLAH.
Fenomena hebat yang menakjubkan
yang menjadi fokus hari ini ialah fenomena yang pernah berlaku di Korea
Selatan seolah-olah ulangan kisah Nabi Musa membelah lautan.
Kejadian laut terbelah yang
berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea
Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan
terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.
Bayangkan dalam tempoh sejam,
anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini
dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan
sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.
Namun, kejadian moden belahan
laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula
jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang
menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.
Ini menghasilkan laluan bagi
menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga
lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta
besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut
Terbelah Jindo.
Malah Pesta Laut Terbelah Jindo
ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta
Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing
yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak
berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.
Acara itu juga membolehkan pelancong menikmati pelbagai pengalaman di laut dan menyaksikan pemandangan unik serta budaya Jindo.
Pesta itu diserikan dengan lagu
rakyat Jindo dan tarian khas Korea, Ganggangsullae, turut
dipersembahkan. Tarikan lain sepanjang pesta itu termasuk pertunjukan
bunga api, pertunjukan laser, persembahan muzik tradisional serta
permainan dram.
Bagi mendapatkan pemandangan
paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh
menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri
di laluan itu.
Malah, siapa yang mahu
melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah
sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan
itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan
daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil
kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.
No comments:
Post a Comment