Friday 10 October 2014

MASJID ADALAH TEMPAT SELAMAT

Solat jamaah di masjid akan dapat dua puluh tujuh pahala berbanding dengan solat di rumah. Orang beriman yang hendak ke masjid semuanya  berniat baik ,disamping  melaksanakan ibadat fardu ain seperti solat, malahan juga bersedekah, mendengar kuliah agama,membaca al Quran, berbincang mengenai perkara yang memberi manfaat kepada masyarakat dan sebagainya. Semua ini dilakukan oleh manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Jika manusia seperti ini menjadi penghuni masjid  sudah tentu masjid akan  menjadi tempat yang paling aman dan selamat.

            Makhluk bukan manusia  memang tidak beriman dan tidak tahu dosa dan pahala.  Sebab  itu mereka tidak berduyun-duyun ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah sebab bukan tanggungjawab makhluk itu untuk tugas berkenaan. Kalau pun manusia biasa tetapi perangai bukan manusia, datang juga ke masjid, sudah tentu tujuan lain yang hendak dilakukan.  
         Masalahnya,ada makhluk yang rupanya  manusia tetapi berperangai bukan manusia yang datang ke masjid bukan untuk berniat baik bahkan melakukan sesuatu yang menyusahkan orang lain seperti mencuri motosikal, mencuri beg tangan wanita semasa  solat, mengopak peti tabung  derma  , mencuri peralatan elektrornik , menggunakan tandas masjid semata-mata untuk membuang  najis tanpa solat bahkan ada yang  meninggalkan kondon dalam tandas masjid. Makhluk seperti  inilah yang merosakkan masjid bukan masjid yang menjadi masaalah. Dengan artikata lain masjid itu pada asalnya adalah tempat yang selamat tetapi manusia yang berperangai haiwan yang merosakkan masjid.

            Punca masalah ini  adalah dari dalam diri manusia . Perubahan perlu dibuat bermula dari diri manusia  melalui empat dimensi  iaitu: fizikal, minda, sosio emosi dan rohani . Semua dimensi  ini perlu dimiliki oleh semua manusia yang perlukan kebaikan.  Contohnya kekuatan fizikal boleh di gunakan untuk berbagai tujuan. Kalau digunakan  untuk kebaikan seperti sentiasa menolong orang yang lemah dan miskin , melakukan ibadat fardu ain dan kifayah akan mendapat pahala dan di balas dengan syurga. Begitu juga kalau kekuatan fizikal digunakan untuk sebaliknya seperti  mencuri, merompak, menggangu ketenteraman awam dan memusnahkan harta awam akan mendapat dosa dan di balas denga azab di neraka. Hidup manusia di dunia hanya dua pilihan diakhirat nanti iaitu syurga dan neraka. Kalau sesorang itu hendak selamat iaitu balasan syurga , maka ia pelu mengubah kekuatan fizikalnya kearah kebaikan bukan kejahatan.

Kekuatan fizikal berkait rapat dengan minda, sosio emosi dan rohani kerana tingkahlaku manusia berpunca dari fikiran yang waras tanpa perasan dan hawa nafsu .Berfikiran secara waras menyebabkan seseorang itu memikirkan belas kasihan terhadap orang lain. Kalau dimensi ini diperkuatkan lagi dengan kekuatan rohani , ia akan menjadi lebih sempurna. Kekuatan rohani menjadi nilai tambah yang tinggi dalam diri seseorang , berakhlak terpuji dan suka melakukan amalan-amalan yang baik seperti ibadat sedekah dan lain-lain. Orang yang suka melakukan kejahatan tidak mempunyai ciri-ciri ini. Sebab itu pencuri yang  melakukan kerja-kerja mencuri tidak memikirkan kesihan belas terdadap orang lain kerana fikiranya hanya mengikut nasfu dan perasaan semata-mata.

Kesimpulannya  sebarang tingkah laku manusia adalah hasil dari perubahan dalam dirinya. Faktor luaran seperti keadaan sekeliling adalah factor sampingan sahaja.



Kecurian seperti gambar diatas kerap terjadi sewaktu jemaah sedang khusu' bersolat.


Kejadian mencuri tabung masjid ini sempat dirakam oleh camera CCTV.


Kecurian begini berlaku kerana masalah fikiran yang tidak waras dan mengikut hawa nafsu.


No comments: