Thursday 23 October 2014

KAWASAN MASJID PERLU DIBANGUNKAN


MASJID SEBAGAI KAWASAN WAQAF PERLU DIBANGUNKAN.

                    Semua masjid dalam negeri Pahang boleh dikatakan dibina di atas tanah waqaf termasuklah Masjid Syaidina Othman Ibn Affan Bukit Rangin Kuantan Pahang Malaysia. Masjid ini dibina di atas  satu kawasan tanah yang telah diwartakan sebagai masjid di Kampung Bukit Rangin di atas Lot 124374 Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan Pahang sebagaimana  menurut Warta Kerajaan Pahang No 992 bertarikh 22 Julai 2010. Pegawai Awan yang menjaga tanah warta ini ialah Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIP) sebagai pihak Berkuasa Agama. Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) pula bertanggung menyalurkan bantuan kewangan dari sumber zakat kepada masjid-masjid dan Sekolah-Sekolag Agama Rakyat.  Keluasan tanah yang diwartakan ini ialah 15514 meter persegi (anggaran empat ekar). Manakala tapak masjid sekarang  dianggarkan seluas 6,000 kaki persegi.  Manakala seluas 2100 kaki persegi  lagi , iaitu sebahagian dari kawasan  tanah warta ini ,akan dibangunkan sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR). Ini berarti baki kawasan yang belum dibangunkan  di kawasan Masjid ini masih lagi luas.
       Sebagai langkah proaktif, kawasan yang diwartakan ini,  telah di rancang oleh pihak masjid untuk dibangunkan dengan bangunan  perniagaan.  Sebanyak 10 unit kedai telah dirancang untuk dibangunkan dan diusahan oleh Koperasi Masjid ini. Sehingga ini belum ada jawapan positif dari Pihak Berkuasa Agama dalam negeri ini sama ada projek seperti ini dibenarkan atau sebaliknya.

        Matlamat utama projek komersial Masjid Syaidina Othman Ibn Affan Bukit Rangin  ialah untuk mempergiatkan  aktiviti ekonomi masjid  sesuai dengan saranan  Dr Lokman Abd Rahman dari  JAKIM sempena ceramah beliau di majlis Anugrah Masjid Malaysia 2014 memberi cadangan iaitu:  ” Masjid yang mempunyai kawasan yang luas dapat mempertingkatkan ekonomi melalui pembukaan tapak perniagaan menjual pelbagai produk keperluan masyarakat. Masjid dapat menjana pendapatan melalui sewaan tersebut. Malah pihak masjid boleh mengatur aktiviti perniagaan mengikut takwim Islam seperti pada hari jumaat, Ramadhan , hijrah ,haji dan mauled. Selain itu, masjid boleh menyediakan perkhidmatan bank dengan membuka cawanga bank tertentu atau menyhediakan mesin ATM sebagai bentuk kemudahan kepada masyarakat. Disamping itu, masjid boleh menyediakan pejabat pos bagi membekalkan pelbagai perkhidmatan bagi masyarakat setempat.  Konsep ini boleh diterapkan mengikut pendekatan UTC yang menawarkan pelbagai kmkemudahan pada suatu tempat untiik masyarakat setempat. “
       Dalam hubungan ini  Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) telah membangunkan beberapa unit perniagaan dan kios mesin ATM di kawasan Masjid Sultan Ahmad Shah 1 ( Masjid Negeri Pahang)  . Persoalannya kenapa projek seperti ini  belum boleh dilaksanakan di tanah warta dan tanah  waqaf yang lain dalam Negeri Pahang khusus nya di kawasan Masjid Syaidina Othman Ibn Affan Bukit Rangin  Kuantan Pahang.

      Jika Pihak Berkuasa Agam Negeri  Pahang memberikan kebenaran untuk pihak Masjid Syaidina Othman Ibn Affan Bukit Rangin melaksanakan projek ekonmi  seperti  ini ,banyak kesan sampingan ekonomi akan wujud di kawasan Bukit Rangin dan akan  memberi faedah kepada penduduk tempatan. Aset ini akan memberi nilai tambah kepada JAIP dan MUIP kerana peruntukan kewangan tidak perlu di sediakan oleh kedua  ajensi itu. Konsep in  boleh dilakukan oleh masjid dengan kerjasa sama pihak lain untuk mendapat sumber kewangan bagi membaiyai projek.

       Kesimpulannya, Pihak  Berkuasa Agama dalam negeri  perlu bertindak  secara proaktif dan positif untuk kemajuan orang Islam. Kalau MUIP dan JAIP  tidak mempu membangunkan kawasan itu, biarlah pihak lain melakukannya melalui beberapa konsep dengan pengawasan MUIP dan JAIP. Sekiranya pembangunan di lakukan , aset orang Islam dapat di majukan dan mengelakkan ianya menjadi harta beku seperti yang ada sekarang. Di sana lebih luas lagi kawasan tanah warta awam dan harta waqaf  dalam Negeri Pahang  dibawah pengawasan JAIP da MUIP yang belum di bangunkan lagi.  Pambangunan  di kawasan warta dan kawasan waqaf  itu tidak akan berlaku dengan cepat sekiranya  JAIP dan MUIP ingin membangun sendiri semua kawasan itu.

No comments: