Friday, 17 October 2014

KASIH SAYANG DALAM KELUARGA


BERKORBANLAH  UNTUK KASIH SAYANG DALAM KELUARGA.

            Perkataan “ sayang , suka,  cinta, adalah antara perkataan kegembiraan  yang dilahirkan oleh seseorang bernama manusia.  Ianya boleh jadi kata kerja , dan juga boleh jadi kata sifat. Perkataan   “ sayang “ juga boleh  menjadi  hasil kepada perbuatan sayang. Kedua-duanya ada kaitan. Perkataan sayang yang diharapkan itu tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tidak ada perbuatan sayang menyanyangi.
         Seorang pakar motivasi bernama  Dr Covey  selepas memberi  ceramah mengenai  konsep keproaktifan, didatangi oleh seorang lelaki bertanyakan, “ Dr, saya memang  suka  apa yang anda bicarakan. Tetapi situasi itu berbeza. Macam perkahwinan saya. Saya amat risau. Saya dan isteri saya tidak mempunyai perasaan yang sama lagi seperti dulu. Saya ingat saya tidak sayangkan dia lagi dan dia tidak sayangkan saya lagi. Apa yang saya patut buat Dr? “
     “Perasaan kasih sayang tidak wujud lagi?” Tanya Dr itu.

      “Betul “ dia bersetuju. “ dan kami ada tiga orang anak yang kami sentiasa risaukan. Apa   

       cadangan DR? “

       “ Sayangi dia, “ Dr menjawab.

       “ saya dah kata , perasaan sayang tiada lagi “

       “ sayangilah dia “

       “ Dr Tak faham ke ?, perasaan  kasih sayang tiada lagi.”

       “ Jadi sayangilah dia. Jika perasaan  tiada lagi, itu alasan untuk menyangi dia.” Nasihat Dr itu.

        “ Tapi macam mana  nak sayang sedangkan saya tak sayangkan dia lagi ?’ kata lelaki itu.

          “ Kawan, sayang ialah kata kerja sahaja. Kasih sayang-perasaan itu ialah hasil kata kerja sayang. Jadi sayangilah dia. Berkhidmat untuk dia. Bekorban untuk dia. Dengarlah apa yang dia kata. Berempati dengan dia. Hargailah dia. Sahkan dia. Andakah anda rela berbuat demikian ?’  Ujar Dr itu.
          Orang yang proaktif menjadikan sayang itu kata kerja. Sayang ialah sesuatu yang anda lakukan: pengorbanan yang anda buat, pemberian diri sendiri, seperti ibu melahirkan anak. Jika anda ingin menkaji sayang, kajilah orang berkorban untuk orang lain, termasuk untuk mereka yang melukakan hati atau mereka yang tidak sayang akan orang lain.  Jika anda seorang ibu atau bapa, ingatlah rasa sayang anda kepada anak yang  anda telah banyak buat pengorbanan untuk kebaikan mereka. Sayang ialah nilai yang di wujudkan melalui  tindakan menyayangi.

Kasih saya ibubapa tidak mengenal usia

 

           Perasaan kasih sayang bukan sahaja ada pada manusia tetapi juga ada pada binatang, contohnya kalau kucing baru melahirkan anak , digongong anaknya , dibawa kesana dan kemari dan diletakkan di tempat yang selamat semata-mata sayang kepada anaknya. Perasaan kasih saya ada kalanya tidak ada pada sebahagian kecil manusia sehingga ada yang meninggalkan anaknya di pangkal pokok pisang, disangkut di pagar-pagar masjid dan dibuang ke dalam longkang walaupun anak itu sempurna sifatnya.
 
Haiwan pun tak kurang sayang kepada anaknya
 
         Dalam Islam, semua penganutnya dianggap sebagai satu keluarga sebab itu ada satu hadis mauquf bermaksud :“ Tidak beriman seseorang itu sehingga ia menyangi saudaranya  seperti dia menyangi diri dia sendiri”. Riwayat Bukhari dan Muslim. Bermakna perasaan kasih sayang ada kaitan dengan keimanan dan aqidah seseorang muslim, oleh sebab itu seseorang Islam perlu membantu orang Islam lain apabila di timpa kamalangan.

No comments: