Wednesday 15 January 2014

Forum Comango Pengkianat Negara

14 Januari 2014   Sambungan daripada aktiviti sambutan Maulidur Rasul, pada malam ini satu forum telah diadakan di Masjid Saidina Othman Bukit Rangin. Forum ini bertajuk 'Comango Pengkhianat Negara' dijayakan oleh dua orang ahli panel iaitu Ustaz Abdul Halim bin Abdullah, Ketua Penerangan ISMA Pusat dan Ustaz Norman bin Mohd Nor, Ketua Biro Dakwah ISMA Kuantan dan moderator adalah Ustaz Mohd Ali bin Abdullah dari UIAM Kuantan.

Di dalam forum ini diterangkan dengan jelas tentang peranan yang dimainkan oleh Comango dalam menuntut beberapa perkara yang boleh menggugat keharmonian dan akidah umat Islam. COMANGO (Coalition of Malaysian NGO) merupakan pertubuhan-pertubuhan yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang Hak Asasi Manusia ini terdiri daripada 54 NGO yang tidak sah seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), SIS Forum (Sister in Islam) dan Merdeka Seksualiti. lain telah melobi badan-badan tertentu di PBB agar mendesak kerajaan Malaysia akur dan patuh kepada tuntutan mereka. 

Terdapat beberapa tuntutan dan desakan daripada COMANGO yang menimbulkan kontroversi sepertimana yang dilaporkan dalam laporan tersebut. Berikut adalah tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh mereka:

Perenggan 1 :   Kebebasan untuk murtad

Perenggan 6.1.1.  Menghalalkan sex songsang " lesbian, gay, transeksual dan biseksual (LGBT)

Perenggan 6.2.  Menghapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu

Perenggan 6.8.  Memaksa tafsiran perkauman menurut sekular Liberal Barat

Perenggan 9 .  Menghapuskan kesalahan jenayah Syariah "khalwat, zina dll)

Perenggan 10.1.1.  Menuntut penterjamahan 'God' kepada Allah oleh Kristian Katolik di Malaysia

Perenggan 10.1.6.  Menuntut kebebasan beragama bagi ajaran sesat Syiah di Malaysia

Perenggan 10.1.11.  Menuntut agar mana-mana ibu bapa yang memeluk Islam tidak diberikan hak
                                penjagaan anak

Satu program untuk mengutip 1 juta tanda tangan telah dilancarkan di kalangan jemaah yang hadir pada malam tadi dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Majlis berakhir hampir pukul 9.15 malam dan di akhiri dengan jamuan malan malam.




 

No comments: