Oleh
: Ustaz Dr. Udah bin Mohsin
Masjid
al-Istiqamah Sg Merab
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب
العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
Sembahyang
fardhu lima waktu adalah merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima.
Orang yang meninggalkan sembahyang maka telah robohlah satu daripada
rukun Islam daripada dirinya. Sembahyang fardhu itu sebaik-baiknya hendaklah
dikerjakan dengan berjamaah. Bagi mereka yang mengerjakan sembahyang fardhu
dengan berjamaah mendapat kelebihan yang amat besar.
Di antara kelebihan-kelebihan mengerjakan sembahyang fardhu dengan
berjamaah ialah:
Pertama. Sesiapa yang dapat bersama imam pada takbir
pertama selama 40 hari dia terlepas daripada api neraka dan dari menjadi orang
munafik
Sabda Rasulullah s.a.w.:
مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ
يَوْمًا فِى جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الأُولَى كُتِبَتْ لَهُ
بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنَ النِّفَاقِ. قَالَ أَبُو
عِيسـَى وَقَدْ رُوِىَ هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ أَنَسٍ مَوْقُوفًا وَلاَ أَعْلَمُ
أَحَدًا رَفَعَهُ إِلاَّ مَا رَوَى سَلْمُ بْنُ قُتَيْبَةَ عَنْ طُعْمَةَ بْنِ
عَمْرٍو عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِى ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ. (سنن الترمذى، الصلاة)
Bermaksud: Sesiapa
yang sembahyang kerana Allah selama 40 hari dengan berjemaah dan mendapat
takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan, pelepasan daripada
neraka, dan pelepasan daripada menjadi orang munafik.
Dalam
hadis ini, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa orang yang dapat berjemaah
bersama-sama imam dari takbir pertama hingga akhir sembahyang selama 40 hari
dilakukan semata-mata kerana Allah dia terselamat daripada dua perkara iaitu
terselamat daripada neraka dan terselamat daripada menjadi munafik. Dengan itu
marilah kita berusaha untuk mendapatkan kelebihan ini.
Kedua : Banyak langkah menuju ke
masjid untuk berjama`ah menghapuskan dosa dan meninggikan darjat.
Sabda
Rasulullah s.a.w.:
أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو
اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ. قَالُوا بَلَى يَا
رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ «إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ
الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الصَّلاَةِ فَذَلِكُمُ
الرِّبَاط». (صحيح مسلم، الطهارة)
Bermaksud: Tidakkah
aku tunjukkan kamu sesuatu yang Allah menghapuskan dosa dan mengangkat darjat?
Para sahabat menjawab, “Ya, wahai Rasulullah”, sabda Baginda: “Banyak langkah
ke masjid dan menunggu satu sembahyang selepas satu sembahyang. Itu
adalah ikatan”.
Hadis
ini menunjukkan kepada kelebihan banyak langkah ke masjid dan kelebihan
menunggu satu sembahyang setelah menunaikan satu sembahyang, dan sekali gus
menunjukkan kelebihan sembahyang berjemaah. Dalam nas yang lain Baginda menegah
sahabat yang hendak berpindah ketempat yang berhampiran dengan masjid dengan
meninggalkan tempat kediaman yang lama.
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
قَالَ خَلَتِ الْبِقَاعُ حَوْلَ الْمَسْجِدِ فَأَرَادَ بَنُو سَلِمَةَ أَنْ
يَنْتَقِلُوا إِلَى قُرْبِ الْمَسْجِدِ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ - صلى
الله عليه وسلم - فَقَالَ لَهُمْ «إِنَّهُ بَلَغَنِى أَنَّكُمْ تُرِيدُونَ أَنْ
تَنْتَقِلُوا قُرْبَ الْمَسْجِدِ». قَالُوا نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ
أَرَدْنَا ذَلِكَ. فَقَالَ «يَا بَنِى سَلِمَةَ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ
دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ». (صحيح البخارى، المساجد)
Bermaksud: Daripada
Jabir bin Abd Allah katanya: Kawasan di sekeliling masjid telah lapang, oleh
itu Banu Salamah hendak berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan masjid,
maka perkara ini sampai kepada Rasulullah s.a.w. maka sabdanya: Bahawasanya sampai kepadaku berita
bahawa kamu hendak berpindah ke kawasan yang hampir masjid. Mereka
menjawab, “Ya, wahai Rasulullah, kami hendak demikian”. Jawab Baginda:“Wahai
Bani Salamah! Rumah kamu, (jangan pindah) kesan-kesan tapak kaki kamu (ke
masjid) ditulis, rumah kamu (jangan pindah), kesan-kesan tapak kaki kamu ke
masjid ditulis”.
Hadis
ini menunjukkan kelebihan pergi ke masjid untuk sembahyang berjemaah, di mana setiap
langkah adalah mendapat pahala dari Allah s.w.t.
Ketiga : Orang yang keluar dari rumahnya
untuk menunaikan sembahyang berjamaah mendapat pahala seperti pahala orang yang
mengerjakan haji.
Sabda
rasulullah s.a.w.
مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًا
إِلَى صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ وَمَنْ
خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لاَ يُنْصِبُهُ إِلاَّ إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ
كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ وَصَلاَةٌ عَلَى أَثَرِ صَلاَةٍ لاَ لَغْوَ بَيْنَهُمَا
كِتَابٌ فِى عِلِّيِّينَ. (سنن أبى داود، الصلاة)
Bermaksud: Siapa
yang keluar dari rumahnya dengan keadaan bersuci menuju kepada sembahyang
fardhu maka pahalanya seperti pahala orang haji yang berihram dan sesiapa yang
keluar hanya semata-mata untuk tasbih al-Duha maka pahalanya seperti pahala
orang yang mengerjakan umrah. Satu sembahyang selepas satu sembahyang, tiada
melakukan perkara sia-sia di antara kedua-duanya ditulis pada kalangan orang
yang mempunyai kedudukan yang tinggi.
Keempat : Orang yang sembahyang berjamaah Allah ampunkan dosanya.
Sabda
Rasulullah s.a.w.
مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلاَةِ
فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلاَّهَا
مَعَ النَّاسِ أَوْ مَع
الْجَمَاعَةِ أَوْ فِى الْمَسْجِدِ
غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ. )صحيح مسلم، الطهارة)
Bermaksud: Sesiapa yang berwuduk untuk mengerjakan
sembahyang lalu dia berwuduk dengan sempurna kemudian dia pergi ke masjid untuk
sembahyang fardhu kemudian dia pun bersembahyang berserta dengan orang ramai,
atau berjemaah atau dalam masjid maka Allah mengampunkan untuknya dosa-dosanya.
Maksud
dosa-dosa di sini adalah dosa kecil kerana dosa besar memerlukan kepada taubat
atau keampunan dari Allah.
Kelima :
Orang
yang sentiasa sembahyang berjamaah di masjid mendapat perlindungan daripada
Allah s.w.t. pada Hari Kiamat.
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِى
ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ الإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ
فِى عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِى الْمَسَاجِدِ،
وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِى اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ،
وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّى أَخَافُ
اللَّهَ. وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ
يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ. (صحيح لبخاري، الأذان)
Bermaksud: Tujuh
golongan manusia yang mendapat perlindungan dari Allah pada hari yang tiada
perlindungan kecuali dari-Nya, iaitu imam yang adil, pemuda yang hidup di dalam
beribadah kepada Allah, seorang yang hatinya sentiasa
ingat kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, berhimpun
kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, seorang lelaki yang diajak oleh seorang
wanita yang mempunyai kedudukan dan jelita (untuk melakukan maksiat) lalu dia
berkata: “Aku takutkan Allah”, seorang yang bersedekah secara senyap-senyap
sehingga tidak diketahui tangan kirinya apa yang dibelanjakan oleh tangan
kanannya dan seorang yang mengingati Allah bersendirian sehingga berlinangan
air kedua matanya.
Orang
yang hatinya sentiasa teringat kepada masjid ialah orang yang menunaikan
sembahyang berjemaah setiap waktu. Apabila dia keluar dari masjid hatinya
sentiasa ingat akan datang semula ke masjid untuk menunaikan jemaah fardhu yang
berikutnya. Orang ini akan mendapat perlindungan dari Allah di akhirat nanti di
mana di waktu itu tiada perlindungan kecuali hanya perlindungan dari-Nya
sahaja. Ini merupakan kelebihan yang amat besar kepada orang yang sentisa
mengerjakan sembahyang fardhu dengan berjemaah di masjid.
Keenam : Orang yang sembahyang berjamaah di masjid Allah sediakan
baginya hidangan di syurga setiap kali dia pergi dan balik.
Sabda
Rasulullah s.a.w.:
مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ وَرَاحَ
أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ مِنَ الْجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ
رَاحَ. (صحيح البخارى، الأذان)
Bermaksud: Sesiapa
yang pergi ke masjid dan balik (dari masjid), Allah sediakan baginya
hidangan dari syurga setiap kali dia pergi dan balik.
Ketujuh : Allah memberi jaminan syurga kepada orang yang pergi
sembahyang berjamaah di masjid.
ثَلاَثَةٌ كُلُّهُمْ ضَامِنٌ عَلَى
اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ رَجُلٌ خَرَجَ غَازِيًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ فَهُوَ ضَامِنٌ
عَلَى اللَّهِ حَتَّى يَتَوَفَّاهُ فَيُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ أَوْ يَرُدَّهُ بِمَا
نَالَ مِنْ أَجْرٍ وَغَنِيمَةٍ وَرَجُلٌ رَاحَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَهُوَ ضَامِنٌ
عَلَى اللَّهِ حَتَّى يَتَوَفَّاهُ فَيُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ أَوْ يَرُدَّهُ بِمَا
نَالَ مِنْ أَجْرٍ وَغَنِيمَةٍ وَرَجُلٌ دَخَلَ بَيْتَهُ بِسَلاَمٍ فَهُوَ ضَامِنٌ
عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. (سنن أبى داود، الجهاد)
Bermaksud: Tiga
golongan semuanya dijamin oleh Allah, seorang yang keluar berperang pada jalan
Allah maka Allah jamin sehingga Allah mematikannya lalu dia masuk syurga atau
dia kembali dengan memperolehi pahala dan harta rampasan perang. Seorang yang
pergi ke masjid maka Allah jamin hingga Allah mematikannya lalu dimasukkan ke
dalam syurga atau Allah mengembalikannya dengan mendapat pahala dan
ghanimah dan seorang yang masuk ke rumahnya dengan memberi
salam maka Allah jamin ke atasnya.
Di antara
apa yang terkandung dalam hadith di atas ialah jaminan daripada Allah s.w.t
bahawa orang yang pergi ke masjid untuk sembahyang berjamaah dia dimasukkan ke
dalam syurga-Nya.
Kelapan : Orang yang pergi ke masjid di waktu yang gelap
dia mendapat cahaya yang sepenuhnya pada Hari kiamat.
Sabdanya
Rasulullah s.a.w. :
لِيَبْشَرِ الْمَشَّاءُونَ فِى
الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِنُورٍ تَامٍّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (سنن ابن ماجه،
المساجد والجماعات)
Bermaksud: Hendaklah
bergembira orang-orang yang berjalan kaki dalam gelap menuju ke masjid mereka
akan mendapat cahaya cukup sempurna pada Hari Kiamat.
Dalam
hadis ini Rasulullah s.a.w. menerangkan kelebihan orang yang berjalan kaki di
waktu gelap menuju ke masjid. Mereka ini akan mendapat cahaya yang amat terang
pada hari Kiamat.
Kesembilan :
Allah amat
gembira kepada orang yang bersedia hendak pergi ke masjid menunaikan sembahyang
dan zikir.
مَا تَوَطَّنَ رَجُلٌ مُسْلِمٌ
الْمَسَاجِدَ لِلصَّلاَةِ وَالذِّكْرِ إِلاَّ تَبَشْبَشَ اللَّهُ لَهُ كَمَا
يَتَبَشْبَشُ أَهْلُ الْغَائِبِ بِغَائِبِهِمْ إِذَا قَدِمَ عَلَيْهِمْ. (سنن ابن
ماجه، المساجد والجماعات)
Bermaksud: Seseorang
lelaki muslim yang bersedia ke masjid untuk bersembahyang dan berzikir, Allah
gembira kepadanya sebagaimana keluarga orang yang pergi, gembira apabila orang
yang pergi itu balik kepada mereka.
Hadis ini menunjukkan
bahawa Allah amat gembira kepada orang yang pergi ke masjid.
Kesepuluh : Orang yang sembahyang
Subuh berjamaah seolah-olahnya dia sembahyang sunat seluruh malam dan orang
yang sembahyang Isyak berjamaah seolah-olahnya dia menghidupkan separuh malam.
Sabda
Rasulullah s.a.w.
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ
فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي
جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
صحيح مسلم)
Bermaksud: Sesiapa
yang sembahyang Isyak pada satu jamaah seolah-olahnya dia
sembahyang separuh malam, dan sesiapa yang sembahyang Subuh pada
satu jamaah seolah-olahnya dia sembahyang seluruh malam.
Kesebelas : Pergi masjid awal dan
mendapat saf pertama adalah mempunyai kelebihan yang amat besar.
Sabda
Rasulullah s.a.w.:
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِى
النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يَسْتَهِمُوا
عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُوا، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِى التَّهْجِيرِ لاَسْتَبَقُوا
إِلَيْهِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِى الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا
وَلَوْ حَبْوًا. (صحيح البخارى، الأذان)
Bermaksud: Kalaulah
manusia mengetahui apa yang terdapat dalam seruan azan dan saf yang pertama,
kemudian mereka tidak mendapatinya kecuali dengan cara undian nescaya mereka
akan melakukannya. Kalau manusia mengetahui kelebihan pergi awal untuk
menunaikan sembahyang nescaya mereka akan bersegera, dan sekiranya manusia
mengetahui apa yang ada pada sembahyang isyak dan subuh berjemaah nescaya
mereka akan menghadirinya walau dengan mengisut.
Di antara
kandungan nas di atas adalah menunjukkan kepada kelebihan yang ada pada azan,
saf pertama dan datang awal ke masjid.
Kedua belas : Jamaah sembahyang fardu yang lebih
ramai adalah yang lebih disukai Allah.
Sabda
Rasulullah s.a.w.:
عَنْ أُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ
صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَوْمًا الصُّبْحَ فَقَالَ
«أَشَاهِدٌ فُلاَنٌ». قَالُوا لاَ. قَالَ «أَشَاهِدٌ فُلاَنٌ». قَالُوا لاَ. قَالَ
«إِنَّ هَاتَيْنِ الصَّلاَتَيْنِ أَثْقَلُ الصَّلَوَاتِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ
وَلَوْ تَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لأَتَيْتُمُوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا عَلَى
الرُّكَبِ وَإِنَّ الصَّفَّ الأَوَّلَ عَلَى مِثْلِ صَفِّ الْمَلاَئِكَةِ وَلَوْ
عَلِمْتُمْ مَا فَضِيلَتُهُ لاَبْتَدَرْتُمُوهُ وَإِنَّ صَلاَةَ الرَّجُلِ مَعَ
الرَّجُلِ أَزْكَى مِنْ صَلاَتِهِ وَحْدَهُ وَصَلاَتُهُ مَعَ الرَّجُلَيْنِ
أَزْكَى مِنْ صَلاَتِهِ مَعَ الرَّجُلِ وَمَا كَثُرَ فَهُوَ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ
تَعَالَى». (سنن أبى داود، الصلاة)
Bermaksud: Daripada
Aubay bin Ka`b katanya: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bersembahyang Subuh
bersama-sama kita, lalu sabdanya: Adakah si pulan hadir? Para sahabat menjawab
tidak. Tanya Baginda lagi, Adakah si pulan hadir? Para sahabat menjawab tidak.
Sabda Baginda: Bahawasanya dua sembahyang ini adalah sembahyang yang paling
berat ke atas orang munafikin. Jikalau kamu mengetahui apa yang ada pada
kedua-duaya nescaya kamu akan datang menunaikan kedua-duanya walau dengan
mengisut. Bahawasanya saf yang pertama adalah menyerupai saf malaikat, dan
jikalau kamu mengetahui apa kelebihannya nescaya kamu bersegera kepadanya. Dan
bahawasanya sembahyang seorang bersama dengan seorang lain lebih baik dari
sembahyangnya seorang diri, dan bersembahyangnya bersama dengan dua orang lain
lebih baik dari bersembahyang dengan seorang lelaki, dan yang banyak maka lebih
disukai oleh Allah s.w.t.
Di
antara apa yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith di atas ialah Allah
lebih suka kepada jamaah sembahyang yang lebih ramai.
Ketiga belas : Orang yang menunggu di tempat sembahyangnya bagi
menunaikan sembahyang berjamaah adalah dikira sebagai mengerjakan sembahyang.
Sabda
Rasulullah s.a.w.:
لاَ يَزَالُ
الْعَبْدُ فِى صَلاَةٍ مَا كَانَ فِى مُصَلاَّهُ يَنْتَظِرُ الصَّلاَةَ وَتَقُولُ
الْمَلاَئِكَةُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ. حَتَّى يَنْصَرِفَ
أَوْ يُحْدِثَ ». قُلْتُ مَا يُحْدِثُ قَالَ يَفْسُو أَوْ يَضْرِطُ. (صحيح مسلم،
المساجد )
Bermaksud: Seseorang
hamba Allah itu dikira dalam sembahyang selama dia berada di tempat
sembahyangnya kerana menunggu sembahyang, dan berkata Malaikat: “Ya Allah,
ampuni dosanya dan rahmatilah dia sehingga dia beredar atau dia berhadas”.
Hadith di
atas menunjukkan bahawa seseorang yang duduk di tempat sembahyangnya bagi
menunggu sembahyang fardhu dia dikira mengerjakan sembahyang, di samping para
malaikat berdoa untuknya.
Apabila telah
jelas bagi kita kelebihan sembahyang berjamaah yang begitu besar
maka janganlah kita lengah-lengah lagi dari menunaikan sembahyang berjamaah di
masjid atau di surau, iaitu tempat yang dibangunkan untuk beribadah kepada
Allah, dilaungkan azan bagi sembahyang fardu lima waktu dan
seterusnya didirikan sembahyang fardu lima waktu padanya.
وبالله التوفيق والهداية.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله
وصحبه أجمعين. والحمد لله رب العالمين.
No comments:
Post a Comment