Friday 17 January 2014

30 Adab di masjid

1. Pastikan masuk masjid melangkah dengan kaki kanan, di padang mahsyar kelak ada disediakan tempat khas untuk pemimpin yang adil di bawah arasy yang mulia, maka anda sebagai pemimpin pada anggota badan ditubuh badan, pastikan ‘rakyat’ kita tidak di zalimi, iaitu masuk tandas kaki kiri dan keluar tandas kaki kanan, masuk masjid kaki kanan keluar masjid kaki kiri.

2. Pastikan kita tidak berhadas besar atau kecil semasa berada dalam masjid…. Makruh berhadas kecil dan terus duduk dalam masjid, manakala haram jika berhadas besar tapi selamba masuk ke masjid!

3. Jangan lupa baca doa ketika Masuk Masjid.
"ALLAHUMMAF TAHLI ABWAABA RAHMATIKA”
(Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu)

4. Terus niat beriktikaf, jika tidak tahu boleh rujuk sign board di bahagian depan masjid, biasanya ada, jika tidak ada pergi tanya AJK masjid, kenapa tidak ada?, masukkan keperluan papan niat beriktkaf di dalam mesyuarat selepas terawih malam ini juga. Ingat! Tidak boleh makan dan minum serta tidur dalam masjid melainkan dengan niat beriktikaf.

5. Buat solat tahiyatul Masjid, jika tidak pandai, terus bertanya kepada AJK masjid, patut mereka tahu, jika tidak tahu, boleh gugurkan nama AJK masjid yang tidak berguna itu. Hampeh!

6.Seandainya ada majlis ugama sedang berlangsung dalam masjid seperti ceramah ugama, tidak perlu solat sunnat lagi, sebaiknya, terus duduk dalam majlis ceramah, dan jangan bagi salam kepada orang yang sedang berceramah, pendek kata jangan ganggu majlis zikrullah tapi sertailah majlis zikrullah.

7. Jangan bersolat di belakang atau di depan pintu, perbuatan ini akan menyusahkan dan membebankan orang untuk melintas - pakai otak sikit!

8. Jika anda  mahu bertasbih, jangan sampai mengganggu orang yang membaca Al-quran dengan zikir yang kuat.Sesungguhnya,  Allah Maha Mendengar.

9 . Jika anda  mahu membaca Al-Quran, jangan sampai mengganggu orang yang sedang solat sunat dengan merdunya suara anda kononya. Bacalah untuk Allah kerana (Aku ulang) Allah Maha Mendengar.

10. Jika anda mahu bersolat  sunnat jangan sampai  mengganggu orang yang sedang tidur dengan niat beriktikaf.

11. Arghh, pendek kata, semua jangan ganggu antara satu sama lain, boleh insyaAllah?

12. Jika mahu makan waktu sahur atau berbuka, pastikan ada alas makananan(saprah). Sangat berdosa mereka yang sengaja mengotorkan masjid.

13. Masuk bab jangan mengotorkan masjid, maka jangan sikat rambut/potong kuku/korek hidung/korek telinga/cabut bulu ketiak dan lain lain aktiviti yang boleh mengotorkan masjid.

14. Tidak boleh membuat bunyi yang ada unsur muzik dalam masjid seperti bertepuk tangan, patah patahkan jari, bersiul, bergendang, main gitar dan lain lain.( ring tone telefon perlulah dalam mod bisu.)

15. Jangan alih barang atau buat hiasan dalam masjid sesuka hati seperti alih jam dinding, alih almari buku. alih kayu ktubah, ianya akan meyusahkan AJK.., walaupun korang pakar hiasan dalaman sekalipun, pendek kata kena minta izin dari pihak AJK jika mahu membuat hiasan dalaman atau luaran, jika mahu cas telefonpun jika boleh, mintalah izin atau terus sedekah wang dalam tabung masjid.

16. Jangan melunjurkan kaki ke arah kiblat, atau masa berceramah atau masa tidur, perbuatan itu adalah tidak sopan.  Lagipun depan masjid banyak ayat Al quran.

17. Terima kasih kerana tidak meniarap dalam masjid.

18. Sekiranya tidur dan mimpi bersetubuh lalu terpancut air mani, kena berambus dari masjid cepat cepat. Haram duduk dalam masjid dalam keadaan hadas besar, sesudah mandi di kolah masjid baru boleh masuk sambung tidur jika subuh belum masuk.

19. Dari jendela masjid, tidak elok meludah ke arah kiblat.

20, Tidak boleh berniaga dalam masjid, jika mahu jual barang, sila keluar dari masjid. Ustaz pun sama, jangan sibuk nak jual buku dalam masjid.

21. Tidak boleh membuat pengumuman mencari barang hilang dalam masjid, tetapi boleh membuat pengumuman barang jumpa di waktu yang sesuai.

22. Jika mahu keluar dari masjid maka ucapkanlah :
"ALLAHUMMA IN-NI AS ALUKA MIN FADLIKA”
(Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepada-Mu dari karunia-Mu)

23. jika mahu tegakkan ugama islam, bermesyuaratlah di masjid, bukannya di balai raya, atau di kedai kopi.

24. Jangan main video call dengan bini waktu iktikaf, tak payah gelojoh sangat. Adohai.

25. Dalam masjid, Sebelum tidur pastikan ada alas tidur, al- Maklumlah bila tidur macam macam cecair boleh keluar seperti air liur basi, air mani dan air tulang belakang. Aku cukup tidak setuju melihat papan tanda yang menulis, “dilarang tidur dalam masjid” kerana ini bertentangan dengan Sunnah Nabi, sepatutnya mereka tulis, “dilarang tidur tanpa alas”. Mana mana AJK yang tulis “di larang tidur”, maka AJK itu jahil bab agama, bolehlah di pecat malam ini jugak!

26:Banyakkan dakwah, taklim, ibadat dan khidmat ketika beriktikaf.

27:Tidak di galakkan membawa kanak-kanak bawah umur beriktikaf di masjid..

28:Jangan ketawa kuat kuat dalam masjid, dan jangan menangis kuat kuat, menangis macam biasa, dan ketawa eloklah tak payah. Pesan Nabi: Jika korang tahu apa yang aku tahu, pasti korang akan banyak menangis.

29.. 30..

Arghhh, cukup sampai sini, jika ada nak tambah atau betulkan, boleh isi kat ruang komen, Selamat beriktikaf!

Sekian.
Ps: Di hari akhirat nanti, Allah akan bertanya pada malaikat: di manakah jiran-jiranku? Maka Malaikat bertanya: siapakah jiran-jiranMU? Lalu Allah Berfirman: Jiran-jiranku adalah mereka yang memakmurkan masjid.

(Semoga kita dapat amal apa yang kita dengar dan sampaikan)

No comments: