Dalam Al Quran banyak disebut tentang Allah menyuruh manusia makan. Dalam surah Al Baqarah, Allah swt telah menyuruh Nabi Adam AS memakan makanan dalam syurga.
Banyak lagi ayat dalam Al Quran menyebut tentang makanan dan menyuruh manusia makan. Contohnya ayat tentang manna dan salwa yang dikurniakan oleh Allah swt kepada pengikut Nabi Musa sewaktu sesat di padang pasir Sinai.
Allah tidak hanya menyebut makanan tetapi makanan yang baik. Kita boleh rumuskan bahawa yang baik itu halal dan berkualiti. Tetapi tidak semua makanan yang boleh dimakan yakni halal itu berkualiti, baik atau berkhasiat untuk manusia.
Contohnya pasir dilaut yang kita lombong sendiri atau dibeli dengan sumber yanga halal adalah halal untuk dimakan (jika kita sanggup makan pasir) tetapi pada umumnya ia tidak baik atau tidak berkualiti untuk manusia.
Begitu juga dengan binatang yang halal dimakan. Jika matinya tidak disembelih dengan menyebut nama Allah maka mati nya hanya sia-sia, tidak boleh dimanafaatkan sebagai makanan (rezeki) yang halal mau pun berkualiti. Walaubagaimana lazat sekali pun ia nya dimasak maka ia tetap tidak baik untuk umat Islam.
Makanan yang lazat dan berkualiti
Sejenis labu
Susu
Kita juga diajar oleh Nabi saw supaya berdoa sebelum memulakan makan. Kita diminta supaya memohon kepada Allah supaya rezeki kita diberkati dan meminta supaya kita dijauhkan dari azab nereka.
Doa sebelum makan
Doa selepas makan
Fahamlah kita bahawa makanan kalau tidak disediakan mengikut peraturan dalam Islam, maka ia boleh menyebabkan kita dlemparkan kedalam api neraka. Allah melarang kita memakan apa yang Dia tegah dan apa yang tidak baik untuk manusia. Nabi Adam as telah diturunkan kebumi kerana melakukan pekara yang ditegah Allah swt.
Malah jika berlebih-lebihan diwaktu makan juga menyebabkan ia tidak disukai oleh Allah swt. Contohnya jika kita makan terlalu kenyang, ia boleh menyebabkan timbulnya masalah kesihatan. Pembaziran juga adalah satu pekara yang ditegah oleh Allah swt.
Jadi peliharalah adab-adab dan pemakanan supaya kita tidak dimurkai Allah. Diantara amalan-amalan yang baik lagi dituntut adalah seperti berikut:
- sumber makanan
- sumber pendapatan mestilah halal
- cara penyediaan makanan
- bahan-bahan mestilah halal
- tempat penyediaan yang bersih
- adab sebelum makan
- berdoa sebelum makan
- adab waktu makan
- makan tidak terlalu kenyang
- mengunyah dengan betul supaya mudah hadam makanan
- adab selepas makan
- mengucap Alhamdullilah apabila selesai makan.
No comments:
Post a Comment