Thursday 23 October 2014

WAQAF


WAQAF KHAS , WAQAF AM DAN LAIN-LAIN.

Soalan:
  1. Apakah pengertian Waqaf Khas dan Waqaf Am ?
  2. Bangunan yang diwakafkan untuk anak anak yatim
     
    Masjid Saidina Othman Ibnu Affan
     
    • Waqaf Khas iaitu sesuatu yang diwaqafkan kepada seseorang atau kepada beberapa orang yang termaklum nama mereka. Waqaf Am ialah waqaf kepada penerima waqaf yang tidak  ditentukan namanya seperti kepada orang-orang fakir, miskin, anak yatim yang tidak termaklum nama –nama mereka.
  3. Adakah barang yang telah diwaqafkan itu boleh dimiliki oleh seseorang ?
    • Barang yang diwaqaf itu tidak boleh dimiliki oleh seseorang
  4. Adakan harus harta yang diwaqaf itu dipinjamkan atau disewakan kepada orang ramai?.
    • Kalau harta waqaf itu berupa seperti rumah (harta tak alih) dan seumpamanya diwaqafkan kerana ingin mendapatkan hasil maka harta waqaf itu boleh disewakan. Jika harta waqaf itu dikhaskan kepada orang-orang tertentu untuk didiami maka tidak harus harta itu disewakan. Begitu juga dengan harta alih.
  5. Apakah hukum seseorang yang merosakkan barang/ harta waqaf?.
    • Hukumnya ia maksiat dan wajib atasnya membayar denda.
  6. Adakah boleh dipindahkan barang/ harta waqaf itu ke lain tempat ?.
    • Tidak boleh.
  7. Apakah hukum menjaga harta waqaf dan memakan harta itu?.
    • Kalau seseorang itu tidak berhak (tidak diberi tanggungjawab dari segi undang-undang)
      menjaga harta waqaf, ia adalah khianat. Sekiranya ia memakan harta waqaf itu hukumnya adalah haram. Wajib pemerintah melakukan tindakan terhadapnya.(sekiranya ia masih hidup)
  8. Apakah hukum di atas seseorang yang berwaqaf hartanya dimasa hidupnya malangnya tiada sempat bertukar nama, ia pun meninggal dunia, maka warisnya menuntut sebagai harta pusaka dan tidak membenarkan harta itu diwaqafkan, adakah simati itu mendapat pahala?.
    • Kalau sah niatnya”jazam” (benar-benar berniat waqaf semasa hidupnya) berniat waqaf, maka ia adalah ia makzur ( ia tidak boleh buat apa-apa kepada tindakan warisnya) , 
    • Diharapkan Allah menggantikan dengan pahala niatnya yang baik semasahidup untuk berwaqaf hartanya. ( adalah menjadi tanggungjawab warisnya melaksanakan wasiat waqaf sebahagian harta simati sekiranya ia mengetahui simati jazam berniat waqaf)
       
(bersambung)

Nota:
Soal jawab ini di petik daripada buku : Fatwa Mufti  Kerajaan Johor. Terbitan  Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor. Kenyataan dalam kurungan adalah penjelasan penulis.

No comments: