Aqiqah hukumnya adalah sunnah yang mendekati wajib (sunnah muakad) dan Rasulullah S.W.T sangat menyukai untuk dilaksanakan walaupun untuk melaksanakannya dengan berhutang atas alasan tidak mampu (demikianlah sabda Rasul dalam sahih Al-bukhari).
‘Aqiqah anak pada hukum asalnya dituntut dari orang yang menanggung nafkah si anak iaitu bapa atau datuknya.’ Satu lagi kekeliruan umat Islam kita sekarang ialah mengaqiqahkan anak setelah besar melebihi umur satu tahun ke atas, padahal aqiqah hanya pada saat umur tujuh hari, dan selain daripada itu bukanlah aqiqah tetapi sedekah.
Terdapat juga ulama yang berpendapat, asalkan berlaku sembelihan untuk si anak dengan niat aqiqah sudah dikira aqiqah untuknya tanpa diambil kira siapa melakukannya. Ini berdalilkan sabda Nabi S.A.W ; “Anak kecil dipertaruhkan dengan aqiqahnya, iaitu disembelih (ternakan) untuknya pada hari ketujuh, diberi nama dan dicukur kepalanya” (Jami’ at-Tirmizi; 1522, Hasan Soheh).
Dalam hadis ini Nabi S.A.W hanya menyebutkan ‘disembelih (ternakan) untuknya’ tanpa Nabi menentukan siapa sepatutnya melakukannya, dengan berlakunya sembelihan dengan niat aqiqah maka terhasil aqiqah untuk si anak sekalipun dilakukan oleh orang asing (Fathul-Bari; 9/595. Subulussalam; 2/542)
Anak yang lahir di luar nikah dianjurkan untuk diaqiqahkan pula sebagaimana anak lainnya. Ibunyalah yang menanggung biaya aqiqah dan nafkahnya sesuai kemampuan sama ada daripada hasil usahanya sendiri atau bantuan pihak lain. Nasab anak yang lahir di luar nikah adalah kepada sang ibu, bukan kepada orang yang ‘bersama’ ibunya juga bukan kepada abang ibunya.
Dalam Fatwa al-Lajnah ad-Da’imah disebutkan: ‘Anak zina nasabnya adalah kepada ibunya. Situasinya sama seperti kaum Muslim yang lain selama ibunya juga Muslimah. Si anak tidak dihukum dan dicela kerana perbuatan yang dilakukan oleh ibunya atau kerana perbuatan pihak yang ‘bersama’ ibunya. Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman, ‘Tidaklah seseorang menanggung dosa yang dilakukan oleh orang lain.’ (QS Fathir: 18).
No comments:
Post a Comment