MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) DAN HARI ANUGRAH CEMERLANG ) 2014
Program ini diadakan pada hari semalam, Sabtu, 22 November 2014 / 28 Muharram 1436 H. Ianya diadakan setiap tahun pada tarikh yang berlainan tetapi
dalam tahun ini ianya diadakan di MASJD SYAIDINA
OTHMAN IBN AFFAN BUKIT RANGIN serentak dalam tahun ini atas beberapa sebab antaranya: untuk menarik lebih ramai ibubapa atau
penjaga pelajar-pelajar menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (MAT). Sekiranya
MAT sahaja diadakan maka
kehadiran ibubapa amatlah sedikit contohnya
kehadirian MAT tahun 2013 seramai 24 orang, manakala kehadiran ibubapa
/penjaga dalam MAT ini 200 orang.
Hari
anugerah cemerlang diadakan bertujuan untuk menganugrahkan kejayaan
pelajar-pelajar dalam kurikolum dan kokurikulum
sepanjangg tahun 2014 dalam pelbagai
kategori seperti berikut:
·
bacaan al quran terbaik
·
amalan solat terbaik
·
hafazan surah terbaik hafazan doa terbaik
·
hafazan hadith terbaik
·
khatam Al-Quran
·
kedtangan terbaik
·
ketua kelas
·
pengawas
·
terbaik dalam kelas
·
Cemerlang dalam peperiksaan UPKK 2014.
dan berbagai lagi.
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) diadakan bertujuan
meluluskan pendapatan dan perbelanjaan
sepanjang tahun 2014 SAR KAFA dan memaklumkan kepada ibubapa /penjaga
mengenai kemajuan pembalajaran dan aktiviti
kurikolum dan kokurikulum sekolah.
Majlis ini di resmikan oleh
Pengerusi Masjid Syaidina Othman Ibn
Affan Cigu Mohd Azmi bin Othman. Dalam
ucapan peresmian nya antara lain beliau menegaskan pentingnya pendidikan Agama
dan Fardhu Ain diperingkat sekolah randah seperti ini
sebagai tempat pengisian ilmu agama untuk masa depan bila pelajar-pelajar itu dewsa nanti dan
membantu negara melahirkan jenerasi yang berakhlahk mulia. Pihak Masjid
sentiasa membantu pihak SAR KAFA bagi
menyedikan kemudahan tempat belajar di ruang legar masjid dan lain-lain
kemudahan pembelajaran sebelum bangunan baru siap.
Pengerusi SAR KAFA Haji Mohd Salleh
bin Abdul Rahim dalam ucapannya menegaskan pentingnya ibubapa/ penjaga, sebagai pemegang saham dalam SAR KAFA
dalam bentuk sumbangan yuran bulanan, membantu memajukan sekolah dan menambahkan
wang bagi pembinaan bangunan baru yang
sedang di bangunkan. Mereka janganlah
serahkan semata-mata kepada Pengerusi dan AJK bagi mendapat wang untuk membiayai
pembinaan sekolah.
Ibubapa / penjaga juga janganlah semata-mata mengharapkan
anak-anak mereka dapat cemerlang dari segala segi sedangkan kebajikan guru-guru, kewanagan sekolah,
kemudahan asas sekolah ,alat bantu mengajar dan tempat belajar yang selesa di abaikan. Semua ini perlukan sokongan dari ibu bapa dalam mencari sumber kewangan.
Mengenai kemajuan kerja-kerja pembinaan
bangunan sekolah , pencapaian dari segi kos
ialah 11% . Wang tabung yang ada
sebanyak RM142,000 digunakan dulu untuk membeli bahan binaan dan upah kerja
pembinaan tersebut. Perutukan tambahan
RM358,000 Usaha menambahkan kewangan tabung sedang diusahakan. Sehingga ini
bantuan kewangan dari Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri termasuk permohonan wang zakat dari Majlis
Ugama islam Negeri Pahang (MUIP) belum lagi di perolehi walaupun permohonan resmi telah di buat
semenjak tahun 2011.Walaubagaimana pun pihak yang ingin menyumbangkan bantuan
kewangan dan bahan-bahan binaan amatlah dialu-alukan. No Akaun di BIMB 06082010004768
atas nama SAR KAFA Masjid Saidina Othman Ibn Affan.
Ustazah Rohatizan bt Hj Jaafar , Guru besar ,
memaklumkan bahawa SAR KAFA masjid ini akan mengadakan kelas mengaji Al Quran di musim cuti sekolah d mulakan pada
24 /11/2014 hingga 26 Disember 2014.
Semua ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke kelas tersebut adalah
dialu-alukan.
Mesyuarat Agung tahun ini tidak ada
pemilihan Ahli jawatankuasa (AJK) baru sebab pemilihan AJK diadakan setiap dua
tahun sekali.
Di akhir mesyuarat agung itu telah
di putuskan bahawa tahun kewangan berakhir SAR KAFA ialah seperti biasa iaitu
31 Disember setiap tahun dan MAT hendaklah di adakan dalam tempoh 6 bulan
selepas itu. Satu majlis hari laporan kemajuan pelajar-pelajar akan di adakan
serentak dengan MAT.
Majlis hari ini mendapat sambutan yang
menggalakan kerana kehadiran ibu bapa /penjaga dan pelajar-pelajar amat
menggalakan. Dianggarkan 200 oarang yang hadir ke majlis ini terdiri dari ibubapa / penjaga dan dan
pelajar-pelajar. Kumpulan nanyian bertajuk “ Selamatkan Pelastin” dinyanyikan
pelajar-pelajar SAR KAFA bagi
memeriahkan majlis hari tersebut.
No comments:
Post a Comment