Soalan:
Adakah dihukum najis mukhaffah kepada kanak2 kencing yang
belum umurnya 2 tahun dan memakan roti
ataupun nasi sahaja?
Jawab:
Wajib membasuh kencingnya dan hendaklah behimpun dua
syarat: 1. Tidak sampai umurnya dua tahun. 2. Tidak diberi makan melainkan
susu. Maka jika ketiadaan salah syarat itu hendaklah dibasuh kencingnya.
WANG YANG BERCAMPUR BABI
Soal: Adakah sah wang yang solat bercampurgaul dengan
daging babi?
Jawab: Tidak sah solat kalau yakin akan najis wangnya
itu.
WANG YANG BERCAMPUR BEKAS DAGING BABI.
Soal:
1.
Apa hukumnya wang note yang bercampur gaul
dengan daging babi kamudian apabila saya membeli barang2, saya Nampak wang
tukaran yang dikembalikan kepada saya itu diambilnya daripada penjual2 daging
babi?
2.
Apa hukum
note itu?
3.
Adakah wajib disamak?
Jawab:
1,2 & 3 ,
jika yakin wang note itu terkena darah babi, atau lendirnya atau dagingnya atau
lemaknya, adalah hukumnya terkena najis, tidak boleh tuan solat menanggungnya
dan tidak wajib atas tuan membasuhnya jika tuan hendak kembalikan wang itu
kepada orang kafir, adapun jika penjual itu orang Islam, hendaklah tuan terangkan kepadanya akan najis jika ia redha
menerima, dan jika ia tidak redha menerima, mestilah tuan memberikan wang note yang
suci kepadanya. Membasuh wang 7 kali
wang kertas dengan tanah adalah
merusakkan.
(bersambung)
Nota:
Soal jawab ini di petik daripada buku : Fatwa Mufti Kerajaan Johor. Terbitan Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor.
No comments:
Post a Comment