Nabi saw sentiasa mendahului masalah
umat melebihi diri Baginda sendiri
(al-ithaarالإيثار - ). Setiap nabi mempunyai kuasa doa yang akan diperkenankan oleh Allah swt serta merta. Maka setiap nabi telah berdoa semasa di dunia. Namun, Nabi saw telah menyimpan kuasa doa ini untuk berdoa di hari kiamat kelak bagi menyelesaikan masalah umatnya.
عبد الله بن عمرو المحدث:
أنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ تلا قولَ اللهِ عزَّ وجلَّ في إبراهيمَ:
{ رَبِّ إِنَّهُنَّ
أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ فَمَنْ تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي وَمَنْ عَصَانِي
فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ } [إبراهيم: 36] الآية
وقال عيسى عليه السلام : (إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ
عِبَادُكَ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيم)[المائدة:
118]
فرفعَ يديهِ وقال اللهمَّ! أُمَّتي! أُمَّتي! وبكى.
فقال اللهُ عزَّ وجلَّ:
يا جبريلُ! اذهب إلى محمدٍ، - وربُّكَ أعلمُ -، فسَلهُ ما يُبكيكَ؟
فأتاهُ جبريلُ عليهِ الصلاةُ والسلامُ فسَألهُ. فأخبرهُ
رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ بما قالَ. وهو أعلمُ.
فقال اللهُ: يا جبريلُ!
اذهبْ إلى محمدٍ فقلْ: إنَّا سنُرضيكَ في أُمَّتكَ ولا نَسُوءُكَ. رواه مسلم رقم: 202.
Abdullah bin ‘Amru
ra meriwayatkan bahawa: Rasulullah SAW
telah membaca ayat al-Quran tentang Nabi Ibrahim yang bermaksud:
{Wahai Tuhanku,
sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia,
maka sesiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku,
dan sesiapa yang menderhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.} [Ibrahim: 36]
Baginda
kemudian membaca ayat tentang Nabi Isa yang telah berkata:
{Jika Engkau
menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika
Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana.} [al-Maidah:118]
Baginda kemudian
mengangkat kedua tangannya sambil berkata: “Wahai
Tuhanku, Umatku! Umatku!” Sambil menangis.
Allah swt pun
berfirman: “Wahai Jibril pergilah kepada Muhammad, beritahu kepadanya: Kami
akan berikan apa yang engkau redhai dengan umat-mu dan kami tidak akan
menyusahkan-mu.” [HR: Muslim]
Perhatian: Adapun riwayat yang menyebut Nabi
SAW berdoa dengan “Ummati!” ketika Baginda hampir wafat adalah hadis yang tidak
sahih, Lihat Penjelasan di: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=421493534615354&set=a.200059786758731.41200.195471310550912&type=1&theater
http://www.saaid.net/Doat/mongiz/3.htm
Khutbah AAM: Sejarah Kewafatan Nabi SAW: http://youtu.be/i4XqLzxPfCs
1-Wafatnya Nabi SAW merupakan musibah yang besar bagi umat ini.
2- Ucapan akhir Baginda ialah "Ila ar-Rafiiq al-A'la ((اللهم الرفيق الأعلى. Bukan "ummati".
3- Baginda Wafat di atas pangkuan Sayyidah 'Aisyah, bukan Fatimah r.ah.
*Semak fakta, jangan sebarkan cerita palsu...
*****
Penyebaran Hadis Palsu:
Memandangkan banyaknya
kata-kata nasihat, motivasi dan tazkiran melalui internet yang disebarkan,
samada FB, WhatsApp, twitter dan lain-lain.. yang dikaitkan dengan Hadis atau
Sunnah Nabi SAW, maka ana rasa terpanggil untuk memberi panduan kepada para
pembaca;
1- Sebelum nak
share kepada orang lain baca dulu sampai tamat.
2- Sekiranya
disebut hadis, pastikan sumber yang diambil sahih atau bersifat authentic.
[contoh yang banyak disebar sehari dua ni hadis tentang Kaabah akan diruntuhkan.
Memang ada hadis sedemikian tetapi cerita yang ditulis itu sudah bercampur gaul
dengan banyak cerita yang tidak benar]
3- Iklan-iklan perniagaan
yang dikaitkan dengan sunnah, tak perlu disebarkan sebelum disahkan oleh para
asatizah yang ada ilmu dalam bidang tersebut.
Nasihat ini diberi atas dasar bimbang takut terjatuh ke lembah dosa
besar yang mudah dibuat sebagaimana
dalam kuliah ini: Dosa Besar 14; BERDUSTA ATAS ALLAH & RASUL. http://youtu.be/1ROWcy-O4F8
AAM, 14 Syawal 1434H.
*****
Imam Al-Auza’ie dengan Penguasa Yang Zalim.
Telah berkata Imam al-Auza'ie rahimahullah: "Setelah
selesai Abdullah bin Ali (bapa saudara as-Saffah) daripada melakukan pembunuhan
terhadap Bani Umayyah, dia mengutuskan agar aku datang mengadapnya.
Dia telah melakukan
pembunuhan pada hari itu seramai 70 orang lebih.
Lalu aku masuk
menemuinya. Lantas dia berkata :"Apa yang mahu kamu katakan tentang darah
Bani Umayyah?"
Maka aku berkata :
"Adalah bagi mereka ke atas dirimu terdapat perjanjian."
Dia menjawab:
"Engkau jadikanlah untukku dan mereka tiada sebarang perjanjian."
Sekali lagi
Abdullah bin Ali bertanya kepada al-Auza'ie: "Apa yang mahu kamu katakan
tentang darah Bani Umayyah?"
Aku berkata :
"Haram!, Rasulullah Sollallahu
'Alaihi Wa Sallam telah bersabda :"Tidak halal (haram) darah seseorang
muslim itu melainkan disebabkan oleh salah satu daripada tiga perkara..."
Kata Imam az-Zahabi
dalam memberikan ta'liq (komentar) terhadap peristiwa di atas: "Abdullah
bin Ali adalah merupakan seorang pemerintah yang diktator, penumpah darah dan
susah dibawa berunding.
Walaupun dalam
situasi begini, Imam al-Auza'ie tetap bertegas menyatakan kebenaran di
hadapannya seperti yang kamu saksikan.
Beliau tidak
bertindak seperti sebahagian daripada kalangan para ulama as-su' (ulama jahat)
yang bermuka-muka memuji dan memperelokkan segala tindakan pemerintah yang
melakukan kezaliman dan pembantaian terhadap rakyat. Bahkan mereka sanggup
menukarkan hakikat kebatilan itu menjadi perkara yang hak. Semoga Allah
memerangi dan membunuh mereka!
Mereka ini juga bersifat berdiam diri sekali pun
mereka mampu untuk menyatakan kebenaran!!"
Sumber: 12/7 سير أعلام النبلاء
[Terjemahan: Abu
‘Ammar Madani (A’AM)– AAM, 7 Syawwal 1434H]
No comments:
Post a Comment