Masyarakat hari ini berlumba-lumba menimba ilmu pengetahuan dalam
semua bidang, lalu kita dapati lahirlah berbagai institusi dan pusat pendidikan
yang menawarkan berbagai jurusan dan kemahiran bagi memenuhi keperluan hidup
semasa.Namun demikian kita dapati kebiasaannya masalah-masalah yang timbul
dalam masyarakat samada dari segi sosial ,ekonnomi, kekeluargaan dan sebagainya
juga melibatkan dikalangan mereka dari lepasan institusi-institusi dan
pusat-pusat pendidikan yang terdapat masa kini.Adakah dengan gambaran ini
menunjukkan bahawa institusi dan pusat
pendidikan yang ada pada hari ini gagal melahirkan manusia yang seimbang
dalam semua fakulti insan khususnya kerohanian?
Dalam kekalutan kita hari ini
mungkin kita terlepas pandang bahawa sebenarnya masjid yang berdekatan dengan
kita samada di taman perumahan kita atau di kampung kita atau di daerah kita
merupakan sebuah pusat pendidikan yang mampu melahirkan insan yang seimbang
yang dicintai oleh Allah s.w.t sesuai
dengan matlamat hidup kita sebagai seorang muslim jika kita benar-benar melalui
sukatan dan silibus yang terdapat didalamnya.Firman Allah s.w.t maksudnya “. jangan
Engkau sembahyang di Masjid itu selama-lamanya, kerana Sesungguhnya Masjid, Yang
telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya
Engkau sembahyang padanya. di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki Yang
suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi
orang-orang Yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).” At Taubah
108.
Jelas kepada kita lahirnya
insan yang mendapat kecintaan Allah s.w.t yang sentiasa suka membersihkan diri
zahir dan batin adalah dari mereka yang melalui peroses yang dijalan di sebuah
institusi yang yang dibina berasaskan kepada ketaqwaan kepada Allah.Dan kita
dapati masjid adalah satu-satunya institusi yang menepati syarat asas
tersebut.Cuma tinggal lagi bagaimana untuk memperkasakan institusi ini (masjid)
kearah melahirkan insan yang dicintai Allah s.w.t. melalui penambahbaikan
sukatan dan kurikulum yang sedia ada atau mengemaskininya semula agar ia mampu
mencapai matlamat penubuhan sesebuah masjid iaitu melahirkan insan bertaqwa
yang dicintai Allah s.w.t.
Jika diperhatikan disana sudah
ada sukatan yang asas yang telah ditetap oleh Allah s.w.t untuk dilaksanakan
dimasjid yang mesti dihazamkan oleh setiap muslim yang hendak mencapai darjat
taqwa, ini terangkum dalam firmannya : “ Dan sesiapa Yang
menghormati syiar-syiar ugama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana
Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin”.
Al hajj ayat 32
Asas yang pertama dan utama
ditetapkan oleh Allah s.w.t sebagai kurikulum yang mesti dilalui untuk
melahirkan insan atau masyarakat serta
umat yang bertaqwa ialah menghormati dan mengagungkan syiar Allah s.w.t.
Antara syiar agama Allah di muka bumi ini adalah masjid.
No comments:
Post a Comment