APAKAH ANUGERAH CEMERLANG SEBENAR?
Selamat datang
diucapkan, semoga kedatangan tuan/puan akan memberi impak yang berkesan terhadap
masjid ini khususnya kepada Ahli Jawatankuasa (AJK)nya yang bekerja keras membuat persiapan untuk penilaian
ini.
Masjid ini
pernah menerima Anugerah Masjid Cemerlang
Peringkat Negeri Pahang pada Tahun 2012 dan 2013 berturut-turut dan juga mendapat Anugerah
Peringkat Ke 5 Masjid Malaysia 2014 baru-baru ini. Diharapkan Masjid ini akan menggondol anugerah yang sama atau lebih baik, Insya
Allah.
Adalah difahamkan
bahawa istilah “ cemerlang” dalam kontek ini bermaksud sesebuah masjid itu
dinilai dari beberapa segi antaranya:
urustadbir terbaik, insfrastruktur yang kemas dan tersusun, persekitaran yang
kondusif dan menarik, kemudahan yang
mencukupi dan selesa , urusan kewangan
terbaik dan juga program imarah yang cemerlang. Semua faktor zahiriah ini akan dinilai oleh Ahli Panel Juruaudit
daripada JAIP.
Masjid Wilayah Persekutuan mempunyai lanskap yang menarik.
Adalah tidak
jelas sama ada faktor lain diambil kira dalam penilaian seperti : impak dan
keberkesanan program ceramah, kuliah dan tazkiran agama , semangat kerjasama
dikalangan jamaah masjid dalam melaksanakan program gotong royong, dan impak
serta desiplin orang ramai dan gulongan remaja terhadap program yang di
anjurkan masjid ini. Ini boleh dikatogerikan sebagai faktor batiniah dan
kerohanian.
Keduaa-dua
faktor tersebut sepatutnya berjalan selari
dalam proses penilaian kecermelangan masjid. Sebagai contoh sekiranya
sesebuah masjid itu mempunya interpersonal komunikasi yang baik dikalangan
jamaahnya, semangat kerjasama yang kukuh sehingga boleh turut serta dalam apa
sahaja program yang di jalankan seperti gotong royong dan sebagainya , akan
tetapi masaalah kewangan pula menjadi penghalang dan gagal menyediakan persekitaran yang kondusif
dan menarik. Hasilnya masjid itu gagal dalam menerima pencalonan masjid cemerlang.
Masjid yang kondusif dan mempunyai lanskap yang menarik.
Begitu juga
kesan dan impak dari masyarakat dan gulongan remaja terhadap program pendidikan
dan ilmu yang dianjurkan adalah tidak memberangsangkan dan tidak berubah dari
yang diharapkan. Misal nya masih berlaku kecurian wang tabung masjid,
kecurian motosikal, kasut, selipar, aktiviti pecah cermin kereta menyebabkan
kehilangan barangan pemilik yang bersolat di masjid, kanak-kanak masih
menganggu jamaah lain ketika bersolat.
Tabung masjid dirosakan |
Apakah ini masih terjadi dimasjid yang dikategorikan cemerlang?
Persoalannya
kenapa semua perkara tersebut masih berlaku walaupun anugerah masjid Cemerlang
telah diterima ? Apa sebab dan dimana
salahnya?. Masjid-masjid di pendalaman tidak berlaku perkara-perkara ini dan munkin tiada peluang untuk mendapat
pencalonan anugerah masjid cemerlang semata-mata kerana program
zahiriah , program yang boleh dilihat dan dipandang mata, tidak memuaskan hati Ahli Panel Penilai.
Kesimpulannya,
adalah dicadangkan kategori penilaian Masjid
Cemerlang hendaklaklah diperluaskan bukan sahaja penilaian kepada kategori zahiriah tetapi juga kepada kategori batiniah iaitu impak dan kesan
kepada masyarakat sesuatu program yang dijalankan oleh masjid. Kesannya juga
dapat mengelakkan sesebuah masjid mengondol semua kategori anugerah semata-mata
kerana masjid itu kaya dan banyak duit.
No comments:
Post a Comment