KALAM MASJID
Masjid Saidina Othman
Ibnu Affan
Bukit Rangin
SELAMAT DATANG 1435
HIJRAH
Hari
berganti minggu,minggu berganti bulan,bulan berganti tahun.Alhamdulillah sekali
lagi kita semua diberi kesempatan menjejak kaki ketahun baru hijrah.
Hakikatnya
perubahan masa dan bersilih gantinya hari merupakan satu peringatan dan
pengajaran kepada orang-orang beriman, sesuai dengan hadis yang sohih "
Tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari qiyamat melainkan ditanya dengan
empat perkara:berkenaan usianya pada apa dihabiskan..."(hasan sohih;Sohih
Al Targhib;Al Albani;3592)
Usia
kita ialah masa yang telah kita lalui,oleh itu sebagai seorang yang beriman
sewajarnya selalu melakukan muhasabah bagi
setiap masa dan detik yang berlalu.Persoalannya pada apa kita bermuhasabah?
Mengikut
Al Imam Ibnu QayyiM Al Jauziah keutamaan muhasabah adalah seperti berikut:
1- Muhasabah
diri terhadap perkara-perkara yang menjadi kewajipan kepada diri
melaksanakannya.jika ada yang tertinggal segera mengqadhanya,jika ada
kekurangan segera memperbaikinya
2- Muhasabah
diri terhadap perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t,jika ada
perlanggaran padanya samada sengaja atau pun tidak maka bersegera beristighfar dan memohon keampunan dari Allah
s.w.t.
3- Muhasabah
terhadap perkara-perkara yang melalaikan,Jika didapati telah berlaku kelalaian
diri terhadap tujuan penciptaannya maka bersegeralah kembali kepada Allah s.w.t.
4- Muhasabah
terhadap semua anggota badan kurniaan Allah
s.w.t,kerana siapakah setiap anggota itu melakukan sesuatu
perkara,mengikut cara siapakah sesuatu perkara perkara itu
dilakukan.(Al Imam Ibnu Al Qayyim;Ighathatu Al Lahfan Fi
Masoyidi Al Syaitan;165)
s.w.t,kerana siapakah setiap anggota itu melakukan sesuatu
perkara,mengikut cara siapakah sesuatu perkara perkara itu
dilakukan.(Al Imam Ibnu Al Qayyim;Ighathatu Al Lahfan Fi
Masoyidi Al Syaitan;165)
Marilah
sama-sama kita mengambil kesedaran bahawa keberadaan kita didunia ini hingga
kedetik ini adalah merupakan peluang kepada kita merubah diri kepada menjadi individu muslim yang lebih
baik dan berkualiti melalui pendekatan muhasabah sebagaimana yang dinyatakan.
Maka
jadikan permulaan tahun hijrah kali ini sebagai langkah pertama dalam merubah
dan meningkat iman kita kepada keimanan orang yang telah mendapat jaminan syuga
oleh Allah s.w.t sebagaimana para sahabat yang terdahulu.Dan jadilah hijrah
iman asas kepada semua bentuk hijrah dalam hidup kita.
Wallahu
A'lam
Disediakan
oleh:
Abdul
Ghani Abdul Rahman
Imam
MBR
*sebarang
pandangan dan cadangan bolehlah dikongsikan di gmiezagmie@gmail.com
No comments:
Post a Comment