1. Solat Subuh memelihara setiap
muslim
عن
أبي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:من صلى الصبح فهو في
ذمة الله رواه مسلم.
Rasulullah
SAW bersabda, ”Orang yang melakukan shalat shubuh, maka dia berada di dalam
perlindungan Allah”. (HR Muslim)
“Sesiapa yang menunaikan
solat Subuh, maka dia berada dalam lindungan Allah. Maka jangan cuba cuba
membuat Allah membukti janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan
solat subuh Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya dalam
neraka” (Riwayat Muslim)
Hadis menjelaskan bahawa
Allah Taala akan memberi perlindungan bagi mereka yang menunaikan solat subuh
berjemaah dan perlindungan dari Allah adalah sebesar-sebesar lindungan
2. Shalat Shubuh Setara dengan
Qiyamullail
من
شهد العشاء فكأنما قام نصف ليلة, ومن شهد الصبح فكأنما قام ليلة رواه مسلم.
Orang yang
ikut shalat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah shalat setengah malam. Orang
yang ikut shalat shubuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan shalat
sepanjang malam (qiyamullail). (HR Muslim)
Solat Subuh berjemaah di Bulan Syawwal mengatasi
solat sunnat di malam Ramadan kerana mencari al-Qadar. Ini kerana solat Subuh
adalah wajib sedang solat sunnat malam walaupun ia muakkad (amat dituntut)
namun statusnya masih lagi sunnat.
Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan
berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
3. Shalat Shubuh Menyelamatkan
Pelakunya daripada Api Neraka
قال
رسول الله صلى الله عليه وسلم: لن يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس وقبل غروبها
رواه مسلم
Tidak akan
masuk neraka seseorang yang shalat sebelum terbit matahari (shalat shubuh) dan
sebelum terbenam. (HR Muslim)
Sabda Rasulullah S.A.W. : “Seseorang mukmin yang mengerjakan
solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T.
dengan dua kebebasan, iaitu :
*dibebaskan daripada api neraka
*dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)"
*dibebaskan daripada api neraka
*dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)"
4. Shalat Shubuh Memasukkan Pelakunya
ke dalam Syurga
من
صلى البردين دخل الجنة
Orang yang
melakukan shalat baradain (ashar dan shubuh) masuk syurga
5. Shalat Shubuh Dua Rakaat Lebih
Baik dari Dunia dan Segala Isinya
ركعتا
الفجر خير من الدنيا ومافيها رواه مسلم
Dua rakaat
shalat Fajar (shubuh) nilainya lebih baik daripada dunia dan segala
isinya (HR Muslim)
6. Shalat Shubuh Disaksikan oleh
Malaikat Malam dan Malaikat Siang
رَوَى
التِّرْمِذِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي قَوْله, ”
وَقُرْآن الْفَجْر إِنَّ قُرْآنالْفَجْر كَانَ مَشْهُودًا ” قَالَ: تَشْهَدهُ
مَلَائِكَة اللَّيْل وَمَلَائِكَة النَّهَار هَذَا حَدِيث حَسَن
صَحِيح.
Abu Hurairah
radhiyallahi’anhu meriwayatkan dari nabi SAW tentang ayat [wa quraanal fajri
inna quraanal fajri kaana masyhuda]: Shalat shubuh itu disaksikan oleh malaikat
malam dan malaikat siang”. (HR Imam At-Tirmizy)
At-Tirmizy
mengatakan bahawa riwayat hadits ini hasan shahih.
وَرَوَى
الْبُخَارِيّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَة عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فَضْل صَلَاة
الْجَمِيع عَلَى صَلَاة الْوَاحِد خَمْس وَعِشْرُونَ دَرَجَة وَتَجْتَمِع
مَلَائِكَة اللَّيْل وَمَلَائِكَة النَّهَار فِي صَلَاة الصُّبْح
Abu Hurairah
meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda, ”Shalat berjamaah lebih diutamakan dari
shalat sendirian dengan 25 darjat. Malaikat malam dan malaikat siang bertemu
dalam shalat shubuh (HR Bukhari)
7. Orang Yang
Shalat Shubuh Akan Mendapat Cahaya Terang di Hari Kiamat
قال
صلى الله عليه وسلم: بشر المشائين في الظلم إلى المساجد بالنور التام يوم القيامة
رواه الترمذي وا بن ماجه
Rasulullah
SAW bersabda, ”Berikan kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki di
kegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya terang
yang sempurna di hari kiamat”. (HR Tirmizy dan Ibnu Majah)
8. Orang Munafik
Merasa Berat dan Malas untuk Shalat Shubuh
وإذا
قاموا إلى الصلاة قاموا كسالى يراؤن الناس ولا يذكرون الله إلا قليلا
(Orang-orang
munafik itu) bila melakukan shalat, melakukannya dengan malas. Mereka berlaku
riya di hadapan manusia dan tidak mengingat Allah kecuali sedikit.
عن
أبي هريرة قال قال صلى الله عليه وسلم: ليس صلاة أثقل على المنافقين من صلاة العشاء والفجر ولو يعلمون ما فيهما
لأتوهما ولو حبواً رواة الشيخان.
Dari Abi
Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada
shalat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari shalat Isya’ dan shalat
Shubuh. Seandainya mereka tahu keutaaan keduanya, pastilah mereka akan
mendatanginya meski dengan merangkak(HR Bukhari dan Muslim)
وها
هو ابن مسعود يقول: لقد رايتنا وما يتخلف عن صلاة الفجر إلا منافق معلوم النفاق
Ibnu Mas’ud
radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Kami dahulu memandang orang yang tidak ikut shalat
shubuh berjamaah sebagai orang munafik dan telah jelas kemunafikannya.
Ibnu Umar
radhiyallahu ‘anhu pernah berkata, ”Dahulu kami (para shahabat) bila ada yang
tidak datang shalat shubuh dan Isya’ berjamaah, kami berprasangka buruk kepadanya”.
Ibnul Qayyim
berkata, ”Tidur di waktu Shubuh akan menghalangi rezeki, kerana waktu shubuh
adalah waktu dibagikannya rezeki”.
9. Akan diberkati oleh Allah swt.
Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam
melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)..”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)..”
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
***
Allah S.W.T. berfirman maksudnya:
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya, dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah Al-Kahfi ayat : 28)
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya, dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah Al-Kahfi ayat : 28)
No comments:
Post a Comment