KEMUDAHAN


Masjid Saidina Othman Ibnu Affan mempunyai sebuah dewan solat yang boleh memuatkan seramai 1,300 orang makmum serentak.  Terdapat dua ruang anjung yang dibuat bagi memenuhi keperluan qariah yang meningkat dari semasa ke semasa terutamanya pada bulan Ramadhan dan ketika solat hari raya. Selain itu, masjid ini juga mempunyai kemudahan sebuah bilik Imam, sebuah  bilik mesyuarat, bilik Audio,  bilik bilal, dua buah setor, garaj, tempat memasak, dan 2 ruang tempat wuduk dan tandas bagi lelaki dan perempuan.

...........................................................................................................

KEMUDAHAN INSENIRATOR AL QURAN ( RELAU LUPUS QURAN)

Mula dibina pada 15 Jun 2012, siap pada 22 Julai 2012 mula beroperasi pada Ogos 2012.



Al Quran lama dikumpulkan
Setelah ditimbang dan dikumpul, kos dikenakan RM 5/kilogram
Proses rincit dijalankan oleh muslimah kariah MBR
Antara kemudahan ialah mesin rincit
Ramai tenaga diperlukan dalam proses rincitan
Merincit sambil beramah mesra
Membantu proses merincit dengan santai
Al Quran yang sudah dirincit dibakar dalam insinerator
kelihatan asap ketika proses pembakaran
Abu yang putih hasil dari pembakaran
 Abu dikumpul untuk dilupuskan kedalam laut cina selatan.

Para muslimin dan muslimat dialu-alukan untuk mendapat perkhidmatan ini,Untuk maklumat lanjut sila hubungi Tuan haji Abd.Aziz Bin Hj Awang melalui telefon bernombor 014-8297213 / 09- 5363103