Selami dan jiwailah sambutan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajahbersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta.