Friday, 4 April 2014

Aqiqah Anak Luar Nikah

Aqiqah hukumnya adalah sunnah yang mendekati wajib (sunnah muakad) dan Rasulullah S.W.T sangat menyukai untuk dilaksanakan walaupun untuk melaksanakannya dengan berhutang atas alasan tidak mampu (demikianlah sabda Rasul dalam sahih Al-bukhari).

‘Aqiqah anak pada hukum asalnya dituntut dari orang yang menanggung nafkah si anak iaitu bapa atau datuknya.’ Satu lagi kekeliruan umat Islam kita sekarang ialah mengaqiqahkan anak setelah besar melebihi umur satu tahun ke atas, padahal aqiqah hanya pada saat umur tujuh hari, dan selain daripada itu bukanlah aqiqah tetapi sedekah.

Terdapat juga ulama yang berpendapat, asalkan berlaku sembelihan untuk si anak dengan niat aqiqah sudah dikira aqiqah untuknya tanpa diambil kira siapa melakukannya. Ini berdalilkan sabda Nabi S.A.W ; “Anak kecil dipertaruhkan dengan aqiqahnya, iaitu disembelih (ternakan) untuknya pada hari ketujuh, diberi nama dan dicukur kepalanya” (Jami’ at-Tirmizi; 1522, Hasan Soheh).

Dalam hadis ini Nabi S.A.W hanya menyebutkan ‘disembelih (ternakan) untuknya’ tanpa Nabi menentukan siapa sepatutnya melakukannya, dengan berlakunya sembelihan dengan niat aqiqah maka terhasil aqiqah untuk si anak sekalipun dilakukan oleh orang asing (Fathul-Bari; 9/595. Subulussalam; 2/542)
Anak yang lahir di luar nikah dianjurkan untuk diaqiqahkan pula sebagaimana anak lainnya. Ibunyalah yang menanggung biaya aqiqah dan nafkahnya sesuai kemampuan sama ada daripada hasil usahanya sendiri atau bantuan pihak lain. Nasab anak yang lahir di luar nikah adalah kepada sang ibu, bukan kepada orang yang ‘bersama’ ibunya juga bukan kepada abang ibunya.

Dalam Fatwa al-Lajnah ad-Da’imah disebutkan: ‘Anak zina nasabnya adalah kepada ibunya. Situasinya sama seperti kaum Muslim yang lain selama ibunya juga Muslimah. Si anak tidak dihukum dan dicela kerana perbuatan yang dilakukan oleh ibunya atau kerana perbuatan pihak yang ‘bersama’ ibunya. Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman, ‘Tidaklah seseorang menanggung dosa yang dilakukan oleh orang lain.’ (QS Fathir: 18).

Wednesday, 2 April 2014

Medan Sebenar Seorang Muslimah 


Muslimah boleh cemerlang dlm apa jua bidang namun mereka tidak boleh sama sekali gagal menunaikan KEWAJIPAN FITRAH sebagai isteri dan ibu !
Muslimah di zaman Nabi SAW, kehebatannya ialah dengan menjadi pendokong suami !

Sesuai dengan hadith (غيّر عتبة بابك) di dalam sahih al-bukhari berkenaan kisah Ibrahim AS yang menyuruh anaknya Nabi Ismail AS menukar muka pintunya (perumpamaan kepada isterinya) kerana selalu merungut dan tidak bersyukur maka ramai wanita salaf pula kita dapati telah memainkan peranan hebat & mustahak mereka dalam ...
sejarah dengan berdiri teguh dibelakang suami.

Mana ada muslimah yang lebih hebat daripada Khadijah RA, Aisyah RA, Fatimah RA, Asma RA, Sumaiyyah RA, dll ummul mukminin dan sahabiyah dizaman nabi SAW. Merekalah umat yang terbaik dalam beragama namun kita melihat perjuangan/fokus mereka masih tak lari dan berkait dengan rumahtangga, suami dan anak-anak disamping mempertahankan aqidah dan Islam bersama rasulullah SAW.

Itulah medan sebenar wanita, mereka boleh menceburi apa jua bidang tetapi mereka harus cemerlang di medan keluarga dan teguh di belakang suami !
Amiratun Nadhirah

Tuesday, 1 April 2014

PENGUMUMAN


Ust Abd.Ghani Abd.Rahman(imam 3 MBR) bercadang melakukan umrah pada 30 mei 2014 nanti(cuti sekolah), kepada para jemaah, rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang ingin ikut serta bolehlah menghubungi ustaz di nombor 014 8206056.program umrah ini akan dipimpin sendiri oleh ustaz Abd.ghani. ان شاء الله