Sunday, 12 October 2014

LEMBAH KEHIDUPAN MANUSIA

Manusia  di dunia ini melalui berbagai liku-liku hidup; gembira , sedih, senang,  susah, bebas, terbelenggu, hidup bergantung dengan orang lain, kaya , miskin  dan berbagai lagi. Semuanya perlu dilalui selagi ia hidup kecuali mati. Bila berlaku kematian segalanya  akan terhenti. Manusia akan memulakan  kehidupan baru selepas itu di alam barazakh dan seterusnya alam akhirat. Dikala itu semua amalan manusia semasa hidup didunia akan dinilai, ditimbangkan dan akhirnya diberi pembalasan sesui dengan perbuatanya di dunia.

           Mengikut kata ahli punjagga, hidup manusia melalui tujuh lembah:

1.       Lembah kebenaran

2.       Lembah cinta

3.       Lembah kefahaman

4.       Lembah kemerdekaan

5.       Lembah kesatuan

6.       Lembah keajaiban

7.       Lembah kematian

Lembah kebenaran: Berarti memperkatakan atau bercakap sesuatu yang betul yang menepati dengan maksudnya, berlaku adil , tidak berdolak daleh, tidak memperlekeh, tidak menipu dan tidak memutar belitkan fakta. Lawannya ialah batil iaitu sesuatu yang salah, yang menyeleweng, tiada asas bukti kebenaran,yang diada-adakan dan menyalahi hukum fitrah alam dan manusia dan menyalahi  hukum Allah.

Bercakaplah benar walaupu pahit untuk ditelan kerana kebenaran itu amat sukar untuk diterima oleh sebahagian orang khususnya dikalangan pemimpin.  Kalau kebenaran diperkatakan akan terbongkar segala manupulasi atau ketidak jujuran yang telah dibuat. Pengaruh dan pengikut akan hilang. Bagi mereka yang mempunyai prinsip, kebenaran tetap akan menjadi idola walau apa keadaan sekalipun. Sebab itu pemimpin-pemimpin di Zaman Rasulullah s.a.w ,Zaman Khulafa Ar Rashidin dan dinasti kepimpinan Islam selepasnya sentiasa bercakap benar sehingga Islam berkembang di  Afrika Utara, Asia Barat , Asia Tengah dan Kepulauan Melayu. Amalan menjunjung kebanaran sepatutnya di hayati oleh semua orang termasuk para pemimpin.

Lembah Cinta: Cinta adalah kata kerja yang berkaitan dengan perasaan.” Saya mencitai awak” , “ dia mencintai saya” adalah kata-kata yang selalu di ungkapkan oleh gulongan remaja. Orang yang selalu bercakap mengikut perasaan, atau berfkikir, menjatuhkan hukuman , bertindak dan melakukan sesuatu mengikut perasaan akan menimbulkan akibat buruk. Keadilan tidak akan berlaku sekiranya Hakim menjatuhkan hukuman terhadap seseorang pesalah di mahkamah mengikut perasaan. Begitu  juga pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut, masyarakat akan menjadi porak peranda sekiranya sebarang keputusan di buat menurut perasaan. Keputusan penting perlu dibuat secara rasional bukan menurut perasaan, barulah manusia akan selamat.

Lembah kefahaman: Kefahaman boleh diperolehai melalui ilmu dan fakta yang boleh membezakan antara satu sama lain. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza dan melihat sesuatu menurut paradigm dan persepsi masing-masing. Adalah tidak salah sekiranya sesorang itu memberi pendapat yang berbeza dengan orang lain. Seseorang itu perlu belajar menghormati  pendapat yang berbeza  dengan orang lain. Perkara ini digalakkan oleh  Agama Islam asalkan tidak bertentangan dengan akidah dan ajaran Rasulullah s.a.w. Lembahan kefahaman ini sepatutnya menjadi amalan masyarakat sekarang kerana ianya menimbulkan idea-idea baru dari berbagai segi dan boleh di mafaatkan.

Lembah kemerdekaan: Sesuatu yang hidup inginkan kebebasan  tidak seperti burong dalam sangkar, atau beruk panjat kelapa yang di ikat dengan rantai untuk menjalankan tgugas memanjat.  Bebas berarti  kemerdekaan. Merdeka dari segi fikiran dan bertindak. Dalam Agama Islam kemerdekaan bermaksud melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya. Manusia tidak boleh  bertindak  mengikut perasaan dan hawa nasfu kerana akibatnya buruk. Dengan artikata lain kemerdekaan ialah melakukan sesuatu mengikut adab, peraturan, undang-undang dan fitrah Allah swt.

Lembah kesatuan:  Bila kemerdekaan di nikmati, semua orang perlu bersatu supaya mesyarakat menjadi  kuat dan kukuh . Negara menjadi kuat dan musuh sukar untuk mengalahkan negara yang kukuh dari semua segi, ketenteraan ,ekonomi , pelajaran,agama ,sosial dan  politik.

Lembah keajaiban:   Apabila kita bebas ,merdeka dan bersatu akan wujud keajaiban kepada masyarakat dan Negara. Inilah yang telah berlaku kepada Agama  Islam di zaman kegemilangannya. Bermula dari fahaman agama yang di bawakan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga menjadi satu Empire Pemerintahan dari Sepanyol, Afrika Utara, Sebahagian Eropah, Asia Barat  hingga ke Asia Tengah, sebahagian  Negara-negara Asia Selatan dan Asia Tenggara. Umat Islam masa ini tidak wajar berpecah belah , sebaliknya perlu  bersatu dan  mencontuhi  keajaiban umat Islam sebelum nya.

Lembah kematian: Akhir sekali setiap yang hidup akan mati dan lembah kematian adalah tempat berakhirnya perjuangan seseorang. Setiap orang perlu bersedia untuk mati iaitu melakukan kebaikan sebanyak munkin semasa hiudupnya  untuk menghadapi alam baru iaitu hari pembalasa di Alam Akhirat.

Kesimpulan, semua lembah kehidupan seperti dijelaskan diatas adalah  ketentuan adalah dari Allah swt. Manusia adalah makhluk sebagai pelaku yang mengharungi lembah-lembah tersebut untuk mencapai kebahagian di dunia dan  kebahagian di akhirat.

Catatan:

Artikal ini adalah rumusan dari Forum  bertajuk “Menangani Ujian Dan Cabaran Semasa” oleh Prof Dato’ Sri Dr Zaleha binti Kamarudin . Reaktor UIAM sempena Majlis Anugrah Masjid Malaysia 2014. (Sedikit huraian oleh Pengarang Artikal ini ).


No comments: