Dengan ini sekaligus mengajar kita agar mengutamakan urusan Allah s.w.t berbanding yang lain. Memuliakan masjid dan mencintainya juga adalah bertepatan dengan petunjuk nabi s.a.w dalam sabdanya bermaksud : “ Tempat yang paling disukai Allah adalah masjid-masjidnya dan tempat yang paling tidak disukai Allah s.w.t adalah pasar-pasarnya” (muslim).
Begitu juga Allah s.w.t memberi jaminan keselamatan yang
pasti kepada mereka yang meletakkan kecintaan yang besar terhadap masjid
sebagaimana sabda nabi s.a.w bermaksud : “ Tujuh golongan yang akan mendapat lindungan
Allah s.w.t pada hari yang tiada lindungan melainkan hanya
linduganNya…..seorang lelaki yang hatinya sentiasa terikat kepada masjid…” ( Bukhari&Muslim)
Al Hafiz Ibnu Hajar Al Asqalani (meninggal 852 H) menjelaskan dari hadis tersebut
bahawa maksud terikat kepada masjid itu menunjukkan betapa tinggi dan kuatnya
kecintaan seseorang itu kepada masjid. Begitu juga Al Imam Al Nawawi (meninggal 676 H) menyatakan bahawa kecintaan kepada
masjid itu boleh digambarkan dengan melazimi solat berjemaah dimasjid dan menjaga
solat padanya.
Lalu apa yang dapat kita simpulkan dari kurikulum yang
pertama berupa kecintaan kepada masjid ini ialah pastinya ia mampu melahirkan
seorang yang meletakkan keredhaan Allah s.w.t mengatasi segala-galanya. Ini
dapat dilihat apabila seseorang terikat hatinya kepada masjid kerana kecintaan
kepada masjid dan kepatuhannya kepada perintah Allah s.w.t dalam melaksanakan
ketaatan di dalamnya.
Sememangnya individu yang begini tidak akan mudah goyah
imannya apabila dia berada dalam masyarakat yang bagaimana sekalipun kerana di dalam
hatinya sudah ada neraca pertimbangan yang tepat dan benar iaitu Neraca Keredhaan
Allah s.w.t. Lalu setiap tindakannya dan perlakuannya nanti mesti melalui
neraca tersebut.
Maka dari situ kita dapat melihat bagaimana masjid dengan
peranannya tersendiri mampu melahirkan indivdu dan masyarakat yang mempunyai
kekkuatan berhadapan dengan cabaran dan godaan hidup yang semakin mencabar dari
masa ke semasa. Oleh itu menjadi tanggungjawab kita semua sebagai ahli qariah
sentiasa berusaha dan berkerjasama antara satu sama lain agar masyarakat kita
hari ini sentiasa mendampingi masjid seterus melahirkan genarasi yang mencintai
masjid.
Wallahu A`lam
Imam 3 MBR
No comments:
Post a Comment