Buku ini
sedang dalam proses ulang cetak dan dijangka akan 'meletup' di pasaran
bila edisi terkininya keluar nanti. Buku ini dikeluarkan dalam versi
penghayatan perjuangan. Ianya tidak ditulis oleh ahli akademik tetapi
ditulis oleh seorang yang sudah berpengalaman mengharungi onak duri
perjuangan - menelusuri perjuangan Baginda Nabi SAW.
Para pembaca
blog sekelian boleh mendapatkan buku yang sangat berkualiti ini dari Tn
Ustaz Haji Nasaruddin (Pin BlackBerry: 2B1396DO). Pak Lang katakan buku
ini sangat berkualiti kerana padanya ada penghayatan rasa yang dapat
kita resapi bila membacanya.
Memang benar!!
Pak Lang dan sesiapa sahaja yang membacanya akan merasakannya. Ianya
benar-benar meruntun perasaan kita. Penceritaannya menjadikan kita
terasa berada bersama di dalam situasi yang dialami Baginda SAW bersama
para sahabat. Kita dibawa meneroka pengalaman yang sama dan dihadirkan
untuk merasai kesedihan, kepiluan, kerinduan dan kegetiran yang mereka
tempuh.
Pak Lang
membacanya di dalam tarhill di Jeddah dalam lenangan air mata. Begitu
juga Tuan Mokhtar Tajuddin. Peliknya buku sejarah yang satu ini. Itulah
pengalaman Pak Lang. Tetapi bila Pak Lang tanya pada Tn Ustaz Haji
Nasaruddin, dia berkata, "Sebenarnya itulah yang berlaku di dalam diri
ana sepanjang ana menyiapkan buku tersebut. Ana sendiri sentiasa
menangis ketika menulisnya!! Ana tidak dapat menahan diri dari merasa
dekat dengan Baginda Rasulullah saw dan para sahabat sepanjang menulis
kisah mereka di dalam buku ini. Justeru ana sesuaikan tulisan dan
huraiannya dengan perjuangan Islam di akhir zaman."
Banyak
pengajaran yang boleh diambil. Apa yang penting, membaca kisah ini
diharapkan akan dapat membina rasa cinta dan rindukan Baginda SAW dan
juga Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A dan para khulafa'urrasyidin serta
para sahabat yang turut dirakam sejarah pengorbanan mereka (Allah
meredhai mereka semuanya). Bacalah!!!
Hijrah ke Madinah
Maka Rasulullah Saw memerintahkan para Sahabat berhijra ke Madinah. Jadi hijrah ke Madinah ini adalah perintah dari Rasulullah Saw, bukan lagi seperti hijrah ke Habsyah dImana Rasulullah Saw anjurkan dan izinkan kepada siapa yang tidak tahan berada di Mekah untuk berhijrah ke sana.

Maka pada kali
ini perintah wajib kepada semua orang Islam di Mekah untuk berhijrah ke
Madinah. Orang pertama hijrah ke Madinah ialah Abu Salamah dan isterinya
Umu Salamah. Ketika itu mereka mebawa anak kecil mereka bernama
Salamah. Bila Kafir Quraisy nampak, Kafir Quraisy Bani Makhzum tahan Umu
Salamah. Bani Abdul Asad mengambil Salamah dan Abu Salamah terus ke
Madinah meninggalkan isteri dan anaknya di Mekah.
Begitulah ujian
yang ditanggung oelh keluarga Abu Salamah kerana Hijrah ini. Setahun
selepas itu baru Umu Salamah dapat lepas ke Madinah dengan anak kecilnya
Salamah. Selepas hijrah Abu Salamah ramai lagi para sahabat yang hijrah
ke Madinah dalam senyap senyap. Bila Saidina Umar hendak berhijrah, dia
siapkan kenderaannya, bekalannya dan pakainannya dan disiapkan juga
senjatanya.
Kemudian dengan
segala kelengkapan itu dia pergi ke Ka’bah. Kafir Quraisy dari jauh
memerhatikan Saidina Umar. Setelah tawaf di Kaabah, Saidina Umar
mengumumkan di situ, "Siapa yang mahu ibunya kehilangan anaknya ,
isterinya menjadi janda dan anak-anaknya menjadi yatim tunggulah aku di
belakang bukit ini, aku akan berhijrah ke Madinah." Tidak ada seorang
pun yang berani menghalangnya. Dialah satu satunya sahabat Rasulullah
Saw yang berhijrah ke Madinah secara terbuka.
Hijrah terus berlaku, satu demi satu Sahabat Rasulullah Saw meninggalkan Mekah kecuali mereka yang ditahan oleh kaum masing-masing. Ketika itu datang Saidina Abu Bakar minta izin dari Rasulullah Saw untuk berhijrah. Kata Rasulullah Saw, "Wahai Abu Bakar, tangguhkan dulu hijrah kamu semoga Allah datangkan teman bersama kamu dalam hijrah." Saidina Abu Bakar taat dengan Rasulullah Saw.

Sejak itulah
hatinya berdoa dan berharap teman itulah dia Rasulullah Saw sendiri.
Begitu tajam rasa hati Saidina Abu Bakar ini terhadap Rasulullah Saw.
Walaupun dia belum pasti tapi sejak hari itu juga dia persiapkan dua
ekor unta sebagai kenderaan yang lengkap dengan keperluan safar untuk
Rasulullah Saw. Moga moga temannya itu adalah Rasulullah Saw sendiri.
Selepas itu makin ramai Sahabat yang berhijrah, Saidina Abu Bakar datang lagi minta izin dari Rasulullah Saw. Jawapan Rasululah sama seperti yang pertama dulu, "Tunggu dulu wahai Abu Bakar semoga Allah jadikan teman dalam hijrah kamu." Lepas itu Saidina Abu Bakar datang lagi minta zizin kali ketiga untuk hijrah. Begitulah jawapan Rasulullah Saw tidak berubah.

Pada waktu itu
semua Sahabat Rasulullah Saw sudah meninggalkan Mekah. Yang tinggal
hanya Saidina Abu Bakar dengan Rasulullah Saw dan keluarga mereka.
Setelah Rasulullah Saw memastikan semua Sahabat sudah berjaya hijrah ke
Madinah datanglah perintah Allah kepada Baginda pula untuk berhijrah.
Imam Bukhari meriwayatkan sabda Rasulullah Saw:
رأيت في المنام أني أهاجر من مكة إلى أرض بها نخل فذهب وهلى إلى أنها اليمامة أو هجر فإذا هي المدينة يثرب
Aku telah melihat dalam tidurku bahawa aku berhijrah dari Mekah ke satu tanah yang banyak pokok tamar. Pada mulanya aku sangka Yamamah atau Hajar rupanya dia Madinah, iaitu Yathrib.
Perancangan Kafir Quraisy untuk membunuh Rasulullah Saw
Firman Allah;
وإذ يمكر بك الذين كفروا ليثبتوك أو يقتلوك أو يخرجوك ويمكرون ويمكر الله

, والله خير الماكرين
الأنفال 30
الأنفال 30
Ketika mana Allah
izinkan Rasulullah Saw berhijrah ke Madinah, orang Kafir Quraisy pula
pada ketika itu merasakan bahaya besar yang akan menimpa mereka bila
mana orang orang Islam sudah berkumpul di Madinah dan membina kekuatan
di sana. Mereka kena berbuat sesuatu sebelum terlambat. Abu Jahal
memanggil pembesar-pembesar Kafir Quraisy ke sidang tergempar di Darul
Nadwah. Tapi Abu Jahal pesan pada semua, jangan panggil sorang pun dari
Bani Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hasyim begitu juga orang
orang yang ada hubungan rapat dengan mereka dan dengan orang-orang
Madinah.
Ketika mereka berkumpul itu, datang seorang tua yang berpakaian seperti pakaian orang Najd. Kata Rasulullah Saw, orang tua itu adalah iblis yang turut hadir dalam rupa manusia untuk membantu Kafir Quraisy menyelesaikan masalah mereka kali ini. Dalam perbincangan itu, kata Abul Buhturi, kita penjarakan Muhammad. Kata Abu Jahal dan orang tua itu, "Kalau kita penjara Muhammad, sahabat-sahabatnya akan terus berkumpul di Madinah. Lambat laun mereka akan datang juga membebaskan Muhammad dan memerangi kita."

Kata satu
pandangan lagi, "Kita buang negeri ke tempat yang di luar Tanah Arab
ini." Kata mereka, "Itupun tidak boleh, nanti Muhammad boleh datang ke
Madinah." Masing masing buntu untuk mencari jalan penyelesaian
sehinggalah Abu Jahal memberikan cadangannya. Kata Abu Jahal, "Kita
bunuh Muhammad. Kita pilih dari setiap kabilah seorang pemuda yang gagah
dan mereka nanti membunuh Muhammad secara beramai ramai. Kalau Bani
Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hastim ingin menuntut bela,
mereka tidak akan mampu menghadapi kita semua." Kata lelaki tua tadi,
"Benar, inilah pandangan yang paling tepat."
Begitulah Abu
Jahal, dia ada idea yang syaitan pun tidak ada. Lebih jahat dari
syaitan. Jadi Kafir Quraisy sudah sepakat tentang perkara ini. Dalam
masa yang sama Rasulullah Saw sudah bersiap siap untuk berhijrah ke
Madinah. Oleh kerana di rumah Rasulullah banyak harta dan barang-barang
berharga yang disimpan oleh orang ramai kepada Rasulullah Saw.
Kalau mereka
hendak musafir, barang-barang berharga ini mereka simpan di rumah
Rasulullah Saw. Begitulah akhlak Rasulullah Saw, musuh pun menaruh
kepercayaan kepadanya. Jadi Rasulullah Saw taklimatkan kepada Saidina
Ali semua barang barang itu untuk dikembalikan kepada tuannya dan
Rasulullah meminta Saidina Ali supaya tidur di tempat Baginda pada mlam
itu.
Pada malam itu
semua pemuda yang dipilih tadi telah siap mengepung rumah Rasulullah
Saw. Waktu itu Rasulullah Saw masih berada di dalam rumah. Mereka tunggu
di luar. Mereka tidak berani merempuh kerana di dalam rumah Rasulullah
Saw juga ada kaum wanita. Bagi mereka aib besar merempuh masuk ke dalam
rumah yang ada wanita..
Setelah
Rasulullah Saw meninggalkan Saidina Ali ditempat tidurnya, Rasulullah
Saw keluar dari pintu rumahnya berjalan di tepi-tepi pemuda-pemuda itu
semua tapi mereka tidak dapat melihat Rasulullah Saw. Rasulullah Saw
keluar sambil membaca surah Yasin, bila sampai pada ayat :
وجعلنا من بيت أيديهم سدا ومن خلفهم سدا فأغشيناهم فهم لا يبصرون
يس 9 Rasulullah Saw mengambil segenggam pasir dan ditaburkan ke atas kepala kepala mereka semua. Rasulullah Saw berjalan menuju ke rumah Saidina Abu Bakar yang belum tahu lagi tentang hijrah pada malam itu.
Rasululah dan Saidina Abu Bakar
Begitulah Rasulullah Saw menjaga rahsia hijrah ini. Saidatina Aisyah Ummahatul Mukminin menceritakan peristiwa itu. "Rasulullah Saw datang mengetuk rumah kami diwaktu yang Rasululah tidak pernah datang sebelum ini. Rasulullah Saw masuk ke dalam rumah. Ketika itu, d irumah Saidina Abu Bakar ada dua orang anak perempuannya, Sayyidah Aisyah dan Sayyidah Asmak.

Kata Rasulullah
Saw kepada Saidina Abu Bakar, "Wahai Abu Bakar keluarkan orang-orang
yang ada bersama kamu." Begitulah Rasulullah Saw menjaga rahsia. Kata
Saidina Abu Bakar, "Tidak ada orang lain melainkan dua orang puteriku
Aisyah dan Asmak." Kata Rasululah, "Wahai Abu Bakar, Allah telah
mengizinkan untuk aku berhijrah." Saidina Abu Bakar bertanya, "Apakah
aku akan menemani Rasulullah Saw?" "Benar!," Kata Rasulullah Saw .
Ketika itu
Saidina Abu Bakar menangis terharu kerana gembira dapat menemani
Rasulullah Saw berhijrah. Kata Sayyidah Aisyah, "Itulah kali pertama aku
melihat orang menangis kerana gembira. Selama ini aku hanya melihat
orang menangis kerana sedih." Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar
keluar dari pintu belakang, dimana Saidina Abu Bakar sudah lama
menyiapkan 2 ekor unta yang serba lengkap dengan peralatan serta
keperluan safar.
Rasulullah Saw membawa Saidina Abu Bakar berjalan ke arah selatan sedangkan Madinah berada di sebelah utara. Begitulah Rasulullah Saw mahu mendidik umat bahawa usaha lahir juga mesti ditempuh dalam setiap usaha kita. Ertinya bukan hanya bertawakal kepada Allah tanpa berusaha. Saidina Abu Bakar yang sudah lama bersedia juga siap dengan strateginya bagaimana kalau dia berhijrah dengan Rasulullah Saw.

Semuanya
dilakukan untuk menjamin keselamatan Rasulullah Saw. Saidina Abu Bakar
memerintahkan khadamnya membawa kambing-kambing ternakannya berjalan di
belakang Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar untuk menghilangkan
kesan-kesan tapak kaki mereka.
Bila mereka
sampai di gua Thur di selatan Mekah. Saidina Abu Bakar memerintahkan
khadamnya Amru bin Fuhair untuk menjaga unta mereka dan membawanya
semula ke Gua Thur bila diberitahu nanti. Saidina Abu Bakar juga meminta
Amru memberitahu tempat mereka kepada Abdullah dan Asmak dua orang
anaknya.
Bila Saidina Abu Bakar nampak Rasulullah hendak masuk ke dalam gua, cepet-cepat dia minta izin untuk masuk dulu sebelum Rasulullah Saw masuk. Dia hendak pastikan tidak ada sesuatu yang membahayakan Rasulullah Saw di dalamnya. Bahkan Saidina Abu Bakar memasukkan kainnya ke dalam setiap lubang untuk memastikan tidak ada binatang berbisa di situ yang boleh menyakiti Rasulullah Saw. Kalau ada biar Saidina Abu Bakar yang kena dulu. Setelah diperiksa semuanya barulah Rasulullah Saw masuk.
Pagi besoknya, pemuda-pemuda yang mengepung rumah Rasululah mula merasa pelik. Biasanya Rasulullah Saw keluar bersembahyang di Ka’bah tapi kenapa sampai saat ini Rasulullah Saw tidak keluar-keluar lagi. Lepas itu baru mereka sedar ada pasir di atas kepala mereka . Bila mereka mengintip ke dalam, mereka lihat Rasulullah Saw masih tidur. Begitulah kecintaan Saidina Ali kepada Rasulullah Saw, sanggup mengorbankan dirinya untuk dibunuh menggantikan Rasulullah Saw.

Akhirnya mereka
tidak sabar lagi, lalu mereka menyerbu masuk. Mereka terkejut mendapati
orang yang di dalam selimut itu ialah Saidina Ali bukan Rasulullah Saw.
Di mana Muhammad? Mereka memeriksa satu rumah tidak jumpa juga. Maka
ketika itu juga tersebar di Mekah bahawa Rasulullah Saw telah berhijrah
ke Madinah. Mereka cuba cari Rasulullah Saw dimerata tempat tapi tidak
berjumpa.
Akhirnya
pembear-pembesar kafir Quraisy membuat tawaran kepada sesiapa yang dapat
menangkap Rasulullah Saw akan mendapat ganjaran 100 ekor unta betina.
Ianya satu tawaran yang sangat besar pada waktu itu. Jadi sibuklah
semua orang mencari Rasulullah Saw kerana tamak dengan hadiah yang besar
itu. Setelah semua tempat yang disyaki tidak ada, akhirnya mereka
menuju ke Gua Thur. Mungkin Rasulullah Saw bersembunyi disitu.
Akhirnya mereka
sampai di pintu Gua Thur. Imam Bukhari menceritakan dalam kitab
Sahihnya, orang-orang Kafir Quraisy ini bila mereka sampai ke depan
pintu gua tidak ada seorang pun yang menjengok ke dalam. Kalau ada
seorang yang menjengok ke dalam, pastilah dia akan nampak terus
Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar. Kata Saidina Abu Bakar kepada
Rasulullah Saw, "Wahai Rasulullah Saw, kalau salah seorang dari mereka
melihat ke bawah nescaya mereka nampak kita." Tapi Maha Besar Tuhan,
mereka semua sibuk berbual sampai tak teringat nak menjengok ke bawah.
Memang benar, Allahlah yang memelihara dan menjaga.
Sejarah menceritakan juga ada labah-labah yang datang membuat jaringnya di pintu gua dan ada burung merpati yang datang membuat sarang di situ. Dengan itu orang-orang kafir tidak terfikir ada orang baru masuk ke dalam gua. Allah Tuhan Sekalian Alam, raja segala raja yang Maha gagah perkasa boleh saja mengerahkan selemah-lemah tenteranya untuk membantu Rasulnya dan orang orang yang berjuang di jalannya. Rasulullah Saw dengan penuh yakin ketika itu menenangkan Sidina Abu Bakar. "Wahai Abu Bakar, jangan kamu sangka kita berdua saja tapi sebenarnya Allah ada bersama dengan kita."
يا أبا بكر ما ظنك باثنين, الله ثالثها
إذ يقول لصاحبه وهما في الغار لا تحزن إن الله معنا ( التوبة 40) "Wahai Abu Bakar, jangan sangka kita hanya berdua, bahkan kita bertiga bersama Allah"....Itulah yang Allah nyatakan di dalam Al-Quran yang bererti, "Ketika mana Rasulullah Saw berkata kepada Sahabatnya, ketika mereka berdua di dalam gua, jangan kamu risau, sesungguhnya Allah ada bersama kita".
Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan kedudukan Saidina Abu Bakar ini. Allah yang menceritakan perkara ini dalam Al Quran. Para Ulamak sepakat bahawa orang yang bersama dengan Rasulullah Saw di dalam gua ialah Saidina Abu Bakar. Allah menamakannya sahabat dan pendamping kepada Rasulullah Saw dan Allah nyatakan bahawa Allah bersama Rasululah dan Saidina Abu Bakar.
Sayyidah Asmak Binti Abu Bakar menghadapi Abu Jahal
Akhirnya orang orang Kafir pulang begitu saja ke Mekah. Kemudian baru Kafir Quraisy sedar bahawa Saidina Abu Bakar juga hilang. Baru mereka tahu Rasulullah Saw bersama Saaidina Abu Bakar. Mereka pergi mencari di rumah Saidina Abu Bakar pula. Abu Jahal yang pergi, Asmak keluar membuka pintu. Abu Jahal bertanya pada Asmak, "Mana ayah kamu?" Kata Asmak, "Aku tidak tahu." Lalu Abu Jahal menampar Asmak sampai terjatuh Asmak.

Ketika itu baru
Abu Jahal merasa malu, dia menampar seorang perempuan yang lemah. Jadi
cepat cepat dia beredar dari situ, tidak jadi hendak bertanya
panjang-lebar lagi.
Selepas itu Abu Quhafah, ayahanda Saidina Abu Bakar pula datang. Ketika itu dia dah tua dan matanya telah buta. Abu Quhafah juga tanya tentang Saidina Abu Bakar. Asmak kata, "Aku tidak tahu." Abu Quhafah tanya Asmak, "Apa yang Saidina Abu Bakar tinggalkan kepada kamu?" Saidina Abu Bakar memang tak ada tinggal apa apa wang. Semuanya dibawa untuk menampung perjalanannya dan perbelanjaan dia dan Rasulullah Saw di Madinah nanti.

Saidina Abdullah
bin Zubair menceritakan jumlah wang yang Saidina Abu Bakar bawa ialah 5
atau 6 ribu dirham. Semuanya diserahkan kepada Rasulullah Saw. Asmak ini
anak yang sudah terdidik dengan perjuangan, dia sangat faham apa yang
sedang dilalui oleh ayahnya dan Rasulullah Saw. Diambilnya karung wang
yang biasa disimpan wang disitu dipenuhkannya dengan batu dan dibawanya
kepada datuknya. "Wahai datuk, inilah yang ayah tinggalkan."
Abu Quhafah yang
merasakan karung wang Saidina Abu Bakar itu penuh berisi wang. Lalu dia
merasa lega dan hilang kerisauannya tentang nasib anak-anak dan keluarga
Saidina Abu Bakar yang ditinggalkan di Mekah. Begitulah Siti Asmak ini,
puteri Saidina Abu Bakar yang telah menghayati roh perjuangan
Rasululah. Hatinya tidak risau lagi tentang hal dunia, dia yakin dengan
bantuan Allah.
Selama tiga hari tiga malam Kafir Quraisy buat operasi besar-besaran mencari Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar. Saidina Abdullah putera Saidina Abu Bakar, waktu siang hari dia bersama Qurasiy di Mekah, dia mendengar semua berita dan perancangan Qurasiy dan pada waktu malamnya dia datang membawa berita kepada Rasulullah Saw.

Sayyidah Asmak
pula datang membawa makanan untuk Rasulullah Saw. Untuk membawa karung
makanan ini Sayyidah Asmak perlu tali untuk mengikat makanan. Oleh
kerana tak ada tali, Sayyidah Asmak mengoyak pakaiannya untuk mengikat
makanan Rasulullah. Begitulah kemuliaan Saidina Abu Bakar dan
keluarganya dalam membela perjuangan Rasulullah Saw. (Sebab itu Saiyidah Asmak digelar Za-Niqatain - Orang yang punyai dua ikatan tali).
Amru bin Fuhair pula datang membawa kambing untuk digembalakan disitu dengan tujuan untuk menutup tapak kaki Saidina Abdullah dan Sayyidah Asmak. Disamping itu dia juga membekalkan susu untuk minuman Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar. Begitu Saidina Abu Bakar ini menyusun strategi untuk hijrah ini. Usaha usaha lahir yang dibuat juga sampai tahap maksimum. Begitulah sifat kehambaan yang ada pada para Sahabat Rasulullah Saw.

Usaha lahir itu
adalah kewajipan seorang hamba walaupun dia tidak memberi bekas tapi dia
wajib diusahakan sehingga peringkat yang paling maksimum. Inilah yang
ditunjukkan kepada kita oleh Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar dalam
peristiwa Hijrah ini. Saidina Abu Bakar mempunyai pembantu yang tugasnya
mengambil berita tentang Kafir Quraisy. Ada pembantu yang menyiapkan
makanan dan minuman dan ada pula yang bertugas menghapuskan kesan-kesan
perjalanan mereka. Semuanya lengkap dan tersusun.
Mari kita lihat bagaimana Rasulullah Saw meminta Saidina Abu Bakar menunggu Baginda untuk menemani Baginda. Bahkan bagaimana Saidina Abu Bakar mempersiapkan segala keperluan safar? BagaImana Saidina Abu Bakar memastikan keselamatan Rasulullah Saw di gua? Bagai mana Saidina Abu Bakar membawa semua wangnya untuk kegunaan Rasulullah Saw? Bagaimana Saidina Abu Bakar menggunakan keluarganya dan khadamnya demi menjayakan hijrah ini? Saidina Abu Bakar memberi contoh kepada kita bagaImana yang Rasulullah Saw sebut, "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dikasihinya lebih dari anak-anak, ibu-ayahnya dan semua manusia lainnya.
Suraqah bin Malik mengejar Rasulullah Saw
Lepas 3 hari, kecoh sudah agak reda. Kata Kafir Quraisy, "kalau mereka lari, mereka dah lepas dan tak sempat lagi kita nak kejar." Dengan itu Saidina Abu Bakar minta Amru bin Fuhair hantar semula unta-unta yang dia simpan sebelum ini. Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar keluar dari Gua Thur menuju ke Mekah. Saidina Abu Bakar ini kerana hatinya yang cemas dengan keselamatan Rasulullah Saw, sekejap dia berjalan di depan Rasulullah Saw dan sekejap di belakang Rasullah, sekejap di kiri dan sekejap di kanan.

Sementara itu
Rasulullah Saw terus khusyuk dalam membaca Al Quran. Akhirnya Rasululah
Tanya Saidina Abu Bakar, wahai Abu Bakar kenapa kamu sampai begini? Kata
Saidina Abu Bakar, kadang-kadang aku takut mereka datang dari depan,
jadi aku ke depan, kadang-kadang aku terasa mereka datang dari belakang
jadi aku ke belakang, Begitu juga kadang-kadang aku rasa dari kanan
akupun ke kanan dan kadang-kadang aku rasa dari kiri jadi aku pun ke
kiri pula. Kata Rasulullah Saw, wahai Abu Bakar, sesungguhnya Allah
bersama kita. Ketika itu baru Saidina Abu Bakar tenang.
Sampai satu ketika Saidina Abu Bakar dapat merasa ada orang berkuda mengejar mereka dari belakang, makin lama makin dekat, Saidina Abu Bakar makin cemas. Rupanya Suraqah bin Malik nampak mereka di awal perjalanan tadi dan dia mahu mendapat hadiah dari Kafir Quraisy. Saidina Abu Bakar beritahu kepada Rasulullah Saw tapi Rasulullah Saw tidak menoleh pun.

Rasulullah terus
khusyuk membaca Al Quran. Akhirnya orang itu makin dekat dan sampai
jarak yang boleh dia memanah mereka. Saidina Abu Bakar makin cemas, dia
beritahu Rasulullah Saw lagi, wahai Rasulullah Saw dia sudah dekat,
kalau dia panah kita dah sampai pada kita. Ketika itu Rasululah berdoa.
اللهم اكفنا ه بما شئت
"Ya Allah selamatkan kami daripadanya dengan cara yang kamu mahu."
Tanpa menoleh kebelakang, Rasulullah Saw terus khusyuk membaca Quran. Belum sempat habis doa Rasulullah Saw, kaki kuda Suraqah terbenam ke tanah dan Suraqah jatuh dari kudanya. Itulah kali pertama Suraqah jatuh dari kudanya sedangkan dia adalah seorang penunggang kuda yang pakar, tak pernah jatuh.

Setelah itu
Suraqah kejar lagi Rasulullah Saw, bila sampai dekat dan dia nak panah,
kaki kudanya terbenam sekali lagi dan Suraqah jatuh lagi. Suraqah pelik
kepada dirinya sendiri kenapa dia jatuh lagi, tapi dia belum sedar lagi
itu teguran Tuhan kepadanya. Dia bangun dan kejar lagi Rasulullah Saw,
sehingga dia jatuh lagi kali ketiga.
Ketika itu,
barulah dia sedar bahawa dia tidak akan berjaya mengejar Rasulullah Saw
kerana dia rasa Rasulullah Saw dipelihara. Ketika itu datang rasa takut
pula dalam dirinya. Akhirnya dia yang menjerit minta keamanan dari
Rasulullah Saw.
الأمان الأمان يا محمد
"Minta keamanan, minta keamanan wahai Muhammad"
Ketika itu baru Rasulullah berpaling ke belakang. Rasulullah tanya dia, "Siapa kamu?" "Aku Suraqah bin Malik." Kemudian Rasulullah Saw tanya dia, "Wahai Suraqah, bagaimana kamu kalau jatuh ke tangan kamu gelang Kisra." Tercengang-cengang Suraqah lantas dia bertanya, "Apakah Kisra Anu Syarwan Raja Farsi itu atau ada kisra lain yang kamu maksudkan?" Kata Rasulullah Saw, "Benar, Kisra Anu Syarwan."

Rasulullah Saw
ulang lagi soalan tadi kepadanya. "BagaImana kalau jatuh ke tangan kamu
dua gelang Kisra Anu Syarwan? Makin hairan Suraqah! BagaImana
Rasulullah Saw waktu itu sedang diburu, kepalanya ditawarkan oleh Kafir
Quraisy dengan 100 ekor unta, tetapi dengan penuh yakin memberi amaran
kepada Suraqah bahawa Islam akan mengalahkan Farsi.
Farsi adalah
kerajaan yang paling besar ketika itu, kuasa besar dunia. Apa yang
dikhabarkan Nabi itu bukan dalam masa yang lama lagi tapi dalam masa
Suraqah masih hidup. Kata Suraqah, "Aku mohon surat dari kamu bahawa aku
diberi keamanan oleh kamu dan orang orang Islam. Dengan itu aku
berjanji aku tidak akan membocorkan perjalanan kamu ini kepada Kafir
Quraisy." Rasulullah Saw minta Saidina Abu Bakar menuliskan surat itu
kepada Suraqah.
Kita lihat lagi bagaimana mukjizat Rasulullah Saw. Bagaimana pembelaan Allah kepada Baginda tapi setelahmana Rasulullah Saw menempuh usaha lahir yang paling maksimum. Setelah habis usaha lahir ketika itulah datang bantuan Allah. Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar mahu mendidik kita bagaimana mahu mendapat bantuan Allah. Bukan hanya sekadar berserah dan berdoa tanpa usaha tapi berusaha semaksimum mungkin selepas itu baru serah kepada Allah.
Sewaktu Taif ditawan, antara tawanan itu ialah Suraqah, ketika itu dia keluarkan surat keamanan yang ditulis oleh Rasulullah Saw kepadanya. Dengan itu Rasulullah Saw membebaskan dia. Lepas itu dia masuk Islam. Di zaman Saidina Umar, ketika Farsi jatuh ke tangan Umat Islam. tentera Islam mengirim harta ghanimah kepada Khalifah Saidina Umar. Diantara ghanimah itu gelang tangan Kisra. Semasa ghanimah itu sampai, Suraqah ada dalam majlis Khalifah. Ketika itu Saidina Umar kumpulkan orang ramai dan dipakaikan kedua gelang tangan Kisra itu ke tangan Suraqah. Saidina Umar meminta Suraqah ceritakan kepada semua orang, apa yang Rasulullah Saw sebut padanya ketika peristiwa hijrah Rasulullah Saw dari Mekah ke Madinah.
Rasulullah Saw singgah ditempat Umu Ma’bad
Jadi selepas itu Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar meneruskan perjalanan dengan tenang tapi melalui satu jalan yang bukan jalan yang biasa dilalui oleh kafilah-kafilah yang ke Madinah. Dalam perjalanan itu Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar singgah ditempat Ummu Ma’bad. Beliau ialah seorang perempuan badawi yang berpindah-randah di padang pasir.

Saidina Abu Bakar
bertanya pada Ummu Ma’bad, "Apakah kamu ada susu?" Ketika itu, bekalan
sudah habis. Ini adalah kerana mereka tidak melalui jalan biasa, jadi
tidak ada tempat dalam perjalanan untuk mendapatkan bekalan makanan.
Kata Ummu Ma;bad, "Kalau ada padaku tidaklah payah kamu bertanya, aku
akan berikan kerana ini kewajipan terhadap tetamu." Ummu Ma’bad ini ada
kambing tapi kambing yang sudah tua dan tidak ada susu lagi.
Rasulullah Saw
minta izinnya untuk memerah susu kambing itu. Memang kambing itu sudah
tidak ada susu tapi apabila Rasulullah Saw minta, Ummu Ma’bad tidak
menghalang. Bila Rasulullah Saw perah, kambing itu pun dengan tiba-tiba
mempunyai susu. Hasil susu kambing-kambing ini sampai penuh semua bekas
yang ada pada Ummu Ma’bad. Rasulullah Saw minum, Saidina Abu Bakar
minum, Ummu Ma'bad juga minum dan semua bekas simpanan Ummu Ma’bad telah
penuh.
Setelah itu
Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar meneruskan lagi perjalanan . Bila
Abu Ma’bad pulang, dia lihat semua bekas penuh dengan susu. Dia pelik,
"Wahai Ummu Ma’bad dari mana datang susu ini?" Ummu Ma’bad pun
menceritakan tentang tetamu yang pelik dan tetamu yang berkat tadi.
Berkat mereka kambing yang tidak ada susu jadi ada susu.
Dalam perjalanan itu juga, Rasulullah Saw bertemu dengan seorang khadam menternak kambing Bani Aslam. Kata Rasulullah Saw kepadanya semoga kamu sentiasa selamat. Bila Rasulullah Saw tanya namanya, katanya Mas'ud. Kata Rasulullah Saw, "Insya Allah kamu bahagia." Begitulah akhlak Rasulullah Saw.

sentiasa suka kepada harapan yang baik. Pandangan yang positif dalam
semua perkara. Dalam perjalanan itu juga Rasulullah Saw bertembung
dengan Saidina Zubair bin Awam dan Saidina Talhah yang pulang berdagang
dari Syam. Mereka menghadiahkan pakaian kepada Rasulullah Saw.
Persiapan Orang Madinah untuk menyambut Rasulullah Saw
Sementara itu berita kedatangan Rasulullah Saw sudah sampai ke Madinah. Akan tetapi oleh kerana Rasulullah Saw berada tiga hari di Gua Thur dan Rasulullah Saw tidak melalui jalan biasa, jadi orang tidak tahu bila tepatnya Rasulullah Saw akan sampai. Tapi setiap hari orang-orang Madinah dan Saidina Mus'ab bin Umair menunggu kedatangan Rasulullah Saw. Saidina Mus'ab sudah mempersiapkan suasana penyambutan ketibaan Rasulullah Saw.

Setiap hari
orang-orang Madinah, selepas sembahyang Subuh, mereka keluar
beramai-ramai ke pintu masuk Madinah menunggu Rasulullah Saw. Bila
sampai waktu zohor dan cuaca makin panas meraka pulang semula. Begitulah
setiap hari. Bukan saja orang Islam yang keluar menunggu, yang bukan
Islam juga ikut menunggu bahkan orang Yahudi pun keluar juga menunggu
kedatangan Rasulullah Saw.
Jadi memang Saidina Mus'ab telah membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Rasulullah Saw. Kedatangan Rasulullah Saw ke Madinah bukan saja sebagai Nabi tapi juga sebagai pemerintah Madinah. Persiapan menyambut kedatangan Rasulullah Saw ini jadi program besar orang Madinah. Ianya menjadi pesta besar-besaran di Madinah. Rasulullah Saw sampai di Madinah pada 12 Rabiul Awal, hari Isnin.

Pada hari itu
seperti biasa orang Madinah telah keluar menuggu sejak lepas subuh
sampai tengah hari. Bila matahari sudah terik, mereka beransur pulang.
Besok akan datang lagi. Selepas mereka beredar saja Rasulullah Saw pun
sampai. Waktu masih ada seorang Yahudi yang sedang menunggu, dia masih
di atas pokok kurma. Mereka memanjat ke atas pokok kurma supaya dapat
melihat dari jauh.
Apabila
Rasulullah Saw sudah kelihatan, si Yahudi ini menjerit, memanggil semua
orang Madinah. Jadi mereka semua berpatah balik untuk menyamput ketibaan
Rasulullah Saw. Ketibaan Rasulullah Saw yang mereka nanti-nantikan itu
disambut dengan penuh gembira. Orang orang Madinah beramai-ramai
bernasyid;
طلع البدر علينا من ثنيات الوداع
وجب الشكر علينا ما دعى لله داع
طلع البدر علينا من ثنيات الوداع
جئت شرفت المدينة مرحبا يا خير داع
Kebanyakan orang Islam waktu itu belum pernah bertemu dengan Rasulullah Saw. Ini membuatkan mereka tidak kenal yang mana satu Rasulullah Saw dan yang mana satu Saidina Abu Bakar. Apa lagi umur Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar tidak jauh beza. Saidina Abu Bakar muda dua tahun dari Rasulullah Saw.

Walaupun belum
pernah bertemu tapi mereka telah memberi keyakinan dan keimanan yang
tidak berbelah bagi kepada Rasulullah Saw. Mereka semua sudah berbaiah
akan mempertahankan Rasulullah Saw dari musuh-musuh Allah seperti mereka
mempertahankan isteri dan anak anak mereka. Akhirnya matahari mengenai
Rasulullah Saw, Saidina Abu Bakar memayungkan Rasulullah Saw. Ketika itu
barulah mereka tahu yang mana satu Rasulullah Saw.
Ketika itu masing-masing berharap Rasulullah Saw akan berhenti di tempat mereka untuk mendapatkan keberkatan Rasulullah Saw. Kali pertama Rasulullah Saw turun dari kenderaan Baginda iaitu di Qubak. Terus Rasulullah Saw perintahkan para sahabat membina masjid di situ. Begitulah kedudukan masjid dalam Islam. Selama empat hari Rasulullah Saw berhenti di Qubak. Ketika itu Saidina Ali sampai dari Mekah.

Dalam tempoh itu
para sahabat menyiapkan masjid dan Rasulullah Saw menerima kunjungan
orang-orang Madinah dan Rasulullah Saw mula menyusun orang orang Islam,
khususnya orang Muhajirin. Dari hari Isnin sampai hari Khamis Rasulullah
Saw di Qubak. Hari jumaat Rasulullah Saw bergerak dari Qubak masuk ke
Madinah.
Dalam perjalanan,
Rasulullah Saw sembahyang Jumaat di Diar Bani Salim bin Auf satu tempat
diantara Qubak dan Madinah. Hari itu Rasululah sendiri menyampaikan
khutbah Jumaat dan itulah khutbah Jumaat yang pertama Rasulullah Saw
sampaikan. Sebelum itu solat Jumaat telah dibangunkan di Madinah. Orang
pertama membangunkan sembahyang Jumaat ini ialah Saidina Saad bin
Zurarah. Dia dan 40 orang Islam yang lain sembahyang Jumaat di rumahnya.
Sebab itu dalam mazhab syafie, syarat sah Jumaat ialah 40 orang anggota
jemaahnya.
Pembinaan Masjid Nabawi
Selepas itu barulah Rasulullah Saw masuk ke Madinah, setiap kampung yang dilalui oleh Rasulullah Saw, ketua dan ahli kampungnya minta Rasulullah Saw berhenti di situ dan tinggal di situ. Tapi Rasulullah Saw meminta pada semua orang membiarkan unta Rasulullah Saw berjalan sampai dia berhenti sendiri. Kata Rasulullah Saw:
دعوها فإنها مأمورة
"Biar dia berhenti sendiri, unta ini mengikut perintah Allah"
Akhirnya Rasulullah Saw sampai di Bani Najjar, disitu ada satu kawasan kosong yang dipunyai oleh dua orang anak yatim. Unta Rasulullah Saw berhenti di situ. Tempat yang berkat, tempat yang Allah pilih. Rasulullah Saw membayar harga tanah itu kepada waris anak yatim ini dan Rasulullah Saw perintahkan dibina masjid di situ.

Masjid Nabawi,
masjid yang paling mulia selepas Masjidil Haram. Tempat yang Allah pilih
melalui unta Rasulullah Saw. Allahlah yang memerintahkan unta
Rasulullah Saw berhenti disitu. Maka bermulalah pembinaan Masjid Nabawi.
Ketika itu semua sahabat di kalangan Ansar menawarkan kepada Rasulullah
Saw agar Rasulullah Saw tinggal di rumah mereka.
Akhirnya
Rasulullah Saw pilih untuk tinggal di rumah Abu Ayob Al Ansari. Abu Ayob
ini rumahnya besar dua tingkat. Abu Ayob minta Rasulullah Saw tinggal
di atas. Kata Abu Ayob, tidak sepatutnya kami duduk di atas rumah
Rasulullah Saw. Tapi Rasulullah Saw memilih untuk tingal di bawah supaya
tidak menyusahkan Abu Ayob dan keluarganya kerana Rasulullah Saw akan
didatangi oleh banyak tetamu.
Pembinaan masjid terus berjalan, semua para sahabat bekerja. Bahkan Rasulullah Saw sendiri turun tangan, sambil bekerja ini para Sahabat bernasyid :
اللهم لا عيش إلا عيش الأخرة فاغفر للأنصار والمهاجرة
Ya Allah tiadalah kehidupan melainkan kehidupan di Akhirat, ampunkanlah para Ansar dan Muhajirin.
Rasulullah Saw juga ikut bernasyid sama dengan para Sahabat Muhajirin dan Ansar. Begitulah peranan nasyid dalam membina jiwa dan menghidupkan semangat perjuangan disamping dapat memeriahkan suasana. Para sahabat menyambut ketibaan Rasulullah Saw juga dengan bernasyid. Mereka sambil membina masjid Qubak juga bernasyid begitu juga sambil membina masjid Nabawi, Rasulullah Saw pun ikut nasyid sama. Sebab itu para Ulamak Sufi menyebut :
الأناشيد ترطب القلوب
"Nasyid itu dapat melembutkan dan menyegarkan hati"
Rasulullah Saw juga ikut mengangkat batu bata dari tanah untuk membina masjid itu. Semua Sahabat memikul sorang satu batu, tapi Saidina Amar bin Yasir memikul dua bata sekaligus. Bila Rasulullah Saw melihat kegigihan Saidina Amar ini, Rasululah tersentuh dan terharu.

mendoakannya dan ketika itu juga Rasulullah Saw menyebut tentang
kematian Saidina Ammar, bahawa Saidina Ammar akan dibunuh oleh satu
golongan yang melanggar batasan agama. Ditahun pertama hijrah Rasulullah
Saw telah memberi tahu para Sahabat jadual yang akan berlaku 35 tahun
lagi. Allah Swt telah memberitahu Rasulullah Saw tentang perjalanan umat
ini sehingga hari kiamat. Siapa yang mengikut jadual ini pasti berjaya
dan selamat.
Malam pertama Rasulullah Saw tinggal di rumah Abu Ayob, Abu Ayob dan keluarganya tidur di penjuru rumah. Mereka tidak banyak bergerak takut mengganggu Rasulullah Saw. Begitulah adab dan kecintaan mereka dengan Rasulullah Saw. Lepas itu bekas air mereka pecah. Abu Ayob takut air turun mengenai Rasulullah Saw, dia lap air itu dengan selimutnya sedangkan itulah satu-satunya selimut yang ada.

Sedangkan Madinah
pula memang sejuk di waktu musim sejuk. Jadi malam itu Abu Ayob dan
isterinya tidak tidur. Besok bila dicerita kepada Rasulullah Saw apa
yang berlaku. Rasulullah Saw yang penyayang dan pengasih itu bersetuju
pindah ke atas. Abu Ayob dan Umu Ayoblah yang menyiapkan makanan untuk
Rasulullah Saw dan dari lebihan makanan Rasulullah Saw itulah yang
mereka makan.
Bahkan yang
mereka paling suka ialah makanan yang ada bekas jari Rasulullah Saw.
Mereka mahu mengambil berkat dari jari-jari tangan Rasulullah Saw. Dari
sini kita dapat belajar bahawa mengambil berkat dari lebihan Rasulullah
Saw adalah satu perkara yang dilakukan oleh para Sahabat.
Setelah suasana agak tenang, Rasulullah Saw menghantar Saidina Zaid bin Harithah untuk mengambil keluarga Rasulullah Saw dan keluarga Saidina Abu Bakar di Mekah. Ketika itu puteri Saidina Abu Bakar Sayyidah Asmak belum datang lagi tapi dia datang kemudian sedikit.

Diantara perkara
penting di tahun pertama Hijrah ini, para sahabat dan orang orang
Madinah menziarahi Rasulullah Saw. Diantara yang sangat ghairah datang
bertemu Rasulullah Saw ialah Saidina Abdullah bin Salam, salah seorang
pendeta Yahudi bahkan orang yang paling alim di kalangan mereka. Mari
kita dengar Saidina Abdullah bin Salam bercerita bagaimana pertemuannya
dengan Rasulullah Saw,
Semasa berita
ketibaan Rasulullah Saw di Madinah, Abdullah bin Salam ini dirumah ibu
saudaranya. Bila dia dengar berita ini terus dia bertakbir الله أكبر
الله أكبر . Ibu saudaranya terkejaut mendengar Abdullah bin Salam
bertakbir. Kata Saidina Abdullah pada ibu saudaranya, dia Nabi, semua
tanda tanda keNabian yang ada di dalam Taurat ada pada Rasulullah Saw .
Kata ibu saudaranya padanya, kamu pergi tengok dulu, pastikan
betul-betul.
Saidina Abdullah
bin Salam pun pergi bertemu dengan Rasulullah Saw. Saidina Abdullah bin
Salam dapat menyaksikan sendiri semua tanda-tanda yang disebut itu ada
pada Rasulullah Saw termasuk Khatamun Nubuwwah. Saidina Abdullah bin
Salam terus masuk Islam di situ. Dengan itu dialah orang Yahudi yang
pertama masuk Islam. Selepas itu dia atur strategi dengan Rasulullah Saw
untuk mengiklankan keIslamannya supaya jadi satu hujjah ke atas orang
orang Yahudi yang lain.
Jadi Rasulullah
Saw panggil semua orang berkumpul termasuk ulamak-ulamak dan
pembesar-pembesar Yahudi berkumpul. Rasulullah Saw berdakwah kepada
mereka, tapi mereka tetap tidak menerima Islam. Akhirnya Rasulullah Saw
bertanya orang-orang Yahudi, "Apakah kedudukan Abdullah bin Salam di
kalangan kamu?" Kata mereka, 'Dia pembesar kami, dia ulamak kami bahkan
paling alim diantara kami." Peristiwa ini berlaku di depan ramai.
Ketika itu
Saidina Abdullah bin Salam yang dari tadi bersembunyi di dalam keluar
dan mengucap dua kalimah syahadah di depan pembesar pembesar Yahudi dan
ulamak-ulamak mereka di majlis Rasulullah Saw dan orang ramai. Satu
hujjah ke atas orang Yahudi di depan semua orang. Ketika itu juga mereka
semua menyebut bahawa "Abdullah bin Salam ini adalah orang yang jahat
di kalangan kami, orang yang paling penipu dan paling jahil di kalangan
kami." Tidak sampai beberapa minit mereka telah berubah bila berhadapan
dengan hal yang mengancam kepentingan mereka. Beginilah sikap
orang-orang Yahudi, mereka sangat memungkiri janji.
Saidatina
Safiyyah Ummul Mukminin puteri Huayayy bin Akhtab salah seorang pembesar
Yahudi menceritakan kisahnya bahawa dia adalah anak kesayangan ayahnya
dan bapa saudaranya Yasir bin Akhtab. Kata Saidatina Safiyah, "Setiap
kali mereka melihat aku pasti dipegang dan dipeluk aku. Kedua dua mereka
hadir dalam pertemuan dengan Rasulullah Saw. Pada hari itu aku datang
kepada mereka, mereka tak mengendahkan aku lagi, nampak mereka berdua
sedih dan sugul sangat. Ketika itu, aku dengar perbualan mereka. Ayah
aku bertanya kepada bapa saudaraku, apakah dia ini yang disebut di dalam
Taurat." Kata Yasir, "Benar, semua alamatya tepat. Inilah dia
orangnya." "Jadi kalau begitu apa yang engkau nak buat wahai Yasir? Kata
bapa saudaraku Yasir, "Aku berazam untuk memusuhinya selama-lamanya."
Beginilah sikap orang-orang Yahudi juga sikap ulamak-ulamak Yahudi yang
mereka sangat arif tentang kebenaran tapi mereka menentangnya.
Masyarakat Islam Model
Rasulullah Saw mulakan dengan operasi membina Masjid iaitu membina hubungan dengan Tuhan, membina Iman. Setelah itu Rasulullah Saw melakukan operasi kasih sayang iaitu dengan mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Rasulullah dengan Saidina Ali, Saidina Abu Bakar dan Saidina kharjah bin Zaid, Saidina Umar dan Saidina Utban, Saidina Abdullah bin Masu’d dan Saidina Muaz bin Jabal, Saidina Musaab bin Umair dan Abu Ayob Al Ansari, Saidina Abu Ubaidah dan Saidina Abu Talhah.

Begitulah
seterusnya. Ketika itu berlaku satu peristiwa yang belum pernah berlaku
dalam sejarah manusia. BagaImana kasih sayang yang berlaku diantara kaum
Muhajirin dan Ansar. Para Ansar telah menerima Muhajirin sebagai
saudara mereka, dibahagi dua harta, rumah, pakaian, semuanya dibahagi
dua dengan saudaranya Muhajirin Bahkan ada yang sampai mahu menceraikan
salah seorang dari isteri mereka untuk dikahwinkan kepada Sahabat dari
Muhajirin. Tapi sampai tahap ini, para muhajirin menolaknya dengan baik.
Mereka hanya ambil sekadar keperluan sahaja.
Para Ansar telah membuka hati mereka kepada Muhajirin sebelum mereka membuka pintu rumah mereka. Para Ansar telah memberi hati mereka kepada Muhajirin sebelum mereka memberikan harta mereka. Dengan itu tercetuslah satu kasih sayang, tautan hati dan pengorbanan yang sangat luar biasa dalam sejarah manusia seluruhnya.

persaudarakan hati mereka dulu sebelum Rasulullah Saw persaudarakan
jasad mereka. Saidina Saad bin Rubayya’ Al Ansari Rasulullah Saw
persaudarakan dengan Saidina Abdul Rahman. Mari kita dengar persaudaraan
ini dari Hadis riwayat Imam Bukhari dari Saidina Abdul Rahman sendiri.
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم آخى بينه وبين سعد بن الربيع الأنصاري فجاء سعد فعرض عليه أن يقاسمه ماله وقال له : أنظر أي زوجتي أحب إليك أتنازل لك عنها حتى إذا ما انتهت عدتها تزوجتها فأبى عبد الرحمن وقال له بارك الله لك في أهلك ومالك ولكن دلني على السوق. فباع وابتاع حتى صار له مال. Bahawa Rasulullah Saw telah mempersaudarakan diantaranya dan Saad bin Rabe’ Al Ansari. Dengan itu Saidina Saad datang menawarkan kepada Saidina Abdul Rahman hartanya. Kata Saidina Saad kepada Saidina Abdul Rahman, "Lihatlah mana satu dari dua sorang isteriku yang lebih kamu suka, aku akan lepaskan dia kepada kamu. Bila selesai iddahnya kamu boleh kahwininya." Saidina Abdul Rahman menolak dan berkata, "Semoga Allah memberkati kamu pada keluarga kamu dan harta kamu, tetapi tunjukkanlah kepada aku pasar, Saidina Abdul Rahman berjual beli sehingga dia meperolehi harta. "
Saidina Abdul Rahman memang pakar perniagaan, pakar bisnes. Rasulullah Saw bersabda tentang Saidina Adbul Rahman:
لو باع التراب لربح فيها
"Saidina Abdul Rahman ini kalau dia berniaga pasir pun dia akan untung"
Saidina Abdul Rahman ini datang ke Madinah tanpa sebarang harta, tapi diatas kepercayaan dan amanah Rasulullah Saw kepadanya dia telah berjaya membina kekuatan ekonomi umat Islam. Beliau bahkan berjaya membebaskan umat Islam dari cengkaman Yahudi yang ketika itu menguasai perniagaan di Madinah, menguasai ekonomi Madinah. Saidina Abdul Rahman telah berjaya membangunkan suqul Ansar Pusat ekonomi umat Islam di Madinah.
Kemudian Rasulullah menyusun sistem masyarakat Madinah. Antara taklimat Rasulullah Saw lagi, bahawa Rasulullah Saw sahaja yang berhak membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah dari luar Madinah. Diantaranya lagi, semua perselisihan yang berlaku di Madinah diselesaikan mengikut hukum Islam. Begitu juga Rasulullah Saw tidak membenarkan sesiapa juga memberi jaminan keselamatan kepada orang Kafir Quraisy di Madinah.
Jadi orang-orang Madinah yang telah dibangunkan insaniah mereka melalui wakil Rasulullah Saw, Saidina Mus'ab bin Umair, setelah disusun pula oleh Rasulullah Saw menjadi makin kemas dan makin cantik. Model masyarakat Islam yang terbaik, masyarakat model yang Allah puji dalam Al Quran.
كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله
TerjemahanNya : "Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dikeluarkan untuk manfaat seluruh ummat manusia. Kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dan kami beriman dengan Allah"
Di tahun pertama hijrah ini juga, Saidina Saad bin Zurarah Al Khazraji wafat. Salah seorang pemimpin Ansar. Orang pertama dalam Islam membangunkan sembahyang Jumaat iaitu dirumahnya sendiri dan dialah yang menyampaikan khutbahnya.
Dalam tempoh 4 bulan pertama hijrah Rasulullah Saw ke Madinah Rasulullah Saw dan pembinaan masyarakat dan negara Islam model ini, berlaku satu ujian kepada Umat Islam. Ketika itu tidak ada seorang pun anak lelaki yang dilahirkan di Madinah dari orang Islam yang kekal hidup. Anak-anak lelaki yang dilahirkan semuanya meninggal dunia. Orang-orang Yahudi mengambil peluang mengeksploitasikan hal ini.

Kata mereka, kami
sudah sihir orang Islam. Mereka tidak boleh melahirkan anak lelaki
lagi, anak lelaki yang dilahirkan semuanya meninggal dunia. Dengan itu
zuriat mereka akan pupus. Bayangkan dalam satu masyarakat yang agak
ramai itu, tidak ada anak lelaki yang dilahirkan selamat dalam masa
empat bulan. Dengan propaganda Yahudi ini, orang-orang yang lemah
Imannya mula tergugat.
Sehinggalah
datang ke Madinah Sayyidah Asmak Puteri Saidina Abu Bakar isteri kepada
Saidina Zubair bin A’wam. Siti Asmak berhijrah ke Madinah dalam keadaan
sarat hamil, dia sampai di Madinah di penghujung bulan yang keempat ini
(hujung bulan Rejab). Bila Siti Asmak masuk saja ke Madinah dia
melahirkan anak lelaki. Maka teruslah anak ini dibawa kepada Rasulullah
Saw. Rasulullah Saw yang mentahnikkannya, Rasulullah Saw mengunyah tamar
dan memasukkannya ke dalam mulut anak ini.
Dengan itu yang
pertama masuk ke mulutnya adalah air liur Rasulullah Saw. Inilah dia
Saidina Abdullah bin Zubair. Kelahiran Saidina Abdullah ini menjadi
kegembiraan umat Islam ketika itu, Saidina Abdullah dibawa berarak ke
seluruh Madinah sambil bertakbir. Sejak itu senyaplah propaganda yang
dibuat oleh orang-orang Yahudi. Saidina Abdullah bin Umar yang
menyaksikan tentera Hajjaj membunuh Saidina Abdullah bin Zubair ini,
dimana selepas mereka membunuh Saidina Abdullah mereka bertakbir. Kata
Saidina Abdullah bin Umar, aku menyaksikan hari kelahirannya dan hari
kematiannya. Demi Allah orang-orang yang bertakbir dihari kelahirannya
lebih baik dari orang orang yang bertakbir di hari kematiannya.
والله للذين كبروا يوم مولده خير من الذين كبروا يوم مقتله
Dalam tempoh ini juga Rasulullah Saw mengahwini Siti Aisyah, Ummul Mukminin puteri Saidina Abu Bakar. Dalam tempoh ini juga turun perintah, ditambah rakaat sembahyang. Jadi sejarah sembahyang ini melalui 3 peringkat. Pertama; sembahyang belum diwajibkan tapi hanya menjadi perkara sunat. Ketika itu, yang wajib hanya sembahyang malam kepada Rasulullah Saw
ياأيها المزمل قم الليل إلا قليلا
Selepas itu diwajibkan kepada orang orang Islam juga, sembahyang lain semuanya sunat. Kedua: bila berlaku peristiwa Israk dan Mikraj. Allah wajibkan sembahyang lima waktu tapi semuanya dua rakaat. Ketiga: Di awal hijrah Rasulullah Saw ke Madinah ini Allah tambahkan rakaat sembahyang Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, hanya sembahyang subuh yang kekal dua rekaat.
Pada waktu itu Rasulullah Saw berfikir bagaImana hendak memberitahu orang ramai masuk waktu sembahyang. Para Sahabat pada waktu dengan rasa hati mereka yang tajam, mereka boleh mengagak waktu sembahyang. Sehinggalah Saidina Zaid bin Abdullah bermimpi ada orang datang mengajarnya bagaImana azan. Bila dia beritahu Rasulullah Saw mimpinya Rasulullah Saw akui mimpi itu. Itulah dia azan yang kita pakai sekarang ini. Kata Rasulullah Saw kepada Saidina Abdullah bin Zaid,
هذا رؤية خير, علمها بلال فإنه أندى صوتا منك
"Ini mimpi yang baik, ajarkan kepada Bilal kerana suaranya lebih kuat dari suara kamu"
Dari sinilah sunnahnya orang yang melaungkan azan itu orang yang paling baik suaranya. Bila Saidina Bilal azan, Saidina Abu Bakar terbangun dari tidurnya mendengar suara azan Saidina Bilal. Cepat-cepat dia datang bertemu Rasulullah Saw. Saidina Umar memberitahu Rasulullah Saw inilah juga azan yang aku lihat dalam mimpiku. Kata Rasulullah Saw ذلك خير . Selepas itu turun wahyu memperkuatkan lagi hal ini.

No comments:
Post a Comment