Monday, 30 June 2014

Rebutlah MaghfirahNya

Sekali lagi kita semua dipilih untuk berada pada bulan yang penuh barakah,dibentangkan dihadapan kita seluas-luasnya peluang untuk mendapatkan segala keampunan dan rahmat dari Allah s.w.t.Dalam hal ini ada beberapa perkara yang mesti raikan agar semua yang ditawarkan oleh Allah itu menjadi milik kita semua.

1-Melakukan ibadah puasa dengan atas dasar keimanan kepada Allah s.w.t dengan meyakini bahawa ibadah tersebut adalah kefardhuan dariNya.Melaksanakannya sebagai lambang kepatuhan dan ketaatan kepadaNya.firman Allah s.w.t dalam surah albaqarah ayat 185 yang bermaksud: "Maka sesiapa dari kalangan kamu yang berada pada bulan tersebut maka hendaklah dia berpuasa"

Begitu juga nabi s.a.w bersabda dlam hadis yang sohih sebagai dinyatkan oleh imam ahmad dan an nisai " sesungguhnya telah dtang kepada kamu Ramadhan bulan yang berkat,Allah s.w.t telah memfardhukan keatas kamu berpuasa padanya"

Maka dapatlah difahami bahawa dalam menjalankan ibadah puasa pada bulan ramadhan untuk mendapat ganjaran dan keampunan dari Allah hendaklah ianya dilaksanakan atas dasar keimanan dan kepatuhan kepadNya bukan kerana rutin dan sebagainya.

2-Merasai denga penuh yakin bahawa kefardhuan puasa ramadhan ini adalah salah satu dari rulun islam yang lima yang terttegak islam dengannya.Sebagaimana yang dijelaskan oleh nabi s.a.w dalam hadis yang sohih " Dibina islam itu atas lima perkara...berpuasa pada bulan ramadha...."al hadis (muntafakun alaihi).

Dengan ini menyedarkan kita bahawa sebgaimana difardhukan puasa begitu jugalah difardhukan solat dan semua perkara dalam rukun islam.Maka dengan kefahaman ini menjadikan kita berpuasa dalam bulan ramadhan dengan penuh kesedaran dan keinsafan juga kepatuhan jauh dari berpuasa kerana budaya dan sebgainya.