Monday 6 October 2014

PROGRAM QURBAN YAYASAN PAHANG PLANTATION DAN MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION MALAYSIA (MACMA) DI MASJID SAIDINA OTHMAN IBN  AFFAN BUKIT RANGIN KUANTAN PAHANG.


Majlis Ibadat Qurban anjuran bersama Malaysian Chinese Association Malaysia (MACMA) dan Yayasan Pahang Plantation dengan kerjasama Masjid Saidina Othman Ibn Affan  telah diadakan:
Pada:           6 Oktober 2014/ 11 Zulhijjah 1435 H
Jam :           8.30 pagi ;
Tempat:      Masjid Syaidina Othman Ibn Affan Bukit Rangain Kuantan Pahang.

Sebanyak dua ekor lembu telah diqurbankan di majlis itu. Penduduk tempatan sekitar masjid, ahli-ahli Macma Kuantan, Ahli Jawatankuasa Masjid, Jemaah Wanita Jannatul Ummie Masjid Syaidina Othman Ibn Affan Bukit Rangain   telah hadir bagi membantu melapah daging, mengagihkan daging untuk fakir miskin dan memasak daging dan nasi untuk makan tengahari.

Turut sama hadir di majlis itu ialah Pengerusi PERKIM Negeri Pahang, Dato' Hj Hassan Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang Plantation, En Kamarudin, Pengerusi Macma Dato' Izuddin Chong, Pengerusi Masjid Syaidina Othman Ibn Affan Bukit Rangain Kuantan Cikgu Mohd Azmi bin Othman.

Dato' Izuddin telah mengucapkan ribuan  terima kasih kepada pihak masjid kerana telah membenarkan program ini diadakan di masjid ini. Pengerusi masjid  mengalu-alukan program ini dan mengharapkan supaya program seperti ini dan lain-lain program  dakwah akan diadakan di masjid ini pada masa hadapan. Adalah diharapkan Institusi Masjid seperti ini akan dapat di manfaatkan oleh oleh semua pihak khususnya badan-badan dakwah seperti PERKIM, MACMA, ISMA dan HALUAN.

Pihak Masjid mengucapkan terima kasih kepada  seluruh jemaah masjid, penduduk tempatan dan ahli -ahli MACMA atas kerjasama menjayakan program ini.


Dato' Izuddin Chong sedang memberi ucapan.
 
 
 
Jemaah Wanita Jannatul Ummie Masjid Saidina Othman Ibn Affan bersama muslimah dari MACMA.


 
Jemaah Wanita Jannatul Ummie berganding bahu menyediakan makanan tengahari bersama muslimah dari MACMA

No comments: