Monday, 27 October 2014

PROGRAM PROGRAM MENGIMARAHKAN MASJID

         Sedar tak sedar tahun baru Hijrah telah pun menjengahkan dirinya sekali lagi keseluruh alam umat Islam. Sedar tak sedar umur nya sudah hampir satu minggu.  Sedar tak sedar umur kita semakin meningkat. Munkin ada diantara kita telah masuk siri empat puluh, ada yang masuk siri lima puluh, ada yang masuk siri enam puluh malah siri tujuh puluh pun munkin ada. Apakah rancangan kita untuk terus nya mengabdikan diri kepada Allah swt. Sama sama lah kita muhasabah diri kita supaya jika dipanjangkan usia, tahun ini usha untuk mengabdikan diri lebih meningkat dari tahun yang lalu.  Dari segi peribadi diharap begitulah hendaknya. In sya Allah.
 
Dari segi berkumpulan, apakah usha kita. Apakah rancangan kita. Adakah kita berada dalam kumpulan? Adakah kita duduk bersama jama'ah? Ingatlah bahawa kambing yang bersendirian adalah lebih senang dibaham serigala.

Tiada kekuatan kalau tidak berjamaah.
 
Apakah rancangan masjid untuk menawan ahli kariah untuk bersama sama mengimrahkan masjid? Apakah kita selesa dengan program yang sedia ada. Adakah kita selesa dengan 2-3 saf jemaah solat subuh dan asar?
 
Selesa dengan jemaah seramai ini?
 
Adakah saf begini yang kita idamkan
 
Adakah kita selesa dengan pendengar kuliah yang bilangan nya lebih kecil dari tiang masjid? Adakah kita selesa dengan kehadiran ahli kariah apabila diadakan aktiviti masjid seperti majlis buka puasa, majlis penyampaian sumbangan fakir miskin, majlis tadarus, gotong royong dan lain-lain lagi?
 
Pandangan sewaktu kuliah yang kuring menarik kepada jemaah.
 
Kalau digembelingkan pemikiran kita mampu menarik jemaah begini ramai.
 
Kita perlu meningkat usha jika ada kekurangan dalam segi kebersamaan ahli kariah dalam contoh diatas, supaya ia dapat dielakan. Semuga kehadiran dan kebersamaan ahli kariah dapat ditingkatkan lagi, in sya Allah.
 
Tidak dinapikan banyak program telah diadakan oleh masjid. Namun keberkesanan nya perlu dinilai bersama. Sama sama kita fikirkan apakah yang boleh menawan hati setiap lapisan masyarakat seperti pemimpin masyarakat, masyarakat yang dipimpin, tua, muda, kanak-kanak, lelaki dan wanita untuk datang mengimarahkan masjid kita.
  
Majlis iftar yang biasa kita lihat.
 
Majlis begini sudah tentu bertambah barakahnya.
 
Diantara program program yang sedia ada atau yang baru yang boleh kita jadualkan untuk tahun Hijrah 1436. Berikut adalah contoh yang boleh kita sama sama pertimbangkan:
  • Pelbagaikan kuliah dimasjid-masjid. Yakni tidak tertumpu kepada fekah dan tajwid sahaja, tambahkan kuliah berunsur;
    • ekonomi dari sudut Islam,
    • perundangan Islam,
    • negara Islam dan
    • sains dan teknologi dalam Islam
    • lain-lain yang seumpama nya.
  • Adakah kelas mingguan untuk dewasa, remaja dan kanak-kanak
    • kelas tajwid
    • kelas bahasa arab
    • kelas asas bahasa mandrin
    • kelas memasak
    • kelas menjahit
    • kelas pengurusan jenazah
    • kelas untuk bakal haji
    • kelas tuition
  • Adakan majlis keramaian untuk ahli kariah
    • Hari Keluarga
    Hari Keluarga sudah tentu menarik minat semua lapisan umur.
       
    • Sebarang peraduan yang berterusan contoh peraduan memanah, memasak dll
      • ada kan medal bulanan (monthly medal)
      • ada kan saguhati
      • peraduan masjid setempat, daerah, negeri
    • Gotong royong mengumpul dana untuk anak yatim dan fakir miskin
    • Kongsi aqiqah
    •  
  • Adakan program jualan/ekonomi
    • Car boot sale
    • Jumble sale
    • Ruang untuk bertani dikawasan lapang masjid
Car boot sales boleh menjana ekonomi kepada jemaah.
 
Diharap saranan untuk mengimarahkan masjid diatas dapat diguna pakai, diubah suai bagai masyarakat setempat. Yang penting ia tidak tertumpu kepada masa masa tertentu sahaja. Ia sepatutnya berjalan sepanjang tahun. Perancangan dan jadual yang teliti mestilah disediakan.
In sya Allah.

APAKAH ANUGERAH CEMERLANG SEBENAR?


APAKAH ANUGERAH CEMERLANG SEBENAR?

         Masjid Syaidina Othman Ibn Affan Bukit Rangin mengalu-alukan kedatangan Juruaudit  Anugerah  Masjid  Cemerlang  Peringkat Negeri  Pahang  2014 M/ 1436 H daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)  pada hari ini 27 Oktober 2014 bersamaan 3 Muharram 1436 H.
 
       Selamat datang diucapkan, semoga kedatangan tuan/puan  akan memberi impak yang berkesan terhadap masjid ini khususnya kepada  Ahli  Jawatankuasa (AJK)nya  yang bekerja keras membuat persiapan untuk penilaian ini.
 
         Masjid ini pernah menerima Anugerah Masjid Cemerlang  Peringkat Negeri Pahang pada Tahun 2012 dan 2013  berturut-turut dan juga mendapat Anugerah Peringkat Ke  5 Masjid Malaysia 2014    baru-baru ini. Diharapkan  Masjid ini akan menggondol  anugerah yang sama atau lebih baik, Insya Allah.
 
       Adalah difahamkan bahawa istilah “ cemerlang” dalam kontek ini bermaksud sesebuah masjid itu dinilai dari beberapa segi antaranya:  urustadbir terbaik, insfrastruktur  yang kemas dan tersusun, persekitaran yang kondusif dan menarik,  kemudahan yang mencukupi  dan selesa , urusan kewangan terbaik dan juga program imarah yang cemerlang. Semua faktor zahiriah  ini akan dinilai oleh Ahli Panel Juruaudit daripada JAIP.
 
Masjid Wilayah Persekutuan mempunyai lanskap yang menarik.
 
     Adalah tidak jelas sama ada faktor lain diambil kira dalam penilaian seperti : impak dan keberkesanan program ceramah, kuliah dan tazkiran agama , semangat kerjasama dikalangan jamaah masjid dalam melaksanakan program gotong royong, dan impak serta desiplin orang ramai dan gulongan remaja terhadap program yang di anjurkan masjid ini. Ini boleh dikatogerikan sebagai faktor batiniah dan kerohanian.
 
      Keduaa-dua faktor tersebut sepatutnya berjalan selari  dalam proses penilaian kecermelangan masjid. Sebagai contoh sekiranya sesebuah masjid itu mempunya interpersonal komunikasi yang baik dikalangan jamaahnya, semangat kerjasama yang kukuh sehingga boleh turut serta dalam apa sahaja program yang di jalankan seperti gotong royong dan sebagainya , akan tetapi masaalah kewangan pula menjadi penghalang dan  gagal menyediakan persekitaran yang kondusif dan menarik. Hasilnya masjid itu gagal dalam menerima  pencalonan masjid cemerlang.

Masjid yang kondusif dan mempunyai lanskap yang menarik.
      Begitu juga kesan dan impak dari masyarakat dan gulongan remaja terhadap program pendidikan dan ilmu yang dianjurkan adalah tidak memberangsangkan dan tidak berubah dari yang diharapkan.  Misal nya  masih berlaku kecurian wang tabung masjid, kecurian motosikal, kasut, selipar, aktiviti pecah cermin kereta menyebabkan kehilangan barangan pemilik yang bersolat di masjid, kanak-kanak masih menganggu jamaah lain ketika bersolat.

Tabung masjid dirosakan
Apakah ini masih terjadi dimasjid yang dikategorikan cemerlang?
Persoalannya kenapa semua perkara tersebut masih berlaku walaupun anugerah masjid Cemerlang telah diterima ?  Apa sebab dan dimana salahnya?.   Masjid-masjid di pendalaman  tidak berlaku perkara-perkara ini dan  munkin tiada peluang untuk mendapat pencalonan anugerah masjid cemerlang semata-mata kerana  program  zahiriah , program yang boleh dilihat dan dipandang mata,  tidak memuaskan hati Ahli Panel Penilai.
    Kesimpulannya, adalah dicadangkan kategori penilaian Masjid  Cemerlang hendaklaklah diperluaskan bukan sahaja penilaian kepada  kategori zahiriah tetapi juga kepada  kategori batiniah iaitu impak dan kesan kepada masyarakat sesuatu program yang dijalankan oleh masjid. Kesannya juga dapat mengelakkan sesebuah masjid mengondol semua kategori anugerah semata-mata kerana masjid itu kaya dan banyak duit.