Assalamualaikum,
Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua
jemaah kariah Masjid Saidina Othman Ibnu Affan dan semua masyarakat Malaysia.
Diharapkan semuanya beroleh kesejahteraan dan keselamatan dalam menghadapi
cabaran yang mendatang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang telah
bekerja keras dan memberikan kerjasama yang begitu baik sepanjang tahun 2013.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ahli jemaah yang sentiasa hadir untuk
mengimarahkan masjid.
Untuk menghadapi tahun 2014, saya mengharapkan semua biro yang terdapat di
dalam Jawatankuasa Masjid dapat merancang dan merekodkan sebarang aktiviti
untuk tahun 2014. Semua perancangan aktiviti hendaklah dibentangkan dalam
mesyuarat Jawatankuasa yang akan datang.
Senarai Biro yang ada termasuklah:
1. Biro Pentadbiran dan Pengurusan - En. Baharom bin Othman
- En. Johari bin Che Su
2. Biro Ekonomi - Hj Abd Karim bin Buyong
3. Biro Kebajikan dan Sosial - Hj Saad bin Harun
- Hj Md Ruslim bin Md Nor
4. Biro Koperasi dan Belia - En. Ir Ruzman bin Yusoff
5. Kebudayaan Al-Quran dan Hari - Hj Mohd Salleh b Abdul Rahim
Kebesaran Islam
6. Keselamatan dan Kemudahan Awam - Kol (B) Hj Ramli bin Awang
Hj Samin bin Seman
7. Penerbitan dan Keceriaan - Hj Mohd Nor bi Sharif
8. Kebersihan dan Perhubungan Awam - En. Alias bn Hassan
9. Pendidikan dan Dakwah - En. Zulkifli bin Muhammad
10. Hal Ehwal Wanita - Hjh Hasnah bte Mohd Jamil
- Hjh Saadiah bte Abu Bakar
Diharapkan dapat tuan/puan menyediakan satu salinan 'hardcopy' untuk
pembentangan dan 'softcopy uintuk admin laman web.
Terima kasih
En. Mohd Azmi bin Othman,
Pengerusi AJK MSOIA
No comments:
Post a Comment