Wednesday, 8 October 2014

KUBOR ISLAM DI BUKIT RANGIN KUANTAN, PAHANG.

Orang akan ingat kubor bila Hari Raya menjelang atau ada orang meninggal dunia, tetapi sebahagian orang tidak kisah siapa yang menguruskan kubur dengan baik.

Kubor Islam di bandar-bandar besar seperti kubor di Ampang dan Bukit Kiara Kuala Lumpur diuruskan dengan baik seperti susunan mengali lubang kubur dan penyelenggaran dapat di selenggara dengan baik, tetapi pengurusan kubor di bandar-bandar lain seperti di Kuantan Pahang, kebanyakkannya  tidak diuruskan dengan baik, termasuk pengurusan kubor di Bukit Rangin Kuantan Pahang.

Pengurusan kubor di Bukit Rangin Kuantan sepatutnya di bawah tadbir AJK Masjid Syaidina Othman Ibn Affan, tetapi di sana ada dua badan lain iaitu Jawatankuasa Kemajuan Kampong (JKK) dan Badan Khairat Kematian Kg Permatang Badak Kuantan. Hasilnya pengurusan kubor itu tidak dapat diselaraskan dengan baik.Contohnya bila ada kematian masalah menggali lubang kubor akan timbul. Lubang kubor di gali tidak ikut arah kiblat, susunan baris batu nisan bengkang bengkok. Begitu juga masalah status tanah tambahan yang telah dibuat permohonn dengan Pihak Berkuasa Negeri, isu pemaju perumahan yang membangunkan rumah dekat kawasan itu dan isu-isu penyelenggaran yang lain.

Sekiranya isu kubor ini tidak dapat diselaraskan  dengan tiga pihak tertentu seperti di atas, juga tiada campurtangan JAIP atau MUIP masalah ini akan sentiasa wujud.

 
Tanah perkuburan yang tidak tersusun.

 
Tanah perkuburan ini di urustadbir dengan baik.

 
Tanah perkuburan ini juga menjadi contoh bagaimana ia diurustadbir dengan cemerlang.
Pengurusan tanah kubur beginilah yang diharapkan terlaksana ditanah perkuburan Bukit Rangin, Kuantan in sya Allah.

No comments: