PERANAN MASJID UNTUK MASYARAKAT
Masjid memainkan peranan dalam mengukuhkan
demensi social dan masyarakat. Justeru masjid menjadi pusat komuniti Islam
dengan strukturnya yang kukuh. Ia merupakan satu keperluan penting dalam bidang
social dan Masyarakat. Penglibatan komuniti dalam program masjid bukan sahaja
masyarakat Islam, agensi-agensi , NGO malah juga melibatkan orang bukan Islam dalam
kawaasan masjid. Oleh itu masjid boleh di lihat sebagai satu usaha ke arah
perpaduan ummah.
Bagi
memperkukuhkan kesatuan ummah menerusi institusi masjid perlaksanaan “
Program Ziarah Masjid “ membawa mesej
jelas bagaimana mengimarahkan masjid. Ziarah sebigini akan lebih mencapai
maksudnya, apabila para pemimpin turut mengambil peluang untuk mengenal pasti
apa-apa keperluan yang ada dalam menguruskan sesuatu masjid.
Memakmurkan masjid bukan sahaja
eklusif kepada barisan jawatankuasa masjid , tetapi turut merangkumi seluruh
warga kariah. Gulongan belia, wanita, warga emas dan kanak-kanak perlu
dilibatkan secara akif dalam agenda ini. Masing-masing dengan kesesuian sendiri. Kita perlu
menjadikan masjid sebagai medan transformasi diri yang terbaik. Masjid akan
jadi medan pembangunan dan pengislahan diri, apabila suasana dan amalan di
dalamnya benar-benar berfungsi.
Perbagai program boleh diadakan dimasjid termasuklah ceramah umum
Gulungan muda menjadi tonggak kekuatan ummah satu hari nanti
Dimasjid ,
laungan azan yang dikumandangkan merupakan salah satu medium dakwah terpenting.
Ia merupakan saluran dakwah yang sering kali kedengaran pada masuknya waktu
solat yang menyeru dan memanggil orang Islam ke Masjid.
Di Malaysia,
amalan berdakwah menerusi medium masjid lama diamalkan seperti kelas-kelas agama,
bimbingan haji, jamaah tabligh, sekolah agama kafa yang menggunakan premis
masjid dan lain-lain. Namun aktiviti yang sedia ada pada hari ini harus
dipertingkat dan diperkemaskan agar masyarakat awam tidak melihat masjid bukan sahaja tempat beribadah semata-mata bahkan juga
one stop centre bagi semua aktiviti harian manusia sehingga lahirnya
masyarakat Islam yang berjiwa masjid.
Program masjid yang dilaksanakan perlu
berpaksikan kepada beberapa aspek. Pertama berkaitan perlaksanaan program dakwah
yang merangkumi penjanaan ilmu Islam
untuk diterapkan kepada jamaah. Kedua
aktiviti dakwah yang merangkumi fungsi masjid sebagai pusat pembangunan
masyarakat. Aspek ketiga ialah program pembangunan motivasi dan jati diri
masyarat.
Masjid yang mempunyai kawasan yang luas dapat mempertingkatkan
ekonomi melalui pembukaan tapak perniagaan menjual pelbagai produk keperluan
masyarakat. Masjid dapat menjana pendapatan melalui sewaan tersebut. Malah
pihak masjid boleh mengatur aktiviti perniagaan mengikut takwim Islam seperti
pada hari jumaat, Ramadhan , hijrah ,haji dan mauled.
Selain itu,
masjid boleh menyediakan perkhidmatan bank dengan membuka cawanga bank tertentu
atau menyediakan mesin ATM sebagai bentuk kemudahan kepada masyarakat.
Disamping itu, masjid boleh menyediakan pejabat pos bagi membekalkan pelbagai
perkhidmatan bagi masyarakat setempat. Konsep ini boleh diterapkan mengikut
pendekatan UTC yang menawarkan pelbagai kmkemudahan pada suatu tempat untiik
masyarakat setempat.
Mesin ATM seperti ini boleh boleh memberi kemudahan kepada jemaah.
Nota:
Artikal ini adalah rumusan dari ceramah bertajuk “ Institusi
Masjid Memperkukuh Satu Ummah” oleh Dr
Lokman Abd Rahman JAKIM sempena majlis Anugrah Masjid Malaysia 2014 Di
Cyberjaya.
No comments:
Post a Comment