Saturday, 11 October 2014
Friday, 10 October 2014
MASJID ADALAH TEMPAT SELAMAT
Solat jamaah di masjid akan dapat dua puluh
tujuh pahala berbanding dengan solat di rumah. Orang beriman yang hendak ke
masjid semuanya berniat baik ,disamping melaksanakan ibadat fardu ain seperti solat, malahan
juga bersedekah, mendengar kuliah agama,membaca al Quran, berbincang mengenai
perkara yang memberi manfaat kepada masyarakat dan sebagainya. Semua ini
dilakukan oleh manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Jika manusia
seperti ini menjadi penghuni masjid sudah
tentu masjid akan menjadi tempat yang
paling aman dan selamat.
Makhluk
bukan manusia memang tidak beriman dan
tidak tahu dosa dan pahala. Sebab itu mereka tidak berduyun-duyun ke masjid untuk
menunaikan solat berjamaah sebab bukan tanggungjawab makhluk itu untuk tugas
berkenaan. Kalau pun manusia biasa tetapi perangai bukan manusia, datang juga ke masjid, sudah tentu
tujuan lain yang hendak dilakukan.
Masalahnya,ada makhluk yang rupanya manusia tetapi berperangai bukan manusia yang
datang ke masjid bukan untuk berniat baik bahkan melakukan sesuatu yang
menyusahkan orang lain seperti mencuri motosikal, mencuri beg tangan wanita
semasa solat, mengopak peti tabung derma
, mencuri peralatan elektrornik , menggunakan tandas masjid semata-mata
untuk membuang najis tanpa solat bahkan
ada yang meninggalkan kondon dalam
tandas masjid. Makhluk seperti inilah
yang merosakkan masjid bukan masjid yang menjadi masaalah. Dengan artikata lain
masjid itu pada asalnya adalah tempat yang selamat tetapi manusia yang
berperangai haiwan yang merosakkan masjid.
Punca
masalah ini adalah dari dalam diri
manusia . Perubahan perlu dibuat bermula dari diri manusia melalui empat dimensi iaitu: fizikal, minda, sosio emosi dan rohani
. Semua dimensi ini perlu dimiliki oleh
semua manusia yang perlukan kebaikan. Contohnya kekuatan fizikal boleh di gunakan
untuk berbagai tujuan. Kalau digunakan
untuk kebaikan seperti sentiasa menolong orang yang lemah dan miskin ,
melakukan ibadat fardu ain dan kifayah akan mendapat pahala dan di balas dengan
syurga. Begitu juga kalau kekuatan fizikal digunakan untuk sebaliknya
seperti mencuri, merompak, menggangu
ketenteraman awam dan memusnahkan harta awam akan mendapat dosa dan di balas
denga azab di neraka. Hidup manusia di dunia hanya dua pilihan diakhirat nanti iaitu syurga dan
neraka. Kalau sesorang itu hendak selamat iaitu balasan syurga , maka ia pelu mengubah kekuatan fizikalnya
kearah kebaikan bukan kejahatan.
Kekuatan fizikal berkait rapat dengan minda, sosio emosi dan
rohani kerana tingkahlaku manusia berpunca dari fikiran yang waras tanpa
perasan dan hawa nafsu .Berfikiran secara waras menyebabkan seseorang itu
memikirkan belas kasihan terhadap orang lain. Kalau dimensi ini diperkuatkan
lagi dengan kekuatan rohani , ia akan menjadi lebih sempurna. Kekuatan rohani
menjadi nilai tambah yang tinggi dalam diri seseorang , berakhlak terpuji dan
suka melakukan amalan-amalan yang baik seperti ibadat sedekah dan lain-lain. Orang
yang suka melakukan kejahatan tidak mempunyai ciri-ciri ini. Sebab itu pencuri
yang melakukan kerja-kerja mencuri tidak
memikirkan kesihan belas terdadap orang lain kerana fikiranya hanya mengikut
nasfu dan perasaan semata-mata.
Kesimpulannya
sebarang tingkah laku manusia adalah hasil dari perubahan dalam dirinya.
Faktor luaran seperti keadaan sekeliling adalah factor sampingan sahaja.
Kecurian seperti gambar diatas kerap terjadi sewaktu jemaah sedang khusu' bersolat.
Kejadian mencuri tabung masjid ini sempat dirakam oleh camera CCTV.
Kecurian begini berlaku kerana masalah fikiran yang tidak waras dan mengikut hawa nafsu.
Thursday, 9 October 2014
PERANAN MALAYSIAN CHINESE MUSLIM ASSOCIATION(MACMA) DALAM DAKWAH ISLAMIAH
Salah satu persepsi yang salah dikalangan orang Islam khususnya orang Melayu menganggap bahawa orang China masuk Islam sebagai masuk Melayu dan perlu mengamalkan budaya Melayu seperti pakaian songkok, berbaju Melayu, berkain sarong bila menunaikan solat. Tanggapan ini perlu dikikiskan dari minda orang Melayu. Ada dikalangan sebahagian lelaki muslim Melayu pula bila berkahwin dengan perempuan China Muslim dan mendapat anak, menceraikan isterinya setelah beberapa tahun hidup bersama tanpa memberikan nafkah idah. Manakala sebahagian dari orang China yang baru jadi muallaf pula meminta sedekah di merata-merata masjid dan meminta simpati dari muslim lain walaupun ada peruntukan dari Majlis Ugama Islam (MUI) untuk salah satu asnaf yang lapan termasuk gulongan muallaf.
Semua tanggapan terhadap sinario tersebut perlu diubah oleh semua pihak. Disinilah peranan yang perlu dimainkan oleh Malaysian Chinese Association (MACMA) dengan kerjasama masjid-masjid atau badan -badan dakwah yang lain.
Bagi Masjid Syaidina Othman Ibn Affan program mengimarahkan masjid yang melibatkan MACMA Negeri Pahang Cawangan Kuantan telah diadakan pertama kali pada 6 Oktober 2014 ia itu sempena sambutan Hari Raya Adha yang lalu. Buat permulaan diadakan program ibadah qurban dimana dua ekor lembu telah disembelih dikawasan masjid ini. Tujuan utama program ini bukan sahaja melakukan ibadah qurban tetapi juga program taaruf atau suaikenal antara ahli-ahli MACMA, jamaah masjid dan penduduk sekitarnya. Dengan cara ini masyarakat tempatan akan lebih mengenali cara hidup Chinese Muslim dengan lebih dekat.
Sebagaimana yang dihasratkan oleh Tuan Haji Md Nasir bin Mamat , salah seorang AJK Masjid yang diberi tanggungjawab untuk menyelaraskan program MACMA di masjid ini mengatakan " bahawa persepsi dan paradigma masyarakat Melayu dan Muallaf China Muslim perlu diubah dari demensi minda, emosi dan rohani. Perubahan ini perlu dibuat dari sikap dan tabiaat kedua pihak dengan cara dakwah amali dan dakwah billisan(lidah) ". Caranya ialah melalui program yang akan diadakan di masjid ini dan di tempat dakwah anjuran badan-badan dakwah lain.
Kesimpulannya, kerjasama antara MACMA dan Masjid Syaidina Othman Ibn Affan dan badan dakwah lain akan dapat diteruskan masa hadapan demi untuk mengimarahkan masjid dan mengubah minda, emosi dan rohani semua orang muslim melalui program dakwah billisan dan bilhal (amal).
En Kamarudin, Dato' Hassan Ariffin, Dato Izzudin Chong bersama AJK Masjid.
Ahli MACMA, kakitangan Yayasan Pahang Plantation dan Jemaah Masjid Saidina Othman bergambar kenangan.
Wednesday, 8 October 2014
KUBOR ISLAM DI BUKIT RANGIN KUANTAN, PAHANG.
Orang akan ingat kubor bila Hari Raya menjelang atau ada orang meninggal dunia, tetapi sebahagian orang tidak kisah siapa yang menguruskan kubur dengan baik.
Kubor Islam di bandar-bandar besar seperti kubor di Ampang dan Bukit Kiara Kuala Lumpur diuruskan dengan baik seperti susunan mengali lubang kubur dan penyelenggaran dapat di selenggara dengan baik, tetapi pengurusan kubor di bandar-bandar lain seperti di Kuantan Pahang, kebanyakkannya tidak diuruskan dengan baik, termasuk pengurusan kubor di Bukit Rangin Kuantan Pahang.
Pengurusan kubor di Bukit Rangin Kuantan sepatutnya di bawah tadbir AJK Masjid Syaidina Othman Ibn Affan, tetapi di sana ada dua badan lain iaitu Jawatankuasa Kemajuan Kampong (JKK) dan Badan Khairat Kematian Kg Permatang Badak Kuantan. Hasilnya pengurusan kubor itu tidak dapat diselaraskan dengan baik.Contohnya bila ada kematian masalah menggali lubang kubor akan timbul. Lubang kubor di gali tidak ikut arah kiblat, susunan baris batu nisan bengkang bengkok. Begitu juga masalah status tanah tambahan yang telah dibuat permohonn dengan Pihak Berkuasa Negeri, isu pemaju perumahan yang membangunkan rumah dekat kawasan itu dan isu-isu penyelenggaran yang lain.
Sekiranya isu kubor ini tidak dapat diselaraskan dengan tiga pihak tertentu seperti di atas, juga tiada campurtangan JAIP atau MUIP masalah ini akan sentiasa wujud.

Tanah perkuburan yang tidak tersusun.
Tanah perkuburan ini di urustadbir dengan baik.
Tanah perkuburan ini juga menjadi contoh bagaimana ia diurustadbir dengan cemerlang.
Pengurusan tanah kubur beginilah yang diharapkan terlaksana ditanah perkuburan Bukit Rangin, Kuantan in sya Allah.
Tuesday, 7 October 2014
TABUNG PEMBANGUNAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT/KAFA MASJID SYAIDINA OTHMAN IBN AFFAN BUKIT RANGIN.
Pembangunan SAR/KAFA Masjid Syaidina Othman Ibn Affan sedang rancak dilaksanakan. Sumber kewangan tidak mencukupi dan diharapkan bantuan daripada orang ramai. Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan derma sila salurkan derma dalam bentuk wang ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) No 06082010004768 atas nama SAR KAFA MASJID SAIDINA OTHMAN IBN AFFAN.
Penderma-penderma yang telah memberikan sumbangan dalam bentuk wang dan bahan binaan pihak SAR KAFA mengucapkan ribuan terima kasih.
Sekian terima kasih.
AJK SAR KAFA
Masjid Syaidina Othman Ibn Affan

Monday, 6 October 2014
PROGRAM QURBAN YAYASAN PAHANG PLANTATION DAN MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION MALAYSIA (MACMA) DI MASJID SAIDINA OTHMAN IBN AFFAN BUKIT RANGIN KUANTAN PAHANG.
Majlis Ibadat Qurban anjuran bersama Malaysian Chinese Association Malaysia (MACMA) dan Yayasan Pahang Plantation dengan kerjasama Masjid Saidina Othman Ibn Affan telah diadakan:
Pada: 6 Oktober 2014/ 11 Zulhijjah 1435 H
Jam : 8.30 pagi ;
Tempat: Masjid Syaidina Othman Ibn Affan Bukit Rangain Kuantan Pahang.
Sebanyak dua ekor lembu telah diqurbankan di majlis itu. Penduduk tempatan sekitar masjid, ahli-ahli Macma Kuantan, Ahli Jawatankuasa Masjid, Jemaah Wanita Jannatul Ummie Masjid Syaidina Othman Ibn Affan Bukit Rangain telah hadir bagi membantu melapah daging, mengagihkan daging untuk fakir miskin dan memasak daging dan nasi untuk makan tengahari.
Turut sama hadir di majlis itu ialah Pengerusi PERKIM Negeri Pahang, Dato' Hj Hassan Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang Plantation, En Kamarudin, Pengerusi Macma Dato' Izuddin Chong, Pengerusi Masjid Syaidina Othman Ibn Affan Bukit Rangain Kuantan Cikgu Mohd Azmi bin Othman.
Dato' Izuddin telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak masjid kerana telah membenarkan program ini diadakan di masjid ini. Pengerusi masjid mengalu-alukan program ini dan mengharapkan supaya program seperti ini dan lain-lain program dakwah akan diadakan di masjid ini pada masa hadapan. Adalah diharapkan Institusi Masjid seperti ini akan dapat di manfaatkan oleh oleh semua pihak khususnya badan-badan dakwah seperti PERKIM, MACMA, ISMA dan HALUAN.
Pihak Masjid mengucapkan terima kasih kepada seluruh jemaah masjid, penduduk tempatan dan ahli -ahli MACMA atas kerjasama menjayakan program ini.

Dato' Izuddin Chong sedang memberi ucapan.
Jemaah Wanita Jannatul Ummie Masjid Saidina Othman Ibn Affan bersama muslimah dari MACMA.
Jemaah Wanita Jannatul Ummie berganding bahu menyediakan makanan tengahari bersama muslimah dari MACMA
Sunday, 5 October 2014
EIDUL ADHA 1435H
Eidul Adha pada tahun ini jatuh pada hari Ahad bersama 5 Oktober 2014.
Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bukit Rangin telah menguruskan penyembelihan 19 ekor lembu qurban untuk ahli kariah Masjid Bukit Rangin dan kawasan berhampiran.
AJK Masjid mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang telah diberikan oleh semua ahli kariah yang hadir untuk menjayakan majlis qurban tersebut.
Alhamdulillah semua aktiviti qurban telah selesai sebelum waktu solat zohor.
Penyembelihan lembu qurban
Kerja kerja melapah dan pembahagian daging sedang dijalan.
Stesen menimbang
Subscribe to:
Posts (Atom)