1. Pastikan masuk masjid melangkah dengan
kaki kanan, di padang mahsyar kelak ada disediakan tempat khas untuk pemimpin
yang adil di bawah arasy yang mulia, maka anda sebagai pemimpin pada anggota
badan ditubuh badan, pastikan ‘rakyat’ kita tidak di zalimi, iaitu masuk tandas
kaki kiri dan keluar tandas kaki kanan, masuk masjid kaki kanan keluar masjid
kaki kiri.
2. Pastikan kita tidak berhadas besar atau
kecil semasa berada dalam masjid…. Makruh berhadas kecil dan terus duduk dalam
masjid, manakala haram jika berhadas besar tapi selamba masuk ke masjid!
3. Jangan lupa baca doa ketika Masuk
Masjid.
"ALLAHUMMAF TAHLI ABWAABA RAHMATIKA”
(Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu
rahmat-Mu)
4. Terus niat beriktikaf, jika tidak tahu
boleh rujuk sign board di bahagian depan masjid, biasanya ada, jika tidak ada
pergi tanya AJK masjid, kenapa tidak ada?, masukkan keperluan papan niat
beriktkaf di dalam mesyuarat selepas terawih malam ini juga. Ingat! Tidak boleh
makan dan minum serta tidur dalam masjid melainkan dengan niat beriktikaf.
5. Buat solat tahiyatul Masjid, jika tidak
pandai, terus bertanya kepada AJK masjid, patut mereka tahu, jika tidak tahu,
boleh gugurkan nama AJK masjid yang tidak berguna itu. Hampeh!
6.Seandainya ada majlis ugama sedang
berlangsung dalam masjid seperti ceramah ugama, tidak perlu solat sunnat lagi,
sebaiknya, terus duduk dalam majlis ceramah, dan jangan bagi salam kepada orang
yang sedang berceramah, pendek kata jangan ganggu majlis zikrullah tapi
sertailah majlis zikrullah.
7. Jangan bersolat di belakang atau di depan
pintu, perbuatan ini akan menyusahkan dan membebankan orang untuk melintas -
pakai otak sikit!
8. Jika anda mahu bertasbih, jangan sampai mengganggu
orang yang membaca Al-quran dengan zikir yang kuat.Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar.
9 . Jika anda mahu membaca Al-Quran, jangan sampai
mengganggu orang yang sedang solat sunat dengan merdunya suara anda kononya.
Bacalah untuk Allah kerana (Aku ulang) Allah Maha Mendengar.
10. Jika anda mahu bersolat sunnat jangan sampai mengganggu orang yang sedang tidur dengan
niat beriktikaf.
11. Arghh, pendek kata, semua jangan ganggu
antara satu sama lain, boleh insyaAllah?
12. Jika mahu makan waktu sahur atau
berbuka, pastikan ada alas makananan(saprah). Sangat berdosa mereka yang
sengaja mengotorkan masjid.
13. Masuk bab jangan mengotorkan masjid,
maka jangan sikat rambut/potong kuku/korek hidung/korek telinga/cabut bulu
ketiak dan lain lain aktiviti yang boleh mengotorkan masjid.
14. Tidak boleh membuat bunyi yang ada
unsur muzik dalam masjid seperti bertepuk tangan, patah patahkan jari, bersiul,
bergendang, main gitar dan lain lain.( ring tone telefon perlulah dalam mod
bisu.)
15. Jangan alih barang atau buat hiasan
dalam masjid sesuka hati seperti alih jam dinding, alih almari buku. alih kayu
ktubah, ianya akan meyusahkan AJK.., walaupun korang pakar hiasan dalaman
sekalipun, pendek kata kena minta izin dari pihak AJK jika mahu membuat hiasan
dalaman atau luaran, jika mahu cas telefonpun jika boleh, mintalah izin atau
terus sedekah wang dalam tabung masjid.
16. Jangan melunjurkan kaki ke arah kiblat,
atau masa berceramah atau masa tidur, perbuatan itu adalah tidak sopan. Lagipun depan masjid banyak ayat Al quran.
17. Terima kasih kerana tidak meniarap
dalam masjid.
18. Sekiranya tidur dan mimpi bersetubuh
lalu terpancut air mani, kena berambus dari masjid cepat cepat. Haram duduk
dalam masjid dalam keadaan hadas besar, sesudah mandi di kolah masjid baru
boleh masuk sambung tidur jika subuh belum masuk.
19. Dari jendela masjid, tidak elok meludah
ke arah kiblat.
20, Tidak boleh berniaga dalam masjid, jika
mahu jual barang, sila keluar dari masjid. Ustaz pun sama, jangan sibuk nak
jual buku dalam masjid.
21. Tidak boleh membuat pengumuman mencari
barang hilang dalam masjid, tetapi boleh membuat pengumuman barang jumpa di
waktu yang sesuai.
22. Jika mahu keluar dari masjid maka
ucapkanlah :
"ALLAHUMMA IN-NI AS ALUKA MIN FADLIKA”
(Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepada-Mu
dari karunia-Mu)
23. jika mahu tegakkan ugama islam,
bermesyuaratlah di masjid, bukannya di balai raya, atau di kedai kopi.
24. Jangan main video call dengan bini
waktu iktikaf, tak payah gelojoh sangat. Adohai.
25. Dalam masjid, Sebelum tidur pastikan
ada alas tidur, al- Maklumlah bila tidur macam macam cecair boleh keluar
seperti air liur basi, air mani dan air tulang belakang. Aku cukup tidak setuju
melihat papan tanda yang menulis, “dilarang tidur dalam masjid” kerana ini
bertentangan dengan Sunnah Nabi, sepatutnya mereka tulis, “dilarang tidur tanpa
alas”. Mana mana AJK yang tulis “di larang tidur”, maka AJK itu jahil bab
agama, bolehlah di pecat malam ini jugak!
26:Banyakkan dakwah, taklim, ibadat dan
khidmat ketika beriktikaf.
27:Tidak di galakkan membawa kanak-kanak
bawah umur beriktikaf di masjid..
28:Jangan ketawa kuat kuat dalam masjid,
dan jangan menangis kuat kuat, menangis macam biasa, dan ketawa eloklah tak
payah. Pesan Nabi: Jika korang tahu apa yang aku tahu, pasti korang akan banyak
menangis.
29.. 30..
Arghhh, cukup sampai sini, jika ada nak
tambah atau betulkan, boleh isi kat ruang komen, Selamat beriktikaf!
Sekian.
Ps: Di hari akhirat nanti, Allah akan
bertanya pada malaikat: di manakah jiran-jiranku? Maka Malaikat bertanya:
siapakah jiran-jiranMU? Lalu Allah Berfirman: Jiran-jiranku adalah mereka yang
memakmurkan masjid.
(Semoga kita dapat amal apa yang kita
dengar dan sampaikan)
No comments:
Post a Comment