Friday 28 March 2014

Dosa-Dosa Yang Dipandang Ringan (2)

      Diantara dosa - dosa yang dianggap ringan dalam masyarakat hari ini malah ia berleluasa dalam segenap lapisan samada dari peringkat kanak-kanak hingalah dewasa iaitu mempercayai adanya keberuntungan atau kesialan pada sesuatu benda,perkara atau kejadian.seperi nombor-nombor tertentu,warna-warna tertentu,melintasnya jenis binatang-binatang tertentu dan sebagainya.Perkara sebegini masih kuat menjadi pegangan dan kepercyaan dalam masyarakat kita sedangkan ianya sangat bertentangan dengan dengan aqidah islam yang menjelaskan bawaha tiada sesuatu mudharat atau menfaat melainkan dengan kehendak Allah s.w.t semata-mata.
      Firman Allah s.w.t :Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.  (Al a'raf 188)
Nabi s.a.w juga menegaskan perkara ini dalam sabdanya:Ya Allah, tiada yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tiada yang dapat menolak keburukan kecuali Engkau, dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Engkau.( tahqiq riayadhu al salihin- sahih)
     Ekoran dari menganggap ringan larangan Allah dan rasul ini maka lahirlah kepercayaan dan pegangan yang khurafat dalam masyarakat kita antaranya:


  • Mempercayai jika kupu-kupu masuk ke dalam rumah, ia bermakna ada sesorang akan datang.
  • Meyakini masa depan si bayi dengan menentukan tempat tanam uri bayi tersebut ( selepas dilahirkan). Hingga ada yag percayakan bahwa jika di tanam di depan rumah beserta pensil sebatang maka dapat mencerahkan masa depan si anak. !.
  • Mempercayai sesuatu yang buruk akan berlaku apabila cawan dan pinggan pecah atau kunci jatuh di ketika ingin keluar rumah.
  • Mempercayai rezeki bertambah hanya dengan menggantung ayat seribu dinar di rumah dan di kedainya. Sedangkan ayat tersbeut menuntut agar seseorang agar bertaqwa kepada Allah bagi mendapat ganjaran kelaur dari sebarang masalah dan rezeki dari sumber yag tidak dijangka dan bukannya hanya digantung.
  • Mempercayai akan mendapat duit apabila tangan merasa gatal.
  • Mempercayai hafalan al-Quran akan hilang jika lalu di bawah ampaian baju.
  • Meyakini ruh si mati akan kembali ke rumahnya semula. Sedangkan ia bercanggah dengan firman allah dalam surah al-Mukminun ayat 100 yang menerangkan tidak bolehnya ruh seseroang itu kembali ke dunia semula.
  • Kepercayaan ramalan buruk oleh si penyebar surat atau sms berantai.
  • Meramalkan kayu koka boleh menjadi penyelamat. 
Ini semua adalah kesan dari meremehkan larangan Allah dan Rasulnya yang membawa kepada kerosakan yang besar akhirnya iaitu mensyirikan Allah s.w.t . Nauzubillah min zalik

Wallahu A'lam
Imam 3 mbr