Penyakit hati yang tidak disedari
Ramai
dikalangan kita pernah mendengar perkataan riak ini, tetapi tidak ramai
yang sedar bahawa penyakit ini telah wujud dalam diri tanpa disedari
dan tidak tahu bagaimana ianya muncul dan seterusnya merebak. Di sini
kami akan merungkaikan apakah itu penyakit riak, bagaimana kehadirannya
dan bagaimana mengatasinya. Semoga dengan rungkaian ini anda dapat
mengambil iktibar dan cuba mengenalpasti adakah riak itu pernah ada
dalam diri anda dan ikuti panduan yang kami berikan untuk membuang terus
ataupun mengurangkan sedikit penyakit yang merosakkan hati anda
tersebut.
Pengertian riak
Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.
Perkara yang diriakkan oleh manusia;
1- Riak dari segi badan
Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.
2- Riak pada pakaian
Seseorang
itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan
hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu
kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu
malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah
tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.
3- Riak dengan perkataan.
Riak
ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan
ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti
seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan
dalam maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata
seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia
sebenarnya sunyi dan kosong.
4- Riak pada amalan
Orang
sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja
memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang
seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan
fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan
dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia
bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan
cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan
sebagainya.
5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.
Seseorang
itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga
seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini
bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan
ulama.
Peringkat Riak
1- Riak AkbarRiak akbar ialah
seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu
daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak
ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana
hanya berkiblatkan manusia.
2- Riak AsgharRiak asghar ini
pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada
manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan
kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada
riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.
3- Riak Jali ( yang terang )Riak
ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat.
Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.
4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )Riak
ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di
mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.
Bagaimana mengelakkan sifat riak?
Rawatan
terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah menghindari dengan
menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit. Begitu jugalah
kepada penyakit riak ini, iaitu menjauhi sebab-sebab yang boleh membawa kepada perasaan itu, antaranya ialah;
1- Sifat suka dipuji oleh orang lain. Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.
2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.
3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian. Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Setelah mengetahui sebab-sebab yang menjadi punca riak, mari kita lihatbagaimanakah cara untuk menghindarinya. Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;
1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.
2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.
3- Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.
4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.
5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.
6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

Apabila
berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu
perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda
wujudnya sifat riak. Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal
kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat
perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil
kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada
awalnya. Namun untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya memang
akan timbul perasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu
sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan
riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit. Janganlah
takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat
jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan
riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan
meningkatkan ibadat. Tetapi jangan biarkan perasaan riak itu terus
menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka
amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.
Wallahua’lam.
ODS: Astaghfirullahal’azim..banyaknya
cabang riak. Nampak gaya, sebagai manusia biasa, terkadang diri
ini nampak gaya tidak sengaja ter”riak”. Adalah diharapkan kita dapat
kurangkan “ke”riak”an sehingga ke tahap tak riak lagi.
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment