Monday 27 October 2014

APAKAH ANUGERAH CEMERLANG SEBENAR?


APAKAH ANUGERAH CEMERLANG SEBENAR?

         Masjid Syaidina Othman Ibn Affan Bukit Rangin mengalu-alukan kedatangan Juruaudit  Anugerah  Masjid  Cemerlang  Peringkat Negeri  Pahang  2014 M/ 1436 H daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)  pada hari ini 27 Oktober 2014 bersamaan 3 Muharram 1436 H.
 
       Selamat datang diucapkan, semoga kedatangan tuan/puan  akan memberi impak yang berkesan terhadap masjid ini khususnya kepada  Ahli  Jawatankuasa (AJK)nya  yang bekerja keras membuat persiapan untuk penilaian ini.
 
         Masjid ini pernah menerima Anugerah Masjid Cemerlang  Peringkat Negeri Pahang pada Tahun 2012 dan 2013  berturut-turut dan juga mendapat Anugerah Peringkat Ke  5 Masjid Malaysia 2014    baru-baru ini. Diharapkan  Masjid ini akan menggondol  anugerah yang sama atau lebih baik, Insya Allah.
 
       Adalah difahamkan bahawa istilah “ cemerlang” dalam kontek ini bermaksud sesebuah masjid itu dinilai dari beberapa segi antaranya:  urustadbir terbaik, insfrastruktur  yang kemas dan tersusun, persekitaran yang kondusif dan menarik,  kemudahan yang mencukupi  dan selesa , urusan kewangan terbaik dan juga program imarah yang cemerlang. Semua faktor zahiriah  ini akan dinilai oleh Ahli Panel Juruaudit daripada JAIP.
 
Masjid Wilayah Persekutuan mempunyai lanskap yang menarik.
 
     Adalah tidak jelas sama ada faktor lain diambil kira dalam penilaian seperti : impak dan keberkesanan program ceramah, kuliah dan tazkiran agama , semangat kerjasama dikalangan jamaah masjid dalam melaksanakan program gotong royong, dan impak serta desiplin orang ramai dan gulongan remaja terhadap program yang di anjurkan masjid ini. Ini boleh dikatogerikan sebagai faktor batiniah dan kerohanian.
 
      Keduaa-dua faktor tersebut sepatutnya berjalan selari  dalam proses penilaian kecermelangan masjid. Sebagai contoh sekiranya sesebuah masjid itu mempunya interpersonal komunikasi yang baik dikalangan jamaahnya, semangat kerjasama yang kukuh sehingga boleh turut serta dalam apa sahaja program yang di jalankan seperti gotong royong dan sebagainya , akan tetapi masaalah kewangan pula menjadi penghalang dan  gagal menyediakan persekitaran yang kondusif dan menarik. Hasilnya masjid itu gagal dalam menerima  pencalonan masjid cemerlang.

Masjid yang kondusif dan mempunyai lanskap yang menarik.
      Begitu juga kesan dan impak dari masyarakat dan gulongan remaja terhadap program pendidikan dan ilmu yang dianjurkan adalah tidak memberangsangkan dan tidak berubah dari yang diharapkan.  Misal nya  masih berlaku kecurian wang tabung masjid, kecurian motosikal, kasut, selipar, aktiviti pecah cermin kereta menyebabkan kehilangan barangan pemilik yang bersolat di masjid, kanak-kanak masih menganggu jamaah lain ketika bersolat.

Tabung masjid dirosakan
Apakah ini masih terjadi dimasjid yang dikategorikan cemerlang?
Persoalannya kenapa semua perkara tersebut masih berlaku walaupun anugerah masjid Cemerlang telah diterima ?  Apa sebab dan dimana salahnya?.   Masjid-masjid di pendalaman  tidak berlaku perkara-perkara ini dan  munkin tiada peluang untuk mendapat pencalonan anugerah masjid cemerlang semata-mata kerana  program  zahiriah , program yang boleh dilihat dan dipandang mata,  tidak memuaskan hati Ahli Panel Penilai.
    Kesimpulannya, adalah dicadangkan kategori penilaian Masjid  Cemerlang hendaklaklah diperluaskan bukan sahaja penilaian kepada  kategori zahiriah tetapi juga kepada  kategori batiniah iaitu impak dan kesan kepada masyarakat sesuatu program yang dijalankan oleh masjid. Kesannya juga dapat mengelakkan sesebuah masjid mengondol semua kategori anugerah semata-mata kerana masjid itu kaya dan banyak duit. 

No comments: