CABARAN TAHUN MUHARRAM 1436 HIJRIAH
Hari ini, 1 haribulan Muharram 1436
Hijriah bersamaan 25 Oktober 2014 Masih, maka bermulalah Taqwim Baru Islam.
Rasanya terlalu pantas masa berlalu, banyak perkara-perkara tahun lalu belum
selesai , muncul pula tahun baru. Begitu juga dengan cabaran-cabaran yang di
hadapi umat Islam, bukan semakin berkurangan bahkan semakin bertambah. Semua
ini adalah rangsangan-rangsangan yang perlu dihadapi umat Islam dan ianya memerlukan
tindakan dan penyelesaian yang berkesan.
Cuba kita perhatikan apakah rangsangan-rangsangan
yang dihadapi oleh Masyarakat Islam pada
masa ini dan akan datang?. Ada empat dimensi rangsangan yang boleh
diterjemahkan dan perlu diambil
perhatian iaitu: Minda, Fizikal, Sosial dan Kerohanian.
Minda. Kita tidak boleh menafikan perkembangan bidang ilmu pengetahuan amat pesat sekali, kalau kita tidak mengejarnya kita akan ketinggalan. Negara negara maju (developed countaries ) mencapai kejayaan dan kekayaan adalah dengan ilmu pengetahuan dan sikap positif rakyatnya seperti Amarika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Jerman, Perancis, Russia, Kanada, Australia, China ,Korea , Singapura dan berbagai Negara lagi. Negara-negara Islam kebanyakan masih tercari-cari dan ketinggalan dalam bidang ini kecali Malaysia.. Kebanyakannya masih dibelenggu dengan masaalah politik ,sosial, dan ekonomi. Untuk mencapai tahap negara maju dan berpengetahuan tinggi amat jauh sekali.
Sebagai contoh
perkembangan dalam Alam Siber memerlukan kepada ilmu sains dan teknologi .
Cabaran dunia tanpa sempadan, perdagangan elektronik, kerajaan elektronik ,perhubungan
telekomunikasi, multimedia, Komputer dan berbagai lagi. Umat Islam perlu mempunyai
modal insan yang tinggi yang boleh menguasai bidang ini untuk dilaksanakan
dalam tahun hijrah ini.
Fzikal
Pepatah Arab mengatakan “Fikiran yang sihat
adalah dari tubuh badan yang sihat”. Bermaksud
kalau kesihatan terganggu dengan pelbagai penyakit , otak tidak boleh berfikir,
mata tidak boleh membaca , dan tangan tidak boleh menulis. Walaupun wang
ringgit banyak dimiliki dan status keluarga yang berpangkat tinggi tidak akan
dapat menjamin untuk mengubah minda sekiranya
keadaan fizikal tidak sihat.
Di zaman morden
ini bahan makanan banyak mengandungi kemia
dan tidak berkhasiat. Kalau makanan tidak dikawal dan makan tidak seimbang akan
membahayakan kesihatan. Begitu juga makanan sampingan untuk kesihatan baik tradisional
dan morden sangat banyak di pasaran.
Demikaian juga dengan ubat-ubatan untuk mengubati pelbagai penyakit cukup
banyak di pasaran. Sebahagian Orang Islam suka
membeli ubat yang tidak di iktiraf oleh Kementerian kesihatan. Suka
mendapatkan nasihat dari jurujual ubat ,
kawan-kawan , bukan dari Dr yang di iktiraf. Selain dari itu berjumpa bomoh
sangat di minati oleh sebagian Orang Islam. Rawatan ke hospital atau klinik
hanya berlaku apabila penyakit sudah menjadi keronik. Inilah cabaran yang dihadapi oleh orang-orang Islam
sekarang.
Penjagaan kesihatan
bukan sahaja usaha mencegah melalui ubat , makanan seimbang, tetapi juga
melalui senaman yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya setengah jam sehari.
Oleh sebab kesibukan masa dengan pelbagai urusan kerja , amalan ini diabaikan.
Sosial.
Dimensi ini
boleh mempengaruhi minda dan tingkah laku seseorang. Ianya melibatkan emosi,
perasaan dan nilai. Kalau emosi sahaja digunakan tanpa akal dan minda, tingkah
laku tidak rasional akan berlaku. Contoh:
kejadiaan pecah rumah, mencuri, sosial bebas, mat rempit, tidak hormati orang tua
dan ibu bapa, semuanya berpunca dari tindakan dari akal yang tidak waras dan
ikut emosi.
Kalau dulu, ibu bapa yang sudah tua masih di jaga oleh
anak-anak. Tapi zaman ini, ibu bapa tinggal di rumah jagaan orang tua,
anak-anak tidak ada masa menjaganya kerana kesibukan tugas seharian.
Pengaruh barat
adalah salah satu punca masyarakat rosak
khususnya gulongan belia dan remaja. Contohnya: kes rogol, bersekedudukan tanpa nikah,
filem-filem lucah , pergaulan bebas bukan mahram, semuanya berpunca dari kurangnya didikan agama
dan pengaruh budaya barat.
Kerohanian.
Dimensi ini adalah terpenting dalam hidup
sebagai seorang Islam. Kalau hibungan dengan Allah tidak dijaga, hubungan
dengan manusia akan terjejas. Kita perlu menghayati dan melaksanakan dimensi ini
dengan betul dan istiqamah. Sebahagian
orang beribadat dan selalu datang
bersolat berjamaah ke masjid (memang digalakkan) ,tatapi dengan kegiatan masyarakat tidak dihiraukan.
Seperti aktiviti gotong-royong, membantu kerja-kerja amal tidak mahu melibatkan
diri atas alasan ada urusan keluarga dan berbagai lagi. Kalau mereka faham
konsep hubungan dengan Allah sebenar-benarnya, nescaya hubungan dengan manusia
tidak menjadi masaalah.
Amalan songsang
yang menyalahi ajaran agama semakin menular dalam masyarakat kita. Contoh
program terbaru “ I want to touch A Dog” , dikatakan mendapat sembutan orang
Islam. Tujuannya mahu hakis rasa takut terhadap anjing. Penganjurnya ialah orang Islam sendiri bernama Syed Azmi
Alhabsi. Bak kata Tok Guru Nik Abdul
Aziz ( Bekas Menteri Besar Kelantan): “ Orang yang tidak berotak sahaja
menjanjurkan program ini”. Maknanya orang yang tidak ada ilmu agama sahaja sanggup
menganjurkan program seperti ini. Banyak lagi amalan songsong dalam masyarakat
kita yang perlu di tangani bukan sahaja tanggungjawab pihak berkuasa tetapi setiap juga orang muslim.
Penganjur program "I want to touch a dog".
Bagitu juga amalan
rasuah semakin menjadi-jadi yang dilakukan oleh orang Islam sendiri. Dimanakah letaknya
amal ibadat yang di kerjakan? Kenapa masih lagi malakukan rasuah. Semua ini
adalah cabaran orang Islan dalam tahun bari Hijrah ini.
Kesimpulannya ,
semua orang Islam perlu berpegang kepada Ajaran Islam yang diturunkan Allah SWT.
Al Quran Dan Sunnah sebagai pedoman kita. Sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut
di zaman Rasullah SAW dan Tabieen selepasnya bersemangat dan kuat berpegang
kepada ajaran agama walaupun hidup dalam suasana yang berkurangan tetapi iman
mereka kukuh sehingga boleh mengembangkan ajarann Islam yang kita nikmati hari
ini. Justru , kita tanamlah sikap proaktif dan kreatif dalam tahun baru Hijriah ini untuk memberi respon terhadap rangsangan yang akan timbul pada masa akan datang
dan mampu menyelesaikan nya dengan cara terbaik.
No comments:
Post a Comment