Saturday 25 October 2014

CABARAN TAHUN MUHARRAM 1436H

CABARAN TAHUN MUHARRAM 1436 HIJRIAH

                        Hari ini, 1 haribulan Muharram 1436 Hijriah bersamaan 25 Oktober 2014 Masih, maka bermulalah Taqwim Baru Islam. Rasanya terlalu pantas masa berlalu, banyak perkara-perkara tahun lalu belum selesai , muncul pula tahun baru. Begitu juga dengan cabaran-cabaran yang di hadapi umat Islam, bukan semakin berkurangan bahkan semakin bertambah. Semua ini adalah rangsangan-rangsangan yang perlu dihadapi umat Islam dan ianya memerlukan tindakan  dan penyelesaian yang berkesan.

        Cuba kita perhatikan apakah rangsangan-rangsangan yang  dihadapi oleh Masyarakat Islam pada masa ini dan akan datang?. Ada empat dimensi rangsangan yang boleh diterjemahkan dan  perlu diambil perhatian iaitu: Minda, Fizikal, Sosial dan Kerohanian.
Minda.

       Kita tidak boleh menafikan perkembangan bidang ilmu pengetahuan amat pesat sekali, kalau kita tidak mengejarnya kita akan ketinggalan. Negara negara maju (developed countaries ) mencapai kejayaan dan kekayaan adalah dengan ilmu pengetahuan dan sikap positif rakyatnya seperti Amarika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Jerman, Perancis, Russia, Kanada, Australia, China ,Korea , Singapura dan berbagai Negara lagi. Negara-negara Islam kebanyakan masih tercari-cari dan ketinggalan dalam bidang ini kecali Malaysia.. Kebanyakannya masih dibelenggu dengan masaalah  politik ,sosial, dan ekonomi. Untuk mencapai tahap negara maju dan berpengetahuan tinggi amat jauh sekali.

        Sebagai contoh perkembangan dalam Alam Siber memerlukan kepada ilmu sains dan teknologi . Cabaran dunia tanpa sempadan, perdagangan elektronik, kerajaan elektronik ,perhubungan telekomunikasi, multimedia, Komputer dan berbagai lagi. Umat Islam perlu mempunyai modal insan yang tinggi yang boleh menguasai bidang ini untuk dilaksanakan dalam tahun hijrah ini.

Fzikal
       Pepatah Arab mengatakan “Fikiran yang sihat adalah dari tubuh badan yang sihat”.  Bermaksud kalau kesihatan terganggu dengan pelbagai penyakit , otak tidak boleh berfikir, mata tidak boleh membaca , dan tangan tidak boleh menulis. Walaupun wang ringgit banyak dimiliki dan status keluarga yang berpangkat tinggi tidak akan dapat menjamin untuk mengubah minda sekiranya  keadaan fizikal tidak sihat.

       Di zaman morden ini bahan makanan banyak mengandungi  kemia dan tidak berkhasiat. Kalau makanan tidak dikawal dan makan tidak seimbang akan membahayakan kesihatan. Begitu juga makanan sampingan untuk kesihatan baik tradisional dan morden sangat  banyak di pasaran. Demikaian juga dengan ubat-ubatan untuk mengubati pelbagai penyakit cukup banyak di pasaran. Sebahagian Orang Islam suka  membeli ubat yang tidak di iktiraf oleh Kementerian kesihatan. Suka mendapatkan  nasihat dari jurujual ubat , kawan-kawan , bukan dari Dr yang di iktiraf. Selain dari itu berjumpa bomoh sangat di minati oleh sebagian Orang Islam. Rawatan ke hospital atau klinik hanya berlaku apabila penyakit sudah menjadi keronik. Inilah  cabaran yang dihadapi oleh orang-orang Islam sekarang.
     Penjagaan kesihatan bukan sahaja usaha mencegah melalui ubat , makanan seimbang, tetapi juga melalui senaman yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya setengah jam sehari. Oleh sebab kesibukan masa dengan pelbagai urusan kerja , amalan ini diabaikan.

Sosial.
      Dimensi ini boleh mempengaruhi minda dan tingkah laku seseorang. Ianya melibatkan emosi, perasaan dan nilai. Kalau emosi sahaja digunakan tanpa akal dan minda, tingkah laku  tidak rasional akan berlaku. Contoh: kejadiaan pecah rumah, mencuri, sosial bebas, mat rempit, tidak hormati orang tua dan ibu bapa, semuanya berpunca dari tindakan dari akal yang tidak waras dan ikut emosi.

     Kalau dulu,  ibu bapa yang sudah tua masih di jaga oleh anak-anak. Tapi zaman ini, ibu bapa tinggal di rumah jagaan orang tua, anak-anak tidak ada masa menjaganya kerana kesibukan tugas seharian.
     Pengaruh barat adalah salah satu punca masyarakat  rosak khususnya gulongan belia dan remaja. Contohnya:  kes rogol, bersekedudukan tanpa nikah, filem-filem lucah , pergaulan bebas bukan mahram,  semuanya berpunca dari kurangnya didikan agama dan pengaruh budaya barat.

Kerohanian.
      Dimensi ini adalah terpenting dalam hidup sebagai seorang Islam. Kalau hibungan dengan Allah tidak dijaga, hubungan dengan manusia akan terjejas. Kita perlu menghayati dan melaksanakan dimensi ini dengan betul dan istiqamah.  Sebahagian orang   beribadat dan selalu datang bersolat berjamaah ke masjid (memang digalakkan) ,tatapi dengan kegiatan masyarakat tidak dihiraukan. Seperti aktiviti gotong-royong, membantu kerja-kerja amal tidak mahu melibatkan diri atas alasan ada urusan keluarga dan berbagai lagi. Kalau mereka faham konsep hubungan dengan Allah sebenar-benarnya, nescaya hubungan dengan manusia tidak menjadi  masaalah.

    Amalan songsang yang menyalahi ajaran agama semakin menular dalam masyarakat kita. Contoh program terbaru “ I want to touch A Dog” , dikatakan mendapat sembutan orang Islam. Tujuannya mahu hakis rasa takut terhadap anjing. Penganjurnya  ialah orang Islam sendiri bernama Syed Azmi Alhabsi.  Bak kata Tok Guru Nik Abdul Aziz ( Bekas Menteri Besar Kelantan): “ Orang yang tidak berotak sahaja menjanjurkan program ini”. Maknanya orang yang tidak ada ilmu agama sahaja sanggup menganjurkan program seperti ini. Banyak lagi amalan songsong dalam masyarakat kita yang perlu di tangani bukan sahaja tanggungjawab pihak berkuasa  tetapi setiap juga orang muslim.
Penganjur program "I want to touch a dog".

 Bagitu juga amalan rasuah semakin menjadi-jadi yang dilakukan oleh orang Islam sendiri. Dimanakah letaknya amal ibadat yang di kerjakan? Kenapa masih lagi malakukan rasuah. Semua ini adalah cabaran orang Islan dalam tahun bari Hijrah ini.
   Kesimpulannya , semua orang Islam perlu berpegang kepada Ajaran Islam yang diturunkan Allah SWT. Al Quran Dan Sunnah sebagai pedoman kita. Sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut di zaman Rasullah SAW dan Tabieen selepasnya bersemangat dan kuat berpegang kepada ajaran agama walaupun hidup dalam suasana yang berkurangan tetapi iman mereka kukuh sehingga boleh mengembangkan ajarann Islam yang kita nikmati hari ini. Justru , kita tanamlah sikap proaktif dan kreatif dalam  tahun baru Hijriah ini untuk memberi respon terhadap   rangsangan yang akan timbul pada masa akan datang dan mampu menyelesaikan nya dengan cara terbaik.

No comments: