Wednesday, 9 January 2013

Selawat Syifa dan Doa Penawar







Selawat Syifa' & Doa Penawar
Dalam rawatan Islam, penggunaan doa daripada ayat-ayat al-Quran, doa-doa daripada Hadith Nabi SAW atau doa-doa yang tidak mengandungi kata-kata pemujaan kepada makhluk atau mensyirikkan Allah adalah diharuskan. Salah satu doa atau selawat bacaan dalam rawatan penyakit adalah Selawat Syifa’.
Selawat Syifa’ adalah seperti berikut: 


Khasiat Selawat Syifaa' ini, apabila dibaca tiap-tiap hari, maka :
1. Menyihatkan jasmani dan rohani.
2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat.
3. Hati menjadi terang benderang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang salah.
4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merosakkan.

 Doa Penawar Bagi Mengubati Penyakit 







 Makanan Yang Baik Di sebut Dalam Al-Qurana , Hadis dan Rawatan Islam
Setiap makanan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun hanya Allah SWT yang layak memberikan kebaikan dan kesihatan kepada kita. Janganlah kita menganggapkan makanan ini yang memberi kita kesihatan. Ia hanyalah sekadar usaha kita untuk mendapatkan kesihatan Insya Allah 


Dalam Al quran dan Hadis ada banyak yang di sentuh tentang makanan yang kita makan sehari-hari.. Makanan untuk kesihatan tubuh yang baik bermula dari faktor penggalak pengaliran darah ke otak menjadi daya ingatan tajam, cerdas, cepat bertindak dan menstabilkan kawalan emosi.. seterusnya menguptimumkan fungsi hormon, membaiki tenaga fizikal, pembersihan usus mencegah sembelit seterusnya, pembuangan lemak, toksin dan minyak dalam badan... yang paling penting punca makanan itu perlulah HALAL  InsyaAllah tubuh sihat...

Allah menjadikan penyakit dan Allah telah menyediakan penawarnya... Berusahalah mencari penawar....
Kita sebagai manusia harus berusaha, beriktiar ,berdoa bersungguh-sungguh dan bertawakal Kepada Allah SWT... Allah SWT sahaja yang maha berkuasa...

Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
--------Wallahu a'lam.--------

Sumber Artikel