Tuesday, 14 October 2014

MENGHORMATI PERBEZAAN PENDAPAT


BELAJARLAH MENGHORMATI PERBEZAAN PENDAPAT PENDAPAT

                         Bermula satu kesah dalam sebuah kelas , seorang guru masuk mengajar . Sebelum mengajar guru itu menunjukkan sekeping gambar dan di tampalkan  di papan putih hadapan kelas. Gambar itu seoran g perempuan  bahagian kepala dan memandang  ke kiri kelas. Guru itu bertanyakam  kepada semua pelajar dalam kelas.” Pelajar-pelajar semua, gambar siapa ini?”  tanya guru.  Seorang pelajar menjawab” seorang wanita muda berumur 21 tahun  cikgu?” . Seoang pelajar lain bingkas bangun “ bukan !, itu seorang perempuan tua berusia 70 tahun”.   Guru itu  bertanya lagi kepada kelas “ Yang mana satu betul?, wanita tua atau wanita muda ?” . Pelajar-pelajar itu bertengkar, tiada keputusan di buat mengenai gambar itu.
                Akhirnya guru itu membuat undian.  Keputusanya separuh pelajar dalam kelas mengatakan gambar itu seorang wanita muda, manakala separuh pelajar dalam kelas itu mengatakan gambar itu seorang wanita tua.
                Tiba-tiba seorang pelajar muncul dan memberi pendapat yang berbeza diantara dua kumpulan  pelajar tadi.  Katanya “ pendapat awak semua semuanya betul” jelasnya. “ Bila kita lihat dari satu sudut kelihatan gambar itu seorang wanita muda, memang betul”.  “Cuba kita lihat dari sudut lain” katanya. “ kita akan nampak gambar itu seorang wanita berumur 70 tahun” Semua ini bergantung kepada sudut mana kita lihat’ jelasnya lagi. Akhirnya guru kelas bersetuju dengan pendangan  pelajar ketiga  tadi.
 
Wajah siapa yang and lihat dala gambar diatas?
 

 
Apa pula pendapat anda tentang gambar ini?
  
               Perbezaan pendapat adalah prinsip asas kebebasan antara individu. Masing-masing berfikir menurut paradigm dan persepsi masing-masing berasaskan kepada pelaziman , ilmu pengetahuan, pendidikan, kemahiran, tabiat,  persikataran, adat resam dan budaya.
              Ada setengah orang akan menegur dengan perasaan marah apabilanya melihat sesuatu projek yang dibuat oleh orang lain yang difikirkannya tidak betul. Sehingga orang yang ditegur itu hampir putus asa. Sebenarnya apa yang ditegur itu bukan sesuatu kesalahan yang besar sebab ada pakar lain menyokong projek yang telah dilaksanakan itu, tidak bahaya dan tidak merosakkan.
            Jika dalam sesuatu keadaan,  kita jangan lekas beremosi apabila berhadapan dengan lawan kita yang bercakap berlainan dengan pendapat kita. Kita perlu beri perhatian dulu secara simpati dan empati.  Belajarlah menghormati  perbezaan pendapat dengan orang lain , semoga  cara itu kita akan nampak ada sesuatu mutiara yang baik dari perbezaan pendapat itu. Kita jangan terus memberi penilaian dari sudut pandangan kita.   
          Sebelum diberi nasihat atau pendapat terhadap seseorang, kita perlu melihat seseorang dari berbagai sudut dan paradigm supaya kita tidak tersalah tafsiran dalam memberi nasihat. Itu sebabnaya  sesorang ahli qaryah hampir dipukul sekumpulan pelajar-pelajar yang ponteng kelas atas sebab  ahli qaryah itu memarahi pelajar-pelajar berkenaan yang menukar uniform sekolah  supaya jangan bermain dalam dewan masyarakat dalam qaryah dan meminta mereka pergi ke kelas.
           Dalam Islam perbezaan pendapat adalah dibenarkan dalam perkara furuk (cabang) seperti hukum hakam yang sunat dan harus bukan perkara pokok seperti akidah. Sebab itu timbulnya Mazhab yang empat iaitu Mazhab Shafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi. Perbezaan pendapat dalam mazhab-mazhab ini  adalah dari segi furuk yang berkaitan dengan hukum fiqh.
          Dalam Islam juga ada kaedah tertentu untuk menegor sesorang yang malakukan kesalahan hasil pendapat atau fikiran yang berbeza iaitu maksud ayat AlQuran “ dan hendaklah menolak kejahatan itu dengan kebaikan “  ayat 22 surah Ar Ra’du dan ayat 54 surah Al Qisas. Maksudnya cara memberi nasihat itu hendaklah dalan keadaan yang ceria dan meyakinkan pihak lawan. Jangan dalam keadaan yang kasar dan marah sehingga pihak lawan memberi respon yang sama dimana pergaduhan akan berlaku. Perkara inilah yang perlu dielakkan.
          Kesimpulannya perbazaan pendapat itu haruslah di hormati dan digalakkan oleh semua orang yang waras .
              

No comments: