Islam
sebagai agama yang membawa rahmat dengan syariat yang menyeluruh menyinari kehidupan
manusia.Keyakinan
ini membawa kita agar sentiasa ingin kembali kepada islam
dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar urusan. Pendidikan adalah satu jalan yang utama untuk
mengembalikan manusia kepada fitrah yang patuh dan taat kepada Allah dengan
menjadikan islam sebagai cara hidup.Namun begitu dalam mendidik kita akan
berhadapan dengan cabaran-cabaran yang jika tidak ditangani dengan betul akan
membawa implikasi yang negatif bukan
sahaja kepada pendidik malah kepada kesyumulan islam itu sendiri.
Dalam
menghadapi cabaran dalam pendidikan hari ini ada dikalangan ibubapa dan
pendidik mengambil jalan dengan menjadikan tindakan merotan anak atau murid
sebagai penyelesaian kepada masalah disiplin dan membentuk sikap serta tingkah
laku murid atau anak-anak.Persoalannya adakah ianya sebahagian dari kesyumulan
islam atau ianya adalah sekadar ikutan dan tradisi dalam pendidikan ataukah ia
merupakan cara orang-orang tidak bertamadum dalam mendidik anak-anak?
No comments:
Post a Comment