Friday 2 January 2015

BANJIR 2014 - SUMBANGAN DARI MASJID SAIDINA OTHMAN IBN AFFAN

Banjir telah datang sekali lagi, kali ini pada penghujung bulan Disember 2014. Skala banjir kali ini tidak lah sehebat pada tahun 2013 bagi penduduk kawasan Kuantan, khusus nya bagi kariah Masjid Saidina Othman Ibn Affan. Walaupun ramai yang terpaksa berpindah ke penempatan banjir tapi jumlahnya adalah berkurangan dari tahun lalu.
 
Tapi ini jauh berbeza dengan banjir yang melanda di negeri Kelantan, terutamanya dijajahan Kuala Krai. Kali ini banjir dinegeri Kelantan sungguh mendebarkan penduduk yang terlibat. Puluhan ribu terpaksa berpindah ketempat selamat, malah ada yang terpaksa pindah kebukit-bukit untuk menyelamatkan diri.
 
Tak kurang parah juga bagi mereka yang tinggal ditebing-tebing sungai Pahang. Penduduk di Jerantut, Temerloh dan Pekan masing masing semua dilanda banjir yang lebih hebat dari kejadian tahun 1971.
 
Banjir di Terengganu pun demikian juga, ribuan orang terpaksa berpindah dari rumah-rumah mereka di Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan beberapa tempat lain. Negeri Perak, Kedah dan Perlis juga mengalami nasib yang sama walaupun jumlah nya adalah kecil berbanding Kelantan, Pahang dan Terengganu.
 
Untuk meringgankan kesulitan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir di tempat tersebut banyak pertubuhan kebajikan dan NGO telah bertungkus lumus membantu mereka yang terlibat dengan cara menghantar makanan, pakaian dan keperluan asas lain-lain.
 
Ahli kariah Masjid Saidina Othman Ibn Affan juga telah turut bermurah hati menyumbangkan kepada tabung mangsa banjir Panyai Timur. Sumbangan wang, makanan dan pakaian telah diterima dari ahli kariah masjid. Pada 1hb Januari 2015 satu pasukan yang diketuai oleh Iman Masjid Saidina Othman, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman telah bertolak ke Kelantan bagi menyampaikan sumbangan dari kariah Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bukit Rangin.
 
Semuga usha dan sumbangan ini diberkati Allah jua, in sya Allah.
 

Beras dan barangan keperluan lain diterima dari ahli kariah masjid.
 

Barang-barang sumbangan siap dibungkus.

Bungkusan sedang dimuatkan kedalam lori untuk dihantar ketempat yang dilanda banjir.

 

SUMBANGAN UNTUK TABUNG PEMBINAAN SAR KAFA

Sekolah Agama Rakyat (SAR) Masjid Saidina Othman Ibn Affan sedang rancak dalam fasa pembinaan nya. Oleh kerana kami masih memerlukan dana untuk menyiapkan sekolah ini, kami mempelawa para dermawan sekelian untuk membuat sumbangan sadaqah jariah untuk tabung pembinaan SAR ini. Untuk makluman tabung pembinaan SAR KAFA ini telah pun mendapat kebenaran dari Majlis Ugama Islam dan Adam Resam Melayu Pahang.

Surat kebenaran dari MUIP


Kami mengharapkan sumbangan sebanyak RM1000 daripada setiap dermawan sekelian.

Sila masukan sumbangan tuan/puan kedalam Akaun BIMB:

Akaun No: 0608 2010 0047 68
Nama: SAR KAFA MASJID SAIDINA OTHMAN IBN AFFAN

Kami ucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dari para dermawan sekelian . Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik tuan dan puan, in sya Allah.


Pembangunan SAR KAFA Masjid Saidina Othman, Bukit Rangin sedang rancak berjalan.


Tapak bangunan dua tingkat.