Sedar tak sedar tahun baru Hijrah telah pun menjengahkan dirinya sekali lagi keseluruh alam umat Islam. Sedar tak sedar umur nya sudah hampir satu minggu. Sedar tak sedar umur kita semakin meningkat. Munkin ada diantara kita telah masuk siri empat puluh, ada yang masuk siri lima puluh, ada yang masuk siri enam puluh malah siri tujuh puluh pun munkin ada. Apakah rancangan kita untuk terus nya mengabdikan diri kepada Allah swt. Sama sama lah kita muhasabah diri kita supaya jika dipanjangkan usia, tahun ini usha untuk mengabdikan diri lebih meningkat dari tahun yang lalu. Dari segi peribadi diharap begitulah hendaknya. In sya Allah.
Dari segi berkumpulan, apakah usha kita. Apakah rancangan kita. Adakah kita berada dalam kumpulan? Adakah kita duduk bersama jama'ah? Ingatlah bahawa kambing yang bersendirian adalah lebih senang dibaham serigala.
Tiada kekuatan kalau tidak berjamaah.
Apakah rancangan masjid untuk menawan ahli kariah untuk bersama sama mengimrahkan masjid? Apakah kita selesa dengan program yang sedia ada. Adakah kita selesa dengan 2-3 saf jemaah solat subuh dan asar?
Selesa dengan jemaah seramai ini?
Adakah saf begini yang kita idamkan
Adakah kita selesa dengan pendengar kuliah yang bilangan nya lebih kecil dari tiang masjid? Adakah kita selesa dengan kehadiran ahli kariah apabila diadakan aktiviti masjid seperti majlis buka puasa, majlis penyampaian sumbangan fakir miskin, majlis tadarus, gotong royong dan lain-lain lagi?
Pandangan sewaktu kuliah yang kuring menarik kepada jemaah.
Kalau digembelingkan pemikiran kita mampu menarik jemaah begini ramai.
Kita perlu meningkat usha jika ada kekurangan dalam segi kebersamaan ahli kariah dalam contoh diatas, supaya ia dapat dielakan. Semuga kehadiran dan kebersamaan ahli kariah dapat ditingkatkan lagi, in sya Allah.
Tidak dinapikan banyak program telah diadakan oleh masjid. Namun keberkesanan nya perlu dinilai bersama. Sama sama kita fikirkan apakah yang boleh menawan hati setiap lapisan masyarakat seperti pemimpin masyarakat, masyarakat yang dipimpin, tua, muda, kanak-kanak, lelaki dan wanita untuk datang mengimarahkan masjid kita.
Majlis iftar yang biasa kita lihat.
Majlis begini sudah tentu bertambah barakahnya.
Diantara program program yang sedia ada atau yang baru yang boleh kita jadualkan untuk tahun Hijrah 1436. Berikut adalah contoh yang boleh kita sama sama pertimbangkan:
- Pelbagaikan kuliah dimasjid-masjid. Yakni tidak tertumpu kepada fekah dan tajwid sahaja, tambahkan kuliah berunsur;
- ekonomi dari sudut Islam,
- perundangan Islam,
- negara Islam dan
- sains dan teknologi dalam Islam
- lain-lain yang seumpama nya.
- Adakah kelas mingguan untuk dewasa, remaja dan kanak-kanak
- kelas tajwid
- kelas bahasa arab
- kelas asas bahasa mandrin
- kelas memasak
- kelas menjahit
- kelas pengurusan jenazah
- kelas untuk bakal haji
- kelas tuition
- Adakan majlis keramaian untuk ahli kariah
- Hari Keluarga
- Sebarang peraduan yang berterusan contoh peraduan memanah, memasak dll
- ada kan medal bulanan (monthly medal)
- ada kan saguhati
- peraduan masjid setempat, daerah, negeri
- Gotong royong mengumpul dana untuk anak yatim dan fakir miskin
- Kongsi aqiqah
- Adakan program jualan/ekonomi
- Car boot sale
- Jumble sale
- Ruang untuk bertani dikawasan lapang masjid
Hari Keluarga sudah tentu menarik minat semua lapisan umur.
Car boot sales boleh menjana ekonomi kepada jemaah.
Diharap saranan untuk mengimarahkan masjid diatas dapat diguna pakai, diubah suai bagai masyarakat setempat. Yang penting ia tidak tertumpu kepada masa masa tertentu sahaja. Ia sepatutnya berjalan sepanjang tahun. Perancangan dan jadual yang teliti mestilah disediakan.
In sya Allah.
1 comment:
Memang terbaik
Congratulation
Post a Comment